Satu perkara yang aku selalu perati adalah harga barang yang dijual di hypermarket macam Giant dan Tesco selalu berubah-ubah. Kadang-kadang mahal, kadang-kadang murah.Rasanya depa nie dok memanipulasi harga untuk mengaburi mata pengguna. Iklan dan promosi boleh dikatakan hampir setiap minggu. Eloknya kita kena kaji dan buat perbandingan harga barangan yang ditawarkan. Pasti kita akan ketahui teknik manipulasi yang depa mainkan.
Kalau ikut pengalaman teman ler, memang ader barang yang depa tawarkan memang sangat murah berbanding dengan tempat lain, tapi satu dua barang je. Bila kita dah masuk dalam giant tu, takkan lepas tu nak pergi tesco lagi, lepas tu pegi pasar borong lagi... kos duit minyak pun akan jadi banyak le. Tentunya kita beli semua barang yang kita nak kat satu tempat je. Maybe sebab ini la, yang menyebabkan hyper nie main harga. Depa yang untung secara total.. contohnya, barang A, barang B dan Barang C. Barang A depa letak harga murah, kira buang harga la, barang B kira standard tak perubahan harga, Barang C depa up sikit harga... jadi ye hyper nie konon buat promosi, kata mereka menawarkan harga yang terendah di pasaran, tunjuk la gambar Barang A. Maka berjaya la hyper ni menarik pelanggan berduyun-duyun, hakikatnya, Barang A je yang murah tapi Barang B dan C sama je atau lebih sikit.
Disini peranan kita sebagai pelanggan atau pengguna kena bijak agar tidak dimainkan oleh hyper-hyper ni yang tumbuh bagai cendawan. Yang agak maintain harga, Mydin. So far teman rasa harga barang kat Mydin atau MyMydin memang maintain la.... maner yang murah akan kekal murah..Ada la satu dua barang yang maner harganya agak lebih sikit dari tempat lain. Eloknye, jadilah pengguna bijak.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.