13 January 2010

Majlis Perkahwinan Bertukar Jadi Pesta Komersial

Satu artikel yang dipetik daripada Berita Harian - 13 Januari 2010 :

Majlis perkahwinan sekarang sudah tiada musim, bukan macam dulu lebih bertumpu pada cuti sekolah saja. Disember paling banyak undangan diterima, maklum saja cuti sekolah panjang. Itu belum lagi undangan diterima setiap hujung minggu. Kalau di sebelah Pantai Timur, tentunya Jumaat menjadi hari pilihan untuk diadakan kenduri-kendara. Selepas solat Jumaat, tetamu terus singgah ke rumah pengantin. Apabila kenyang baru balik rumah. Begitu juga di Pantai Barat, apabila Sabtu dan Ahad bingit dengan paluan kompang. Kalau tak di rumah pengantin, dewan orang ramai jadi pilihan. Kalau majlis diadakan di taman perumahan pula, banyak laluan ditutup. Jiran yang berdepan masalah keluar masuk, awal lagi letak kereta jauh dari tempat majlis, mudah bergerak jika diperlukan. Semangat kejiranan menebal apabila wujud toleransi memberikan laluan untuk jayakan majlis kenduri. Ketika menghadiri satu majlis kahwin di utara tanah air, baru-baru ini, ada antara tetamu buka cerita mengenai rombongan meminang yang jadi macam majlis 'jual anak'. Isu bertumpu kepada wang hantaran. Ketika berbincang secara rasmi sempena majlis pertunangan, kedua-dua belah pihak bersetuju menetapkan hantaran atau belanja hangus RM5,000. Majlis dalam suasana harmoni itu berakhir dengan jamuan. Ketika rombongan pihak lelaki mahu meninggalkan majlis, tiba-tiba wakil perempuan mencuit wakil pihak lelaki memaklumkan ada perubahan mengenai wang hantaran. Pihak perempuan putuskan wang hantaran dinaikkan menjadi RM10,000. Dalam beberapa detik saja, perjanjian yang dikotakan tadi sudah terbubar.
Mendengar jumlah wang hantaran baru, terkejutlah wakil lelaki tetapi sebagai adat orang mendatang, perbincangan terpaksa juga dibuat semula demi menunaikan hasrat pasangan mendirikan masjid. Selepas berbincang lagi dan beberapa kali perubahan angka wang hantaran, pihak perempuan akhirnya bertolak ansur dan akhirnya mengambil jalan tengah menetapkan wang hantaran baru RM7,000. Alasan yang diberikan kerana belanja untuk mengadakan majlis perkahwinan semakin meningkat. Apa yang mahu ditimbulkan di sini mengapa perkara seperti ini boleh berlaku? Sepatutnya soal tawar-menawar wang hantaran tidak patut berlaku jika tidak dipengaruhi orang lain dalam perbincangan. Biasalah apabila mengadakan majlis pertunangan dan menetapkan wang hantaran, kedua-dua pihak sama ada lelaki atau wanita melantik wakil masing-masing untuk menjadi jurucakap. Di belakang kedua-dua wakil bakal pengantin itu, ada pula kaum kerabat yang kadang-kadang mahu masuk campur hingga si wakil pihak perempuan tadi bercelaru untuk membuat keputusan. Biasanya status keluarga, akademik dan kerjaya pengantin akan jadi asas dalam menentukan wang hantaran. Bagi lepasan universiti dan berkerjaya eksekutif, ukuran wang hantaran sekarang melebihi RM10,000. Wang hantaran paling minimum sekarang ialah RM5,000, itupun mungkin di kampung saja. Kalau di bandar jumlah begitu dianggap terlalu kecil.

