28 March 2013

Aku tersentuh !

Sejak kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu, banyak perkara yang menyedarkan kita berkaitan nilai sebuah keamanan. Sebab itu, banyak pihak berpendapat untuk mengekalkan keamanan, perlu ada ada sistem yang baik. Disokong dengan pelan tindakan yang bagus, supaya tidak wujud pihak yang berkecil hati dan pihak yang merasakan dirinya dipinggirkan.

Aku sebenarnya tersentuh bila membaca kisah-kisah anggota pasukan keselamatan, yang berkorban jiwa dan raga untuk negara. Aku rasa aku tidak segagah mereka untuk pergi bertempur, mungkin sumbangan aku dari sudut yang lain pula. Sudah pasti mereka bertahan dan bertugas dalam suasana yang tidak selesa, sama ada tempat tidur, makan minum dan pakaian. Wah memang perlu ada kekuatan. Tu belum masuk meninggal ahli keluarga untuk tempoh yang hampir tidak pasti berapa lama.

Kadang-kadang, akal aku tak mampu berfikir; kenapa penduduk dari puak suluk tersebut sanggup mengangkat senjata dan melancarkan perang di Sabah. Secara logiknya, untuk menang, agak mustahil. Bahkan membahayakan dirinya sendiri. Takkan disebabkan kesetiaan kepada pemimpin, sampai sanggup mengambil tindakan diluar batas pemikiran manusia.

Entahlah, walau pun banyak pihak yang menggunakan peristiwa ini sebagai modal kempen politik, tapi aku sentiasa berharap moga ianya dapat berakhir dengan segera.

ps: kenapa semangat nak menulis blog semakin hari pudar? Disebabkan itu, aku selalu membiarkan blog ini tanpa entri baru.

18 March 2013

Shopping di Jalan TAR

Jalan TAR sangat femes, terutama bila musim perayaan. Hampir semua orang suka dan biasa berjalan-jalan di sana. Tapi aku pun tak pasti apa yang best sangat, mungkin sebab banyak pilihan barangan dan banyak kedai. Selalunya orang akan bershopping kain dan tudung di situ.

Semalam aku pun telah berkunjung ke sana, biasanya kitaorang akan parking kat Sogo, tapi untuk kali ini kita orang decide nak parking kat tempat lain... akhirnya kita orang parking kat Semua House, mulanya kitaorang ingat dikenakan bayaran RM4 sekali masuk, banner bukan main besar, propanya je lebih. RM4 hanya untuk pengunjung selepas 4 petang, di waktu bukan hujung minggu. Maka, kitaorang pun dikenakan kadar biasa, jumlah parking yang aku kena bayar adalah RM9 (lebih kurang 3jam ++). Agak banyak jugak lot parking kat Semua House nie. Kitaorang parking kat sini sebab nak g Jakel. Sambil tu nak survey juga la, kat Gulati's, Maya Silk... tapi kat situ mahai beb... akhir Jakel jugak yang menjadi pilihan.

Apa yang aku perasan, ada jugak lot kedai kat Semua House yang tutup. Maybe bisnes tak berapa baik kot. Tapi tak la banyak sangat. Turun dari Semua House, jalan menuju ke Masjid India. Ibarat anda berada di Madras, India. Sebabnya pengunjung di dominasi oleh orang depa je. Ramai orang luar yang suka cari makan di negara kita.

Satu lagi bab gerai-gerai makan. Memang ada banyak jugak la yang aku perasan tapi tekak aku tak lalu nak membeli makanan disitu, bukan apa, aku kurang yakin dengan tahap kebersihannya... especially bab air minum, takut depa belasah air paip je. Silap buleh sakit perut. Hakikatnya, orang lain ok je kan.

11 March 2013

Keinginan bid rumah lelong?

Entah la... niat dan planning aku memang nak cari barang sebijik dua rumah apartment, dengan niat untuk disewakan. Tapi dengan bajet bawah RM100 ribu, buleh aku katakan hampir mustahil untuk harga itu di kawasan Lembah Klang.

