11 June 2013

Agen / Aktivis Sosial

Dalam sebuah kehidupan tak kira sama ada di bandar dan luar bandar, pasti kita akan menghadapi situasi yang tidak menyenangkan. Situasi ini timbul, disebabkan pihak berkuasa yang tidak menjalankan kerja dengan baik, faktor alam semula jadi dan masyarakat setempat yang tidak mempunyai kesedaran sivik dalam menjaga harta benda awam.

Sama ada kita sedar atau tidak, keadaan ini menyebabkan berlaku rasa tidak puas hati dalam diri kita. Namun, berapa ramai di kalangan kita yang akan tampil mengemukakan aduan kepada pihak yang berkuasa. Aku percaya tidak ramai yang berbuat demikian, sebaliknya hanya sekadar memberi komen di kalangan kawan-kawan dia sahaja.

Disini pentingnya untuk kita yang mempunyai tanggungjawab untuk menjadi agen atau aktivis sosial. Agen Sosial ini perlu melakukan kerja mengemukakan aduan yang konsisten kepada pihak yang berkuasa sehingga aduan tersebut ditangani sewajarnya.

06 June 2013

MRT

Rasanya semua orang biasa dengar Projek MRT. Ramai yang beranggapan bahawa projek ini sangat penting, sebabnya boleh meningkatkan kecekapan pengangkutan awam di Malaysia.

Jika kita tinjau, kewujudan LRT dan Komuter memang sedikit sebanyak membantu meningkatkan kecekapan pengangkutan awam di Kuala Lumpur. Bas bukan lagi pengangkutan awam yang cekap, sebab bas akan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

Hakikatnya, orang malaysia sebenarnya suka bawa kereta sendiri, walaupun  kos membawa kereta sendiri lebih mahal daripada menggunakan pengangkutan awam. Faktor utamanya, kebebasan untuk bergerak, pada bila-bila masa dan kemana jua. Faktor ini yang sukar untuk diperolehi jika naik pengangkutan awam. Itu belum masuk bab, malu dan malas nak mengangkut beg semasa menaiki pengangkutan awam.

Sebab itu, dengan siapnya MRT nanti, adakah peratus pengguna pengangkutan awam akan meningkat, mungkin ya. Tapi rasanya jalan raya masih tetap jammed jugak.

Bukan mudah nak mengubah budaya dan cara hidup kita orang Malaysia.

05 June 2013

Fat Industry

Semasa PRU 13 yang lalu, tak kira sama ada BN atau PR telah menyatakan hasrat mereka yang menurunkan harga kereta. Hasrat ini disambut baik oleh semua pihak, yang paling meraikannya adalah golongan pertengahan. Semua orang telah memasang impian untuk memiliki kereta import dengan lebih murah.

Tapi situasi ini akan menyebabkan pertambahan bilangan kereta yang berada di jalan raya. Pada masa yang sama, kereta yang sedia ada walaupun telah berusia 20 tahun masih lagi digunakan dengan meluas. Ada pihak yang berpandangan industri kereta berada dalam keadaan kegemukan.

Pihak berkuasa perlu memikirkan situasi ini, kita berharap agar suatu hari ini, tidaklah sampai kesesakan yang lebih teruk akan berlaku, berbanding dengan kesesakan sekarang yang telah sedia teruk.

29 May 2013

Rumah Subsale : Semak Bil Utiliti Sebelum Terima Kunci Rumah

Hai, lama sudah aku tidak menulis mengenai isu berkaitan dengan rumah subsale. Kali ini aku terpanggil untuk menulis berkaitan dengan, siapa yang sepatutnya menyelesaikan bil-bil utiliti semasa pembelian rumah secara subsale. Penulisan ini adalah rentetan daripada email yang aku terima, permasalah yang yang diberikan adalah seperti berikut :   

Assalamualaikum,

Saya ada sedikit masalah berkenaan bil tertunggak terhadap rumah subsale yang telah saya beli.
Rumah tersebut sekarang sudah menjadi milik saya, tapi sekarang saya menerima bil-bil yang masih dalam tunggakan. Bila saya rujuk dengan lawyer, dia cakap semua salah saya sebab saya tidak menyemak bil-bil terlebih dahulu sebelum menerima kunci. So dalam masalah ni, siapa yang patut bertanggungjawab? Adakah saya perlu menanggung semua bil-bil tunggak tersebut?

(Insan dalam kesusahan)

Disini sebenarnya, aspek yang paling penting yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah disebabkan kurang kefahaman pembeli dalam proses pembelian rumah. Satu lagi, mungkin peguam yang dilantik juga tidak boleh dikategorikan sebagai peguam yang pandai buat kerja dalam menjaga kepentingan anak guamnya, iaitu pembeli.

Sepatutnya sebelum melepaskan bayaran penuh kepada penjual, peguam telah menasihatkan pembeli supaya mendapatkan salinan bil-bil utiliti iaitu bil eletrik, bil air, bil penyelenggaraan dan bil IWK. Melalui semakan ini, pembeli akan mengetahui sama ada bil-bil tersebut mempunyai tunggakan atau tidak.

Ada kemungkinan penjual seboleh mungkin akan menyembunyikan perkara ini, terutama dalam keadaan bil tersebut mempunyai tunggakan yang banyak. Ibaratnya penjual ini hendak lepas tangan, supaya tunggak ini dibayar oleh pembeli.

