16 July 2010

TV: Kiblat Kedua Masyarakat

TELEVISYEN (TV) dalam masyarakat hari ini bukan suatu perkara baru dan menjadi kemestian untuk setiap rumah memilikinya sekurang-kurangnya sebuah kerana ia digunakan bagi mengisi masa lapang, melepaskan tekanan dan penghubung yang mengeratkan seisi keluarga. Bagaimanapun fungsinya yang positif termasuk sebagai alat mendidik bertukar kepada yang membimbangkan apabila terlalu banyak program hiburan ditayangkan sehingga ada yang ketagihan jika tidak dapat menonton. Lebih menakutkan apabila ketagihan sedemikian membabitkan umat Islam kerana ada kalanya program ditayangkan pada waktu solat yang masanya tidak panjang, tetapi perhatian ditumpukan kepada program sehingga TV tampil sebagai kiblat kedua mereka.

TV merupakan satu bukti kecanggihan teknologi dan idea kreatif yang wujud dalam minda penciptanya. Bermula daripada satu bentuk reka cipta bagi memindahkan imej melalui visual, ia akhirnya memberi kesan mendalam kepada penonton apabila kewujudannya menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat. TV adalah ejen pembudayaan dan boleh diibaratkan sebagai ahli keluarga pada masa ini kerana diletakkan di tempat khusus dalam setiap rumah. Masyarakat yang bijak pasti dapat membahagikan masa antara waktu solat dan masa menonton.

Sebenarnya pemilik stesen TV hanya memanipulasi keadaan semasa mengikut apa yang menjadi pilihan dan kegemaran masyarakat. Kebanjiran program berunsur hiburan tidak kira masa di TV adalah disebabkan sikap masyarakat yang lebih cenderung kepada program sedemikian, lalu ia satu peluang perniagaan bagi pemilik stesen TV.


Ada pendapat mengatakan memang wajar jika TV digelar kiblat kedua masyarakat kerana boleh dibilang jumlah jemaah di masjid atau surau pada waktu Maghrib. Kita berpandangan sedemikian kerana melihatnya dari konsep ibadat. Mengapa siaran berita ditayangkan antara solat Maghrib dan Isyak sedangkan masanya boleh dianjak pada jam 9.30 malam atau 10 malam. Apabila berita ditayangkan pada jam 8 malam, jemaah akan pulang ke rumah untuk menonton siaran berita sebaik solat Maghrib hingga ada kalanya mereka tidak kembali ke masjid semula pada waktu Isyak Apabila TV sudah menjadi kiblat kedua kepada masyarakat, maka ia menyebabkan ‘lahirnya’ kelompok yang tidak mementingkan agama, malah ada yang datang lewat ke pejabat kerana berjaga lewat malam bagi menonton rancangan kegemaran mereka.


Terdapat cadangan agar kerajaan mencontohi Arab Saudi dari segi penyusunan program TV dengan memperbanyakkan program agama dan mengurangkan hiburan kerana pendekatan ini selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi. Program Imam Muda contohnya, satu ikon baru yang perlu menjadi budaya dalam masyarakat. Ada baiknya program Islami dan ilmiah diperbanyakkan agar minda rakyat Malaysia lebih terarah kepada kebaikan dan lebih bermotivasi berbanding ke arah melalaikan. Pemilik stesen TV juga perlu lebih bertanggungjawab dengan memperbanyakkan program berunsur pendidikan dan Islami kerana mampu memberi impak positif kepada jati diri masyarakat terutama kanak-kanak dan generasi muda. Ibu bapa juga perlu memantau apa yang ditonton anak mereka, terutama ketika mereka sedang meningkat remaja kerana pada usia sedemikian, mereka lebih mudah terpengaruh dengan persekitaran.

13 July 2010

FLORIA 2010

Disini aku nak berkongsi pic yg aku amik kat FLORIA 2010 yang aku pegi kat Putrajaya....







KNIGHT & DAY

12 Julai 2010, aku g tengok wayang kat IOI Mall, Puchong. Tak tau nak tengok citer apa. Tgk jam lagi 5 minit kul 7malam. Aku tgk waktu tayangan kat screen panggung. Last-last aku pilih dan beli tiket citer Knight and Day…

Aku pernah dengar ulasan filem nie kat Sinar FM…. Bagi aku citer tak menarik dari segi plot citer… yang menyelamatkan cerita hanya dua pelakon terkenal, Tom Cruise dan Cameroon Diaz….