Bagi pasangan bekerjaya, tentu tak mahu kalah dalam meletakkan wang hantaran dan inilah yang menjadi punca membawa kepada tawar-menawar mengenai wang hantaran yang tak seharus berlaku jika bakal pengantin sudah berbincang dan memberi kata putus sebelum diserahkan majlis kepada wakil keluarga. Kes menjadi lebih parah apabila sesetengah bakal pengantin menjadikan artis atau selebriti sebagai penanda aras mengatur majlis perkahwinan. Majlis yang bertujuan mengisytiharkan ikatan suci pasangan suami isteri untuk mengelak fitnah jika berkahwin secara senyap, bertukar menjadi pesta komersial. Jika artis, selebriti bermegah dengan wang hantaran berpuluh ribu ringgit malah ada yang menjangkau jutaan ringgit, ia sedikit sebanyak mempengaruhi masyarakat untuk mengikutinya. Boleh dikatakan dunia glamor artis mahu dirasai pasangan biasa yang menjadi raja sehari. Soal bagaimana pengantin itu mendapatkan wang bagi menguruskan perkahwinan tidak diambil kira, asalkan hasrat melalui detik bahagia sebagai raja sehari dan memenuhi tema semasa lebih diutamakan sehingga lupa konsep perkahwinan yang disaran Islam. Perkahwinan menyatukan dua jiwa secara sah, elak kemaksiatan dan tujuan perkahwinan juga bagi melahirkan zuriat untuk meneruskan kesinambungan keturunan. Mengapa dalam melaksanakan tanggungjawab ini perlu dibelenggu dengan hutang sehingga membebankan diri? Ada pasangan yang berhabis ketika kahwin sampai sudah beranak-pinak, masih belum terlepas hutang majlis kahwin. Ada sesetengah pula, detik manis perkahwinan belum lagi hilang tetapi rumah tangga berantakan gara-gara berdepan masalah kewangan.

Pasangan yang ingin berumah tangga perlu berpandangan jauh. Mengharungi kehidupan berumah tangga bukan sekadar menjadi raja sehari tetapi perlu melalui detik susah, senang bersama pasangan sepanjang hayat. Ikatan kasih sayang perlu dipupuk setiap masa semoga kemanisan hidup dapat berterusan dengan harapan generasi mendatang tidak kehilangan arah.
Bagi aku isu ini menarik untuk diberi komen... nanti kita bincangkan pasai Bisnes Dalam Perkahwinan...

08 January 2010

Siapa yang lebih memahami?

Dalam sebuah hubungan samada percintaan atau perkahwinan antara lelaki dan wanita, pergaduhan sering berlaku. Cuba kita kaji kenapa berlaku pergaduhan, samada disebabkan cemburu, pasangan yang dikatakan tidak memahami, terlalu mengongkong dan pelbagai sebab dan punca yang boleh kita sebutkan.

Pendapat saya, dalam soal hubungan lelaki dan perempuan sememanya tidak wujud istilah saling faham memahami. Jika ada yang berpendapat demikian, kenyataan tersebut hanyalah bersifat sementara. Hakikatnya perempuan tidak akan memahami lelaki, mahupun lelaki tidak akan memahami wanita. Sebenarnya, lelaki hanya akan memahami perasaan lelaki, perempuan akan memahami perasaan perempuan. Tapi ini bahaya, takut dikatakan kita ni minat sesama sejenis la pulak.

Namun, dalam mengekalkan hubungan lelaki dan perempuan yang penting adalah keperluan fitrah manusia dari segi nafsu dan teman hidup.Sifat tolak ansur, saling hormat menghormati dan sentiasa berkerjasama antara lelaki dan perempuan adalah nilai teras dalam menwujudkan keharmonian hubungan antara lelaki dan wanita. Fikir – fikirkan la….

04 March 2009

Biskut Kelapa

Perusahaan biskut kelapa termasuk sebagai salah satu IKS yang telah diusahakan di negara kita. Tapi macam perusahaan ni dijalankan secara komersial... bagi yang berminat buleh menghayati urutan gambar berikut ;

Gambar 1 : Dalam bekas nie la serbuk biskut kelapa yang telah siap di proses. Proses menghasilkan tak dapat dijelaskan.

Gambar 2 : Serbuk kelapa dimasukkan ke dalam acuan menggunakan mesin khas yang disediakan. Mudahkan...



Gambar 3 : Biskut yang telah dibentuk... akan dibakar di dalam oven dengan suhu yang sesuai...