Sekarang nie, tak banyak apartment medium cost yang dibina oleh pemaju, mereka lebih suka buat kondominium dan servis apartment. Harganya pulak, amat la tinggi, antara 250k - 350k.

Apakah ini ada kaitan dengan dasar perumahan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Sebab dulu aku rasa ada la jugak medium apartment yang dibangunkan.  

Tapi aku tengok, kalau rumah lelong masih ada peluang lagi. Blogger yang fokus kat rumah lelong siap boleh dapat dua tiga biji rumah sekali, walaupun banyak kali kalah. Basically, aku faham macam mana proses rumah lelong. Cuma, aku tak pernah cuba untuk bid dan masuk proses lelongan. 

Satu perkara yang aku bimbang dan takut nak ambil risiko beli rumah lelong, takut rumah tersebut berada dalam keadaan teruk dan banyak bil yang tak nampak. 

Gitu la... biarlah aku layan dulu keinginan ini.  

28 February 2013

Zakat Pendapatan

Berzakat merupakan rukun islam yang keempat. Ini bermaksud urusan membayar zakat merupakan ibadah yang wajib sebagai seorang muslim sama seperti menunaikan sembahyang lima waktu. Bila ianya adalah ibadah, pelaksanaannya bersifat urusan hamba dengan penciptanya, wajib dilaksanakan tapi jika tak laksanakan akan berdosa. Tiada penguatkuasaan yang jelas oleh sesama manusia, lebih kepada nasihat menasihati.

Baru ini aku telah berkunjung ke Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, urusannya mudah. Yang penting anda perlu bawa dokumen yang menunjukan jumlah pendapatan yang anda perolehi dalam tempoh satu tahun.

Bagi pembayar yang pertama kali, anda perlu mendaftar menggunakan no kad pengenalan dan berikan butiran seperti alamat rumah, bil anak dan emel. Kemudian, petugas di kaunter akan mengisi maklumat pendapatan tahunan anda serta komitmen seperti bayaran bulanan kepada ibubapa, bayaran yuran pengajian (jika ada) dan bayaran insuran takaful.

Selesai mengisi maklumat ini, anda akan mengetahui jumlah sebenar zakat yang perlu dibayar bagi tahun tersebut. Dimaklumkan juga jumlah haul nisab (pendapatan minima yang mewajibkan anda mengeluarkan zakat) adalah lebih kurang RM13k.

Walaupun jumlah yang ditaksirkan diketahui, tetapi Pusat Zakat tidak mendesak untuk anda membayar keseluruhan amaun tersebut. Terpulang kepada keputusan anda. Ini yang dikaitkan dengan 'konsep ibadah'. Jika anda ada kemampuan pada masa itu, bayar keseluruhan ataupun bayar satu jumlah yang kurang dan dibayar lagi bakinya pada masa hadapan. Potongan gaji secara bulanan pun boleh.

Selesai pembayaran, berlaku akad pemberi dan penerima. Moga wang zakat yang diberikan akan digunakan bagi membantu membangunkan masyarakat Islam yang layak menerimanya. Zakat ini juga merupakan sebuah pelaburan, pelaburan untuk akhirat.

Nota : entry sekadar berkongsi pengalaman, moga ada yang mendapat kefahaman.

27 February 2013

Hidup Dalam Dunia Yang Serba Salah

Diceritakan satu kisah;

........kita selalu bertindak seperti kisah Lukman Hakim, anaknya dan keldai, menuju ke satu destinasi. Lukman Hakim menaiki keldai manakala anaknya berjalan di belakang. Orang ramai yang memandang menyalahkan si bapa tidak bertimbang rasa kerana membiarkan anaknya berjalan sedangkan menaiki keldai.

........maka Lukman Hakim pun berjalan, dan menyuruh anaknya menaiki keldai. berkata pula orang lain, menyalahkan anaknya kerana membiarkan bapanya berjalan manakala si anak menaiki keldai. Maka Lukman Hakim dan anaknya sama-sama menunggang keldai itu. 

