Pesta belon panas antarabangsa putrajaya nie kali keempat dianjurkan, tapi kali pertama aku pergi. Lagipun, aku punya masa senggang dihujung minggu, elok jugak la kali aku dan keluarga melihat-lihat sekitar pesta belon panas nie.
Lokasi pesta nie, seperti tempat pesta-pesta lain yang biasanya diadakan di Putrajaya. Memang lokasi ini sesuai, cuma terdapat penambahbaikan yang perlu diberi perhatian oleh Perbadanan Putrajaya. Eloknya semua kawasan parking, diturap dengan baik, akan lebih memberikan keselesaan.
Kalau nak dibandingkan dengan Floria, pengunjung pesta belon panas lebih ramai. Sampai nak mencari parking, perlukan kesabaran yang tinggi. habis semua bahu-bahu jalan akan menjadi parking. Lagipun, kawasan-kawasan parking yang sedia ada, telah dijadikan sebagai kawasan pesta, macam gerai-gerai dan booth yang lain.
Satu lagi, aku perhatikan ramai orang-orang cina yang hadir ke pesta nie. Satu perkara yang menarik untuk dijadikan persoalan, mengapa dan kenapa? agaknya ader kaitan dengan budaya masyarakat cina, atau ader sebab lain yang aku sendiri pun tak pasti.
Selain dari belon panas, tarikan lain yang ader seperti pengalaman menaiki helikopter dan membeli pelbagai barangan cenderahati. Umumnya, aku rasa dengan sambutan yang baik daripada masyarakat, pesta ini sangat wajar untuk diteruskan pada tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.