28 January 2009

RAHSIA DISEBALIK JARI YANG LIMA


1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat-kuat dan angkat ke atas sambil laung.... "Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.


2. Luruskan jari ke depan dalam keadaan terbuka dan renung dalam-dalam. Itulah

kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.


3. Letak tapak tangan di atas meja, perhatikan. Start dr jari kelinking yang kecil dan kerdil, macam manusia dan apa benda pun akan bermula dari kecil kemudian membesar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan beri impact/kesan yg besar pada masa depan.


4. Then tengok jari kedua, jari manis. Macam tu jugak la dgn usia remaja….semuanya sweet.. manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu di duga dengan cabaran & dugaan. Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.


5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita.
At 30's kita dah punya status, ekonomi dan karier yg stabil tapi kita kena berhati-hati sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan.
So kita kena la lipat gandakan ibadat.


6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT
ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Macam tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yang kaya dengan idea bernas and a great mind.


7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/ berpengalaman. Kalau kitapatuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.


See all ur fingers and renung/fikir dalam-dalam.
Dimana anda sekarang..?

20 January 2009

Awas ! Denggi

PETANDA DENGGI KIAN SUKAR DIKESAN

Orang ramai diminta lebih peka terhadap demam denggi kerana petanda diserang penyakit itu kini berbeza daripada sebelum ini sehingga menyukarkan doktor mengesan penyakit itu lebih awal. Denggi kini menunjukkan tanda yang amat berbeza berbanding beberapa tahun lalu kerana petanda sama dengan pelbagai penyakit lain, termasuk jaundis, hepatitis atau kegagalan fungsi organ dan buah pinggang. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata tanda biasa denggi seperti demam dan kesakitan otot masih ada tetapi kebanyakan pesakit mengalami tanda berlainan.
“Denggi akan menunjukkan pendarahan atau bilangan platlet darah yang rendah, tetapi sekarang tandanya amat berbeza. Ada sesetengah pesakit denggi mempunyai penyakit kuning, hepatitis, malah ada yang mengalami kegagalan organ atau buah pinggang. “Orang tidak tahu antara tanda denggi. Ia bukan tanda yang biasa, menyebabkan pegawai perubatan gagal mengesan jangkitan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam. Dr Ismail berkata, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan dalam tempoh berkenaan masih tinggi walaupun statistik menunjukkan penurunan 3.4 peratus bagi minggu kedua tahun ini berbanding minggu pertama. "Peningkatan disebabkan kadar pembiakan Aedes yang tinggi kerana orang ramai kurang prihatin terhadap penjagaan kebersihan serta perubahan cuaca," katanya. BH. 20 Jan. 2008.

PANDANGAN

Cerita Denggi isu lama, tapi isu penyakit nie takder benda baru atau lama kan. Bila kite diserang denggi, risiko kematian juga tinggi. Tapi adakah masyarakat kita menyahut kempen kerajaan dengan membersihkan persekitaran rumah kita. Rasa-rasanya masing-masing akan beri macam-macam alasan, ye lah ader yang kate rumah dia bersih je, mana ader takungan air, ader jugak yang akan kata takder masa, mana sempat nak buat semua nie dan macam