14 March 2012

Road Tax di JPJ Bandar Baru Bangi

Kalau road tax mati, biasanya teman akan pergi ke Pejabat Pos untuk renew semula. Kat Pejabat Pos nie kita buleh buat urusan, 2 dalam 1 ( 2 in 1), mula-mula kita akan renewkan insuran kereta, dalam masa yang sama kita akan renew road tax kereta sekali. Sekali pandang memang kita rasa mudah. cumanya, perkhidmatan pejabat pos nie rojak, kiranya pelbagai la. Disebabkan itu kita masa menunggu pun akan menjadi lebih lama, sebab public ramai yang datang dengan pelbagai urusan seperti bayar bil, beli setem, kiriman bungkusan.

Sekarang teman dah ubah strategi, kalau nak idupkan road tax elok buat direct kat JPJ. Teman dah dua kali berurusan dekat JPJ Bandar Baru Bangi. Lokasi JPJ nie kat kawasan rumah kedai yang diubahsuai menjadi pejabat. Ianya terletak kat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Kawasan ni tidak la terlalu padat. Yang paling penting, kawasan parking kereta pun banyak dan percuma.

Biasanya sebelum kita nak idupkan road tax, kita kena renewkan insuran dulukan. Kat kawasan sekitar JPJ nie ader banyak ejen-ejen insuran yang menawarkan perkhidmatannya, kita buleh pilih nak ambik insuran dari syarikat mane. Tepung dada, tanya selera.

Selesai renew insuran, buleh terus pergi ke Pejabat JPJ. Ambik nombor giliran, insyallah dalam masa 5 minit urusan renew road tax akan selesai. Public pun tak berapa ramai yang datang berurusan. Masa menunggu pun sangat singkat. Tempat pun selesa. Itu la pengalaman yang sukan teman kongsikan untuk panduan bersama.

1 comment:

  1. bangi seksyen 7 kat area mana ye JPJ 2? bole bagitau landmark dia tak?

    *tak berapa familiar dengan seksyen-seksyen kat bangi..

    TQ

    ReplyDelete

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.