Calon yang sah bertanding telah diketahui mulai pada 20 April 2013 yang lalu, maka bermulalah tempoh kempen mereka.
Biasanya, bila berkempen masing-masing akan membentangkan hala tuju kepimpinanannya, sudah pasti selaras dengan manifesto parti yang diwakilinya. Tapi bagi yang bertanding bebas, apa yang cuba diperjuangkannya. Kalau setakat 'lepas geram', memang perjuangan tak kemana, lebih ke mana mencari kepuasan peribadi, lebih kepada niat di hati nak jadi 'YB'. Tak lepas juga, ada yang bertanding bebas mempunyai hala tuju perjuangan yang jelas.
Dalam era ledakan teknologi, maklumat sentiasa berada dihujung jari anda... mudah sebenarnya untuk berkempen. Tapi pendekatan tradisional, seperti turun padang tidak boleh ditinggalkan, sebab ramai yang berpandangan ianya lebih berkesan. Sesi interaksi antara dua pihak ini yang penting.
Sebagai rakyat, kita patut mendengar dan menilai semua kempen-kempen ini. Bukan setakat dengar pendapat orang-orang je, bukan semua yang diceritakan itu benar...
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.