Banyak sangat aksi tak logik… maner ader sorang hero buleh lawan tembak ngan ramai orang, penjahat abis mati tapi hero langsung tak kena pape… motif citer… tak pasti la aku, apa yang produser nie nak tunjukkan kat penonton…

Anyway, menonton wayang ader elemen hiburan bagi aku… so aku tak kisah sangat, buleh la nak release tension…..

12 July 2010

ISLAM dan SAINS

Adalah bertepatan dengan Hadis Rasullulah s.a.w mafhumnya :Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ini )bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam, tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman haiwan. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembapkan otak kita sebab hati merupakan organ di mana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam, maka makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam, sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.
Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi , mereka minum kopi, starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makananan yang langsung tak berkhasiat, contohnya Coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu tidak bagus untuk kesihatan 9 gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi ). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

Untuk pengetahuan , para kafir agen dajjal ni agak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurang kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acid yang membuat penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas. Wallahmualam....

10 February 2010

GURU ADALAH EJEN SOSIAL

Disini saya ambil satu pendapat mengenai tanggungjawab seorang guru yang menarik untuk dibaca (Sumber : Berita Harian, 10/02/10).

Saya menyokong penjelasan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom yang antara lain menegaskan kerja pentadbiran juga sebahagian tugas guru. Tulisan Akmal Fairuz dalam ruangan ini baru-baru ini bertajuk 'Pendidik tak wajar lakukan tugas pentadbiran' ternyata salah, menyimpang dan amat bahaya, jika menjadi pegangan serta amalan. Guru berbeza daripada kerjaya profesional lain kerana mereka ialah ejen sosialisasi masyarakat yakni 'menginsankan' individu dan memasyarakatkan manusia. Hal ini terkandung secara nyata dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saudara Akmal Fairuz mungkin teruja dengan teori pengkhususan yang menjadi begitu popular di kalangan pengamal ekonomi industri. Menurut teori ini, jika seseorang hanya melakukan sebahagian kecil daripada produk tertentu, maka produk keseluruhannya dapat dioptimumkan. Hal ini ternyata berjaya dalam industri pembuatan, misalnya industri kenderaan. Bahagian kenderaan tertentu diusahakan secara khusus dalam industri berbeza. Kesan akhirnya, kenderaan yang dikeluarkan bertambah dari semasa ke semasa.
Pendekatan teori ini tidak boleh dipraktikkan di sekolah kerana ia bukan kilang atau industri yang memproses manusia untuk menjadi seperti yang kita harapkan. Proses tumbesaran dan menjadikan manusia amat berbeza dan kompleks sifatnya. Jika guru bahasa sekadar mengajar bahasa atau guru pendidikan jasmani sekadar mengajar Pendidikan Jasmani, kesudahannya kerja berkaitan dengan sifat manusia dan kemanusiaan murid bagaimana pula? Siapa yang akan bertanggungjawab hal berkaitan pembangunan jiwa, emosi, kebajikan dan soal berkaitan potensi, bakat, minat serta kecenderungan murid? Paling penting murid yang belajar bahasa tidak semestinya menjadi pakar bahasa. Demikian juga, murid yang belajar Matematik belum tentu menjadi pakar matematik. Justeru, guru bahasa, Matematik dan guru lain perlu berkompromi dalam usaha menentukan proses kemenjadian murid. Sehubungan itu sama ada mahu atau tidak, guru perlu melakukan kerja pentadbiran supaya aspek pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan kecekapan murid dalam bidang tertentu dapat dibentuk bersama di kalangan mereka. Paling penting, Akmal Fairuz dan rakan guru sepertinya perlu faham jiwa pendidik tulen terdahulu. Akronim kata, 'guru' yakni 'Guru Untuk Rakyat Umum' sudah berakar umbi sejak lama dulu. Guru melakukan apa saja yang terdaya untuk diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.
Itulah sebenarnya kerja guru sejak dulu, kini dan insya-Allah akan begitulah selama-lamanya. Guru berjiwa besar tidak saja berdepan dengan muridnya, sebaliknya perlu menghadapi ibu bapa dan masyarakat, berganding bahu dengan agensi masyarakat dan memberi sumbangan tenaga serta fikiran bernas ke arah membangunkan masyarakat dan negara ini. Anda ditakdirkan menjadi guru, maka jadilah guru sebenar-benarnya untuk masyarakat dan negara.
DR ISMAIL ABD RAHMAN,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun,
Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

