28 March 2013

Aku tersentuh !

Sejak kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu, banyak perkara yang menyedarkan kita berkaitan nilai sebuah keamanan. Sebab itu, banyak pihak berpendapat untuk mengekalkan keamanan, perlu ada ada sistem yang baik. Disokong dengan pelan tindakan yang bagus, supaya tidak wujud pihak yang berkecil hati dan pihak yang merasakan dirinya dipinggirkan.

Aku sebenarnya tersentuh bila membaca kisah-kisah anggota pasukan keselamatan, yang berkorban jiwa dan raga untuk negara. Aku rasa aku tidak segagah mereka untuk pergi bertempur, mungkin sumbangan aku dari sudut yang lain pula. Sudah pasti mereka bertahan dan bertugas dalam suasana yang tidak selesa, sama ada tempat tidur, makan minum dan pakaian. Wah memang perlu ada kekuatan. Tu belum masuk meninggal ahli keluarga untuk tempoh yang hampir tidak pasti berapa lama.

Kadang-kadang, akal aku tak mampu berfikir; kenapa penduduk dari puak suluk tersebut sanggup mengangkat senjata dan melancarkan perang di Sabah. Secara logiknya, untuk menang, agak mustahil. Bahkan membahayakan dirinya sendiri. Takkan disebabkan kesetiaan kepada pemimpin, sampai sanggup mengambil tindakan diluar batas pemikiran manusia.

Entahlah, walau pun banyak pihak yang menggunakan peristiwa ini sebagai modal kempen politik, tapi aku sentiasa berharap moga ianya dapat berakhir dengan segera.

ps: kenapa semangat nak menulis blog semakin hari pudar? Disebabkan itu, aku selalu membiarkan blog ini tanpa entri baru.

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.

Iklan