Tidak ada satu cara yang standard untuk pembeli mendapatkan salinan bil-bil, cara biasa adalah minta secara langsung dengan penjual. Bagi bil penyelenggaraan, boleh cuba berurusan terus dengan Pejabat Pengurusan. Yakin mereka bahawa anda adalah pembeli, atau bakal pemilik hartanah tersebut. Buktikan dengan menunjukkan S&P hartanah tersebut. Bagi bil elektrik dan bil air, pembeli mungkin boleh menyemak terus dengan syarikat pembekal utiliti tersebut, tetapi pembeli perlu mengetahui nombor akaun bil tersebut.

Sebagai langkah kawalan, perkara ini perlu dibincangkan semasa awal proses rundingan jual-beli rumah tersebut, di mana pada tersebut penjual masih bersifat terbuka untuk menyakinkan pembeli.

14 May 2013

Pasca PRU ?

Hari ini telah masuk 9 hari selepas PRU 13 yang diadakan pada 5 Mei 2013. Keputusannya telah diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia. Memang diakui keputusan PRU 13 membuktikan ianya boleh dianggap PRU yang paling sengit dalam sejarah negara. Keputusan siapa PM, siapa Menteri Besar, siapa Ketua Menteri telah diketahui, yang belum diumumkan adalah anggota kabinet dan exco (ada negeri yang dah umum tapi masih ada yang masih berkira-kira dan masih berbincang).

Ramai juga yang telah menjadi penganalisis politik yang tidak bertauliah, masing-masing punya pendapat dan pandangan. Kelihatannya keputusan PRU 13 lebih kepada mengekalkan apa yang berlaku semasa PRU 12, yang berlaku perubahan hanya untuk Kerajaan Negeri Kedah sahaja. Yang lain masih status quo. Kegetiran PRU 13 ini memang sangat dirasai, ada yang sampai sekarang masih tidak bersetuju dengan keputusan yang diumumkan, yang menang pun rasa macam tak menang, masih disentak dengan satu kejutan diluar pemikiran dan jangkaannya sendiri.

Kerja Polis pun menjadi mencabar bagi mengawal keselamatan negara supaya tidak meletusnya pergaduhan akibat sentimen tidak puas hati. Pelbagai ilmu baru yang telah kita ketahui yang mana sebelum ini tidak kita peduli, contohnya, kedudukan undi popular vs sistem pemilihan elektoral. Istilah ini memang sebelum ini telah wujud, tapi kita tak ambil kisah pun sebab ianya tidak relevan pada masa itu. 

Serupa jugak dengan istilah 'majoriti mudah' vs 'kemenangan 2/3'...tapi istilah ini telah hangat dibincangkan semasa PRU 12 tetapi PRU 13 ianya masih relevan lagi. tu belum masuk bab 'pengundi hantu' yang terus dikatakan wujud tetapi masih tidak pasti bagaimana dan dimana sebenarnya ianya wujud. Pembuktiannya sangat penting supaya isu ini akan kekal relevan. Kalau tidak ianya akan tinggal persepsi sahaja.

Pendakwaan atas kesalahan Akta Pilihanraya juga banyak dibuat dalam PRU 13 pada kali ini. Faktor apa yang mendorong berlakunya kesalahan ini perlu kita ambil iktibar. Adakah ianya berlaku disebabkan mereka tidak faham dengan peraturan-peraturan dalam pilihanraya atau sebenarnya mereka tahu tetapi memang mengambil risiko untuk didakwa. 

Itu la warna PRU13 yang diadakan pada 5 Mei 2013. Sebagai seorang rakyat malaysia aku sentiasa berharap supaya perbezaan fahaman politik dilangsungkan dengan penuh etika dan profesional. Biar la kita hidup dalam aman dan damai, disamping kita akan terus menikmati kemajuan. 

03 May 2013

Tukar atau Kekal

PRU 13 masih berbaki 2 hari sahaja lagi
Kempen pihak yang bertanding memang sedang giat dijalankan
Perang poster jangan cakap, sampai ada yang membahayakan pengguna jalan raya
Aku masih dengan dasar mendengar, membaca dan mentafsir.

Rata-rata yang aku tanya, masih tidak dapat menyatakan siapa yang akan menang
Hanya ahli politik sahaja yang menyatakan keyakinan mereka untuk menang
Orang ramai dan penganalisis politik tidak bertauliah masih menyatakan peluang 50-50
Sentimen pengundi atas pagar masih tidak dapat dipastikan
Cuma ada yang cakap, masyarakat komuniti bandar masih kekal dengan pilihan mereka.

Ada yang beritahu, PRU 13 paling sengit
Nak tau sengit ke tidak, kena tunggu keputusan
Ada yang beritahu, lepas mengundi terus balik rumah
Demi untuk keselamatan diri, minta-minta la dijauhkan dari sebarang ancaman
Ada yang beritahu, nanti 6 Mei kita akan dapat Kerajaan Baru
apa pun, tunggu dan lihat
Hanya Allah yang mengetahuinya.

29 April 2013

Sunway Pyramid, Subang Jaya

Dulu Sunway Pyramid merupakan salah sebuah shopping kompleks yang hebat, tapi sekarang ini kita punyai banyak pilihan atau ada banyak shopping kompleks lain yang  lebih kurang sama hebat dengan Sunway Pyramid.

Apa yang nak aku bagitau, jalan-jalan Sunway Pyramid tidaklah sepenat berjalan di 1Utama dan Midvalley. Dari segi kepelbagaian, lebih kurang sama, mungkin kat Mid Valley ada banyak lagi shop lot.

Parking, banyak tapi still susah jugak nak dapat, kira nasib gak. Parking dia lebih rendah berbanding parking kat Sogo.

...nampak sangat, tak ide nak menulis kan.