19 January 2010

TANGGANG MODEN

Kini terdapat satu trend di mana ibu bapa ditinggalkan di rumah orang tua tanpa apa-apa bantuan dan perhatian. Agak malang kerana negara kita belum mempunyai akta yang mewajibkan anak-anak menjaga ibu bapa mereka.

Aku pernah terbaca dalam laporan akhbar berkaitan perkara ini… malang sungguh rasa hati. Ada pihak berpendapat mengenai peristiwa Tanggang moden yang kerap berlaku berkait rapat dengan cara ibu bapa mendidik anak-anak, dan ianya menjadi salah satu sebab kenapa zuriat mereka sanggup membuang mereka seperti mana kisah Si Tanggang.

Kebanyakan ibu bapa hari ini mungkin mahukan anak-anak mereka menjadi yang terbaik atau lebih daripada mereka sehingga memberikan kasih sayang melimpah ruah. Ramai ibu melakukan kesilapan dengan terlampau memanjakan anak mereka. Bila besar, anak itu tidak dapat menilai perkara yang dikorbankan oleh ibu bapa dan berasa mereka berhak terhadap apa yang diberikan ibu bapanya. Apabila ibu bapa semakin tua, anak-anak berasa bukan tanggungjawab mereka untuk menjaga keperluan fizikal dan emosi ibu bapa. Ada juga anak yang mementingkan diri sendiri dan memandang sambil lewa terhadap ibu bapa.

Namun, dari sisi yang lain pula, sekiranya anak-anak yang menjalani hidup yang terlalu sukar atau tertekan juga mungkin mendorong mereka melupakan ibu bapa mereka apabila sudah dewasa. Sesetengah kanak-kanak membesar penuh traumatik kerana didera secara mental atau fizikal. Mereka mungkin dalam diam membentuk sifat benci ibu bapa. Jadi bila anak ini besar, mereka membalas apa yang mereka alami semasa kecil terhadap ibu bapa.

Marilah kita terus menginsafi diri dan ingat asal usul lahirnya kita di muka bumi….

13 January 2010

Majlis Perkahwinan Bertukar Jadi Pesta Komersial

Satu artikel yang dipetik daripada Berita Harian - 13 Januari 2010 :