.......Namun masih ada juga orang menyalahkan kedua-dua anak beranak itu kerana bertindak kejam tergamak menunggang keldai yang kecil sehingga terseksa. Akhirnya kedua-duanya berjalan bersama-sama dengan keldai itu.

.......Orang lain pun berkata juga, kebodohan kedua beranak kerana tidak menunggangi keldai tersebut.

Itu lah, hakikat kehidupan kita setiap hari. Walau apa jua yang kita lakukan pasti ada yang bersetuju, ada yang tidak bersetuju, mahupun ada yang langsung tidak peduli.

Kebijaksanaan untuk memilih yang mana tindakan yang lebih baik adalah terletak di bahu kita, kita yang menentukan risiko sebab dan akibat.

25 February 2013

Iswara Make Over : Central Lock

Hujung minggu baru, aku telah meluangkan masa untuk meneruskan kerja-kerja make over Iswara aku. Ada la beberapa spare part yang aku nak ganti. Tapi masalahnya, aku tak pasti kedai accessories mana yang bagus di kawasan Puchong.

Meredah-redah jugak aku nak mencari kedai accessories nie, mula aku pergi sekitar Taman Puchong Utama, kat kawasan komersil bersebelahan dengan Carrefour. Aku berenti dan dah masuk nak tanya, malangnya tak sorang pun yang sudi nak melayan pertanyaan aku. Apa lagi, aku pun blah.

Kemudian aku pergi ke Taman Puchong Prima dan Taman Puchong Perdana, tapi tak jumpa kedai. Ada yang aku tapi tak menarik minat aku.

Last, aku singgah kedai kat kawasan Tesco Puchong, aku tak pasti lak Puchong. Aku tanya budak kedai, nak minta dia tengok central lock, dia kata mungkin main central kt pintu pemandu tu rosak, satu barang RM50. Minta kurang tak dapat, aku pun setuju je la.

Aku minta dia check, motor turun-naik cermin kereta, dan memang motor dah tak berfungsi. Kalau tukar, harganya RM85... minta kurang dapat RM80. dan last sekali, aku suruh dia pasang sticker hitam ke atas cermin, nak kasi kurang silau sikit. So total yang aku kena bayar adalah sebanyak RM140.

Budak bengkel minta boleh pula minta ngan aku bayar separuh kat dia, separuh lagi kat kaunter. Aku tak kisah, cuma aku agak budak nie nak songlap kot duit boss dia. Lepas tu aku tengok budak nie macam risau, tapi memang boss dia tak perasan, sampai satu gulong sticker hitam, dia boleh pulak tertinggal kat dalam kereta aku, kat bahagian belakang. Aku pun perasan setelah sampai ke rumah. 

Bagi korang la, patut tak aku pulang balik gulungan itu atau aku buat tak tau je. Bukan aku curi pun, budak bengkel tu yang salah letak. Nanti la aku fikir nak buat ape. Pasni, aku tunggu dan simpan bajet sikit untuk g cat lak, dalam RM1.5k.

22 February 2013

Bandar Rimbayu, IJM Land

Aku dapat SMS berkaitan proses pengundian Projek Bandar Rimbayu, Fasa 1. Undian ini akan diadakan pada 2 Mac 2013 di Holiday Villa, Subang. Pendaftaran jam 8.00 - 9.30 pagi. Bank Draf sebanyak RM10k perlu dibawa bersama.

Aku pun tak ingat masa bila aku daftar, tapi memang ada daftar. Bila check, dalam website dia, projek ini tak jauh dengan Kota Kemuning, bersebelahan. Tapi harga rumah, tak pulak dinyatakan. So aku masih tunggu dan lihat.

Update

Berdasarkan semakan aku forum, rumah yang dijual adalah :

Phase 1 will have double storey link houses:-

1. 22' x 75' (built-up area 2,179sf) from RM580,000 onwards

2. 24' x 75' (built-up area 2,322sf) from RM640,000 onwards  

Total unit : 526 unit