Rasulullah S.A.W telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu :
TAHAP PERTAMA
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (6 tahun) hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
TAHAP KEDUA
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab
TAHAP KETIGA
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
TAHAP KEEMPAT
Anak berumur lebih 21 tahun, para ibu bapa hendaklah memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.