Gambar 4 : Biskut Kelapa yang telah siap dibungkus... untuk dijual di pasaran... sekian, sekadar berkongsi...





26 February 2009

Kenali Labu Sayong

Kuala Kangsar terkenal ngan pembuatan labu sayong.... ader ramai pengusaha labu sayong kat saner... bagi yang tak pernah pergi jangan bimbang... siap ader direktori pengusaha lagi.... bagi yang belum tengok proses nya... marilah hayati gambar berikut.......

Gambar 1 : Acuan Labu Sayong... acuan nie dibuat dari simen .... cam simen orang patah tu...

Gambar 2 : Tanah liat yang telah diproses dimasukkan ke dalam acuan tersebut, ianya akan dibiarkan keras, jika air surut, tanah akan ditambah dari masa ke semasa.





Gambar 3 : Pasu yang telah keras, dikeluarkan. Bermula la proses mengukir bagi mencantik pasu tersebut... kerja mengukir memerlukan daya kreativiti....








Gambar 4 : Pasu yang telah siap diukir akan dikeringkan.... proses pengeringan dibuat di dalam oven khas... darjah kepanasan kira 200 darjah celcius...






Gambar 5 : Pasu yang telah siap dan sedia untuk dijual. Berminat buleh pergi sendiri ke Kuala Kangsar, Perak.

Panorama

Gambar telah dirakam di Hutan Paya Bakau Matang, Taiping

Gambar 1 : Info berkaitan pokok bakau

Gambar 2 : Pokok Bakau yang tertua yang masih hidup di kawasan ini.


Gambar 3 : Kawasan sekitar Pokok Bakau

23 February 2009

Wayang di Mata Kasarku : The Punisher

The Punisher, kalau dimelayukan bermaksud Pendenda, rasanya macam tak sedap je… begitu la dengan ceritanya, penuh dengan aksi yang ganas tapi jalan cerita tidak menarik.
Citernye bermula dengan aksi bergaduh, seorang lelaki, Frank Castle yang lagaknya macam super hero, abis semua crook (geng jahat) yang kena belasah dengan mamat hero nie… mamat hero nie la yang dipanggil Punisher, seorang bekas anggota tentera. Anak dan bininye telah mati dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan samseng jalanan… semenjak daripada itu, abis semua samseng dan gangster yang dia bunuh, polis pun rasa tak puas hati atas tindakan Punisher nie, sebab dia cuba membelakangkan undang-undang.
Adegan pergaduhan ni berterusan sehinggalah menyebabkan seorang anggota polis yang dibunuhnye, maka tinggal balu polis nie ngan seorang anak perempuan. Maka Frank Castle rasa bersalah dan mengenangkan anaknya yang mati, mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan anak polis tersebut….

Maka habis semua sang penjahat tu dibunuhnya…

BLOG DAN TANGGUNGJAWAB

Semalam aku tengok program bual bicara, Perspektif Kita dalam Astro Awani. Beberapa panel yang dijemput, antara nama besar dalam arena penulisan blog seperti Datuk Kadir Jasin, Datuk Ruhanie Ahmad serta beberapa orang panel yang lain.
Yang menariknya, semua orang beri pandangan pasal kecenderungan masyarakat Malaysia dalam penulisan blog. Bila kite cakap bercakap pasal pandangan, macam – macam isu dan sudut pandang yang akan kite bincangkan. Rasanya, setiap pandangan ini tiada betul salahnya.
Apa yang menarik perhatian aku, kenyataan dari seorang ahli panel bahawa dalam kita menulis blog, tiada unsur kebebasan dalam erti kata sebenarnya. Blog hanya merupakan wadah, dimana ada manusia yang berpijak di bumi yang nyata yang menulis dalam blog tersebut. Walaupun kite menulis secara maya, namun setiap tulisan kite masih terikat dengan undang-undang dalam Negara.
Contohnya, kalau kita menulis berkaitan isu yang menghasut, kite boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan.


Moralnya, setiap apa yang kita buat perlu ada rasa tanggungjawab, buka ruang untuk kita berfikir dan memikirkan demi kemajuan anak bangsa kite.