10 August 2015

FREEHOLD VS LEASEHOLD

Apakah itu status FREEHOLD dan LEASEHOLD?

1). FREEHOLD


FREEHOLD atau pegangan bebas merupakan tanah di mana pemilikannya adalah untuk tempoh selama-lamanya (kekal). Dalam ertikata mudah, pemilik tanah pegangan bebas memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali semula kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pegambilan balik tanah oleh kerajaan).

Di dalam dokumen Hakmilik muktamad ('final title'), pegangan bebas dikenali sebagai GERAN (sama ada Geran atau Geran Mukim) seperti di dalam gambar.

Geran merujuk kepada Hakmilik yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri manakala Geran Mukim merujuk kepada Hakmilik yang dikeluarkan dan ditadbir oleh Pejabat Tanah dan Daerah.

Sebagai contoh, jika dokumen hakmilik itu dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Tanah Negeri maka ianya menggunakan No. Hakmilik seperti GERAN 1234 manakala jika ianya dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Daerah maka No. Hakmilik adalah seperti Geran Mukim 1234.

2). LEASEHOLD
 
LEASEHOLD atau pegangan berstatus Pajakan pula merupakan jenis pegangan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan. Pada masa ini tempoh pajakan yang biasa dilihat atau dikeluarkan oleh kerajaan negeri / Pejabat Tanah adalah untuk 99-tahun.

Di negeri seperti Sabah & Sarawak, kita mungkin melihat tempoh pajakan yang lebih panjang manakala untuk hakmilik lama dan tujuan selain kediaman anda mungkin akan lihat pajakan untuk tempoh seperti 30 atau 60 tahun.

Persoalan utama di sini apa akan jadi selepas tempoh pajakan tersebut tamat?

Jawapannya, tanah tersebut akan kembali menjadi hakmilik negeri. Walau bagaimanapun, ini jarang berlaku kerana kebiasaannya pemilik tanah kediaman akan diberikan peluang untuk memperbaharui / memanjangkan tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah premium mengikut kadaran nilai tanah semasa.

Sekiranya anda sebagai merupakan pemilik tanah jenis pajakan, anda tidak perlu menunggu sehingga pajakan tersebut tamat tempoh untuk memohon tetapi boleh mula memohon apabila tempoh pajakan tersebut semakin pendek (sekitar kurang 30-50 tahun) kepada Pejabat Tanah.

Anda akan dimaklumkan mengenai jumlah premium yang perlu dibayar untuk permohonan tersebut dan perlu membuat pembayaran sebelum ianya diluluskan.

Untuk negeri Selangor, adalah dimaklumkan pada tahun 2011 bahawa pemilik yang terus tinggal di hartanah berkenaan hanya perlu membayar RM1,000 sahaja berbanding jumlah premium mengikut nilai pasaran tersebut sehingga beliau menjual hartanah berkenaan.

Jumlah ini adalah tersangat kecil dan merupakan suatu tindakan yang baik dari kerajaan negeri tersebut. Sebagaimana dokumen hakmilik kekal, pegangan pajakan juga mempunyai pengenalan tersendiri dalam membezakannya di dalam dokumen Hakmilik.

No. Hakmilik muktamad bagi pegangan pajakan akan menggunakan PAJAKAN 1234 atau PAJAKAN MUKIM 1234 - merujuk cara yang sama seperti Geran.

Secara amnya kebanyakan tanah-tanah untuk projek perumahan pada masa ini adalah berstatus 'Pajakan' kerana ianya merupakan tanah yang 'diberimilik' oleh kerajaan kepada pemaju untuk dibangunkan.

Hanya projek-projek perumahan terdahulu yang mana tanah sudah dimiliki oleh individu sahaja biasanya yang memiliki status pegangan bebas (kekal). Penerangan lanjut diperlukan untuk perkara ini nanti.

Dari segi nilaian hartanah pula, sebagaimana sedia maklum, tanah dengan ciri-ciri yang sama akan mempunyai nilai yang lebih tinggi untuk pegangan bebas berbanding pajakan.

Selain disebabkan tempoh pegangan tersebut, ianya adalah berkaitan dengan permintaan dan juga tempoh pindahmilik yang lebih panjang untuk pegangan pajakan yang memerlukan kebenaran/kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri untuk pindahmilik tersebut yang kadangkala memakan masa sehingga 1 tahun.

----------

Apa itu HAKMILIK SEMENTARA?

Dokumen hakmilik MUKTAMAD akan menggunakan no. pengenalan seperti Geran, Geran Mukim, Pajakan, Pajakan Mukim dan sebagainya.

Bagaimana pula bagi hakmilik yang belum muktamad?

Untuk Hakmilik yang belum muktamad, no. pengenalan Hakmilik yang digunakan yang mungkin anda pernah lihat adalah seperti H.S.(D)1234 atau H.S.(M)1234.

