11 November 2011

Erti Kebahagiaan

Kebahagian adalah elemen tertinggi yang akan menjadi idaman dan kesukaan semua insan. Kebahagian selalunya dirujuk kepada kehidupan berkeluarga sahaja. Namun hakikatnya ianya boleh dirasai dari skop yang lebih luas daripada itu.

Kebahagian ini lahir dari perkataan bahagia. Bahagia ini ditakrifkan sebagai satu suasana senang, aman dan gembira. Dalam mencari kebahagiaan, hakikatnya banyak ranjau dan dugaan yang perlu ditempuhi sebelum kita dapat mengecapi sebuah kebahagiaan. Perasaan bahagia biasanya akan bersifat berulang-ulang, dimana ianya kadang-kadang kita rasai, kadang-kadang ianya hilang begitu sahaja, tatkala kita menghadapi masalah.

Masalah dan bahagia akan siling berganti muncul dalam kehidupan kita. Ada pendapat menyebut hidup tanpa masalah, menyebabkan kita akan rasa kosong, namun hidup penuh dengan masalah membawa kepada tekananm perasaan. Sama juga keadaannya dengan kebahagiaan, hidup penuh kebahagiaan menyebabkan kita lalai dan leka dalam melakukan sesuatu perkara, namun hidup tanpa kebahagiaan membawa kepada tekanan dan penderitaan.

Pemilikan wang yang banyak akan memberi sinar kebahagiaan kepada kita. Tetapi untuk memilik wang yang banyak kita perlu berusaha mencarinya. Kita perlu bekerja seperti berniaga dan sebagainya. Dalam urusan kita bekerja, tekanan dan cabaran akan muncul disekeliling persekitaran pekerjaan kita.

Darjah kebahagian mengikut peringkat usia, ianya berbeza, dimana kanak-kanak merupakan kumpulan yang sentiasa bahagia, tanpa perlu memikirkan masalah dipersekitarannya. Golongan dewasa pula sentiasa merasa bahagia dengan kebebasan dalam menjalani kehidupan yang kita pilih, seperti kuasa untuk membeli barangan dan mempunyai keluarga. 

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.