Majlis perkahwinan sekarang sudah tiada musim, bukan macam dulu lebih bertumpu pada cuti sekolah saja. Disember paling banyak undangan diterima, maklum saja cuti sekolah panjang. Itu belum lagi undangan diterima setiap hujung minggu. Kalau di sebelah Pantai Timur, tentunya Jumaat menjadi hari pilihan untuk diadakan kenduri-kendara. Selepas solat Jumaat, tetamu terus singgah ke rumah pengantin. Apabila kenyang baru balik rumah. Begitu juga di Pantai Barat, apabila Sabtu dan Ahad bingit dengan paluan kompang. Kalau tak di rumah pengantin, dewan orang ramai jadi pilihan. Kalau majlis diadakan di taman perumahan pula, banyak laluan ditutup. Jiran yang berdepan masalah keluar masuk, awal lagi letak kereta jauh dari tempat majlis, mudah bergerak jika diperlukan. Semangat kejiranan menebal apabila wujud toleransi memberikan laluan untuk jayakan majlis kenduri. Ketika menghadiri satu majlis kahwin di utara tanah air, baru-baru ini, ada antara tetamu buka cerita mengenai rombongan meminang yang jadi macam majlis 'jual anak'. Isu bertumpu kepada wang hantaran. Ketika berbincang secara rasmi sempena majlis pertunangan, kedua-dua belah pihak bersetuju menetapkan hantaran atau belanja hangus RM5,000. Majlis dalam suasana harmoni itu berakhir dengan jamuan. Ketika rombongan pihak lelaki mahu meninggalkan majlis, tiba-tiba wakil perempuan mencuit wakil pihak lelaki memaklumkan ada perubahan mengenai wang hantaran. Pihak perempuan putuskan wang hantaran dinaikkan menjadi RM10,000. Dalam beberapa detik saja, perjanjian yang dikotakan tadi sudah terbubar.
Mendengar jumlah wang hantaran baru, terkejutlah wakil lelaki tetapi sebagai adat orang mendatang, perbincangan terpaksa juga dibuat semula demi menunaikan hasrat pasangan mendirikan masjid. Selepas berbincang lagi dan beberapa kali perubahan angka wang hantaran, pihak perempuan akhirnya bertolak ansur dan akhirnya mengambil jalan tengah menetapkan wang hantaran baru RM7,000. Alasan yang diberikan kerana belanja untuk mengadakan majlis perkahwinan semakin meningkat. Apa yang mahu ditimbulkan di sini mengapa perkara seperti ini boleh berlaku? Sepatutnya soal tawar-menawar wang hantaran tidak patut berlaku jika tidak dipengaruhi orang lain dalam perbincangan. Biasalah apabila mengadakan majlis pertunangan dan menetapkan wang hantaran, kedua-dua pihak sama ada lelaki atau wanita melantik wakil masing-masing untuk menjadi jurucakap. Di belakang kedua-dua wakil bakal pengantin itu, ada pula kaum kerabat yang kadang-kadang mahu masuk campur hingga si wakil pihak perempuan tadi bercelaru untuk membuat keputusan. Biasanya status keluarga, akademik dan kerjaya pengantin akan jadi asas dalam menentukan wang hantaran. Bagi lepasan universiti dan berkerjaya eksekutif, ukuran wang hantaran sekarang melebihi RM10,000. Wang hantaran paling minimum sekarang ialah RM5,000, itupun mungkin di kampung saja. Kalau di bandar jumlah begitu dianggap terlalu kecil.

Bagi pasangan bekerjaya, tentu tak mahu kalah dalam meletakkan wang hantaran dan inilah yang menjadi punca membawa kepada tawar-menawar mengenai wang hantaran yang tak seharus berlaku jika bakal pengantin sudah berbincang dan memberi kata putus sebelum diserahkan majlis kepada wakil keluarga. Kes menjadi lebih parah apabila sesetengah bakal pengantin menjadikan artis atau selebriti sebagai penanda aras mengatur majlis perkahwinan. Majlis yang bertujuan mengisytiharkan ikatan suci pasangan suami isteri untuk mengelak fitnah jika berkahwin secara senyap, bertukar menjadi pesta komersial. Jika artis, selebriti bermegah dengan wang hantaran berpuluh ribu ringgit malah ada yang menjangkau jutaan ringgit, ia sedikit sebanyak mempengaruhi masyarakat untuk mengikutinya. Boleh dikatakan dunia glamor artis mahu dirasai pasangan biasa yang menjadi raja sehari. Soal bagaimana pengantin itu mendapatkan wang bagi menguruskan perkahwinan tidak diambil kira, asalkan hasrat melalui detik bahagia sebagai raja sehari dan memenuhi tema semasa lebih diutamakan sehingga lupa konsep perkahwinan yang disaran Islam. Perkahwinan menyatukan dua jiwa secara sah, elak kemaksiatan dan tujuan perkahwinan juga bagi melahirkan zuriat untuk meneruskan kesinambungan keturunan. Mengapa dalam melaksanakan tanggungjawab ini perlu dibelenggu dengan hutang sehingga membebankan diri? Ada pasangan yang berhabis ketika kahwin sampai sudah beranak-pinak, masih belum terlepas hutang majlis kahwin. Ada sesetengah pula, detik manis perkahwinan belum lagi hilang tetapi rumah tangga berantakan gara-gara berdepan masalah kewangan.

Pasangan yang ingin berumah tangga perlu berpandangan jauh. Mengharungi kehidupan berumah tangga bukan sekadar menjadi raja sehari tetapi perlu melalui detik susah, senang bersama pasangan sepanjang hayat. Ikatan kasih sayang perlu dipupuk setiap masa semoga kemanisan hidup dapat berterusan dengan harapan generasi mendatang tidak kehilangan arah.
Bagi aku isu ini menarik untuk diberi komen... nanti kita bincangkan pasai Bisnes Dalam Perkahwinan...