Huruf pengenalan H.S. di sini sebenarnya merujuk kepada 'Hakmilik Sementara' manakala (D) dan (M) masing-masing merujuk kepada Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah berkenaan iaitu D (Daftar) - Pejabat Pendaftar Negeri manakala M (Mukim) - Pejabat Tanah Daerah.

Terdapat sesetengah mereka yang keliru dengan anggapan bahawa Hakmilik Sementara merupakan pegangan 'sementara' yang mereka fikir pegangan pajakan sedangkan ianya suatu perkara yang berbeza.

Oleh itu, Hakmilik Sementara ini juga mempunyai jenis pegangan yang berbeza iaitu sama ada ianya pegangan bebas ataupun pegangan pajakan yang mana boleh dirujuk di dalam dokumen Hakmilik tersebut.

Walaupun Hakmilik Sementara ini bukanlah dokumen Hakmilik muktamad ianya tetap sah digunapakai sebagaimana butiran yang tercatit di dalamnya sehinggalah Hakmilik muktamad dikeluarkan.

Hakmilik muktamad merupakan Hakmilik berdasarkan ukuran akhir / sebenar Pejabat Tanah dan terdapat kemungkinan saiz muktamad tanah anda sedikit berbeza dari saiz di dalam hakmilik sementara.

Semoga sedikit sebanyak penerangan ringkas mengenai 3 perkara di atas dapat memberikan penjelasan kepada mereka yang masih kurang jelas mengenainya.

Nota: Penerangan ini diambil daripada facebook. Bukan ditulis oleh pemilik blog ini. 

22 May 2015

Mendepani Cabaran

Cabaran. Anda suka cabaran. Anda takut dengan cabaran atau anda akan lari daripada cabaran. Seeloknya, kita perlu mendepani cabaran. Cuma sebelum mendepani cabaran, perlu ada pertimbangan. Pertimbangan apa, yang macamana. Pertimbangan ini adalah pilihan untuk kita, pertimbangan mengenai kesan baik dan kesan buruk untuk kita mendepani cabaran itu. Kita sering juga mengatakan atas sesuatu cabaran, kita tidak punya pilihan. Itu pemikiran yang salah. Kita sentiasa ada pilihan. Cuma pilihan yang terbaik bukan pilihan yang kita suka.

02 April 2015

Aku Bersyukur

GST telah dilaksanakan di negara tercinta Malaysia. Dalam media sosial tak kira, facebook atau Whatsapp, memang hangat membincangkan soal pelaksanaan GST. Rata-rata memang marah dan kecewa dengan adanya GST. Nampak dengan adanya GST memang harga barang meningkat, sebab hampir semua benda kena GST. Cumanya, kita tak pasti kutipan GST tu sah atau tidak, sama ada bayaran GST akan sampai kepada Kerajaan atau tidak, aku tak pasti. Yang aku tgk, gerai tepi jalan pun melaksanakan GST. Aku rasa buruk baik GST ni masih tidak boleh dibincangkan lagi. Kalau ikut ilmu penilaian outcome yang aku belajar, at least kena tunggu 6 bulan baru tau keberkesanannya. Baru leh buat perbandingan data, sejauh mana kesan GST dalam menentukan turun naik harga barang. 

Ehh... topik aku bersyukur takde kena mengena dengan GST. Aku rasa bersyukur sebab orang disekeliling aku masih sihat dan ceria, sama ada Mak, adik beradik dan kelurga mahupun anak-anak. Bukan apa, ada blog yang selalu aku baca, mereka diuji dengan kisah sedih, yang satu, ayahnya sakit dan perlu dijaga dengan sepenuh masa. Dan satu lagi, anaknya patah tangan. Bila aku baca kisah mereka, aku memang patut untuk aku bersyukur. Cumanya, ujian allah itu datang dan pergi. Disini perlu ada kekuatan iman dan amal.

06 March 2015

Cicakman 3

Cicakman kembali... jangan skeptikal. Elok la anda menonton. Tapi bila dah ader famili mungkin aku tunggu masuk kt astro je la. Apa yang nak aku ceritakan ni. Mungkin anda dah boring, malas nak layan cicakman1 dan 2. Kedua-duanya tidak mempunyai jalan cerita yang bagus, kekuatannya lebih kepada teknologi CGI. Tak banyak anak malaysia yang menghasilkan filem guna CGI, mungkin sebab kosnya yang mahal. 

Tapi dalam Cicakman 3 telah dijanjikan pembaharuan termasuk jalan cerita yang lebih menarik. Aku memang berharap ianya benar-benar begitu. Penghasilan filem cicakman 3 membuktikan KRU memang serius yang bisnesnya. Satu yang aku kagum dengan team KRU ni, depa sentiasa bergerak ke hadapan. Setiap orang ada kekuatannya sendiri, Norman mungkin fokus kepada perjalanan bisnes KRU Studio, Yusri more on filem CGI dan Edry more on muzik. 

17 February 2015

Beli rumah sebelum GST.

Agaknya anda telah faham konsep dan pelaksanaan GST. Kalau masih tak faham, elok la anda berusaha untuk memahamkannya. Aku tertarik dengan satu grafik yang dikeluarkan oleh iproperty berkaitan membeli rumah sebelum GST. So fikir-fikirkan la. 


13 February 2015

Kehidupan dunia

Malam tadi, 12 Februari 2015 telah dikhabarkan bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meninggal dunia. Moga roh tuan guru ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 

Inilah hakikat kehidupan di dunia. Kita tidak akan kekal selama-lamanya. Kita pasti akan mati. Kita yakin ada kehidupan lain selepas kehidupan di dunia. Kehidupan di dunia ini merupakan medan ujian kepada kita sebagai hamba Allah. Ujian ini yang menentukan sama ada kita akan masuk syurga, atau masuk neraka. 

Kematian orang lain menginsafkan kita supaya mengingati mati. Moga kita terus diberikan kekuatan untuk terus istiqomah melakukan ibadah yang wajib, mahupun yang sunat dan meninggalkan yang di tegah. 

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

04 February 2015

Menuju ke Puncak

Puncak adalah merupakan kawasan yang tinggi. 
Untuk capai ke kedudukan di puncak, perlu ada usaha. 
Perlu ada keazaman. 
Perlu ada kekuatan.
Bukan semua usaha akan membuahkan hasil. 
Namun kita kena terus berusaha. 
Kita perlu berdoa, selanjutnya baru kita bertawakal. 

Kegagalan bukan penamat. 
Jadi ianya sebagai titik mula, kepada satu episod baru. 
Cubalah hayati falsafah Prof. Muhd Kamil Ibrahim dalam buku 'Bersama di Firdausi'.
Apakah tujuan hidup anda. 
Sudah pasti hidup di dunia untuk mencari redha Allah
Sebabnya kita akan dibangkitkan semula di hari pengadilan.

26 January 2015

Renew Road Tax Kereta Tanpa Geran Kereta

Aku mungkin baru tau... tapi rasanya ramai yang tak tau. Kebiasaannya bagi kereta yang masih mempunyai baki hutang di bank, anda perlu berurusan dengan kaunter bank untuk renew road tax kereta tersebut. 

Dan urusan ini tidak akan selesai dalam masa satu hari sahaja. Sekurang-kurang anda perlu 2 kali hadir ke kaunter bank, pertama untuk bayar insuran dan harga cukai kereta , manakala kali kedua, untuk mengambil road tax yang telah siap. Tempoh siap pun mungkin mengambil masa 3 hari sampai seminggu. 

Tetapi anda ada alternatif untuk hidupkan road tax tanpa geran kereta. Anda boleh menggunakan mesin MySIKAP yang disediakan di Pejabat JPJ yang berdekatan. Seperti biasa, anda perlulah memperbaharui insuran kereta anda dengan agen insuran yang berdaftar. Sekarang ni mudah, agen insuran biasanya akan menggunakan sistem online insuran. Sistem online insuran ini akan link dengan Sistem di JPJ. So yang penting, anda pastikan semasa anda perbaharui insurans kereta, pastikan makluman insurans itu online dan dikemaskini dalam database JPJ. 

Setelah itu, anda cuma perkara berurusan dikiosk MySIKAP yang disediakan di ruang khas dalam Pejabat JPJ. Urusan ini tidak boleh dilaksanakan secara tunai, anda perlu menggunakan sama ada Kad Kredit atau Kad Debit. Maklumat anda akan dikesan menggunakan MyKad. Anda hanya perlu ikut je arahan mesin kiosk tersebut. 

Seingat aku, mulanya anda perlu pilih urusan 'LKM', pastu pilih button 'salinan', 'perbaharui' ... kemudian anda perlu memasukkan mykad di tempat yang disediakan dan disahkan menggunakan kad jari. Urusan ini tak boleh dilaksanakan jika mykad anda tidak boleh dibaca oleh mesin kiosk tersebut. 

Selepas itu, anda perlu memasukkan no plat kereta, dan akan terpapar maklumat lesen kenderaan anda. Maklumat ini adalah sama dengan maklumat tempoh insuran kereta yang telah anda perbaharui. Sebab itu penting untuk anda pastikan maklumat insuran telah link dengan JPJ. 

Kemudian, anda perlu membuat pilihan bayaran sama ada kad kredit atau kad debit. Selesai bayaran dibuat, mesin tersebut akan mencetak road tax kereta anda yang baharu. Mudah dan pantas. Anda juga boleh mencetak resit sebagai rekod. Bagi aku penting resit ini disimpan. 

Cumanya kekurangan cara begini, maklumat ini tidak akan tercetak di dalam geran kereta anda.