Iswara Merah, kereta pertama yang aku miliki. Kalau tak silap, aku beli kereta tu masa tahun 2003, time tu opis aku kat Subang Jaya. Kalau dikenang, memang sangat banyak jasa kereta ni. kepada aku dan juga kepada keluarga aku.
Yang bagus pasal kereta iswara, tak banyak masalah. bagi aku yang penting kena servis ikut jadual, kalau ader bunyi sikit-sikit, kena check ngan bengkel. kerosakan kena la dibaiki dengan lebih awal. setakat ni tak pernah la kereta iswara nie mati tengah-tengah jalan.
ari nie aku baru pergi servis kereta iswara nie... kat bengkel biasa aku, Top Mix. rasanya dah hampir 4 tahun aku akan servis kereta kat sini. bukan la sebab dapat murah, cumanya aku agak puas hati dengan kebolehan mekaniknya. bila kita dah biasa servis kat situ, mekanik nie akan beri pandangan dengan lebih jujur, bukan nak ambik kesempatan kat pelanggan. tu la strategi aku setia kat satu bengkel je.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.