Seperti biasa, bila tiba hari raya kita pasti akan pergi ke Bank untuk tukar duit. tahun 2012 nie, Bank Negara telah mengeluarkan duit baru bagi not 1, 5, 10, 20, 50 dan 100.
Tapi pengalaman aku berurusan dengan bank, beberapa tips yang diambil perhatian iaitu :
i. Pergi waktu pagi
Kebanyakan bank telah menetapkan waktu urusan tukar duit ini dilaksanakan pada waktu pagi, sebelum jam 2.00 petang. Kemungkinan juga bank menetapkan kuota, jumlah tukaran yang dibenarkan pada satu hari.
ii. Pilihlah bukan bank utama.
Bank utama seperti Maybank dan CIMB, mempunyai banyak cawangan, mempunyai ramai pelanggan, maka urusan tukar duit ini akan menjadi lebih susah dan lambat.
Sebab itu, eloknya pilih bank seperti OCBC, Alliance Bank dan bank yang sewaktu dengannya. Tapi harus diingat ada bank seperti Ar-Rajhi Bank hanya entertain pelanggan atau pemegang akaunnya sahaja.
Ada juga sesetengah bank yang masih belum membuka kaunter untuk urusan tukar duit seperti Bank Rakyat.
iii. Tukar duit guna member yang kerja bank
Ini pilihan yang terbaik, tapi bukan semua dikalangan kita yang ada kawan kerja dengan bank. Tapi kawan atas kawan bukan apa salahnya, yang penting kita dapat tukar duit.
Itulah keseronokan untuk beraya, kadang-kadang kalau susah sangat nak tukar duit, kasi aje duit yang biasa kita gunakan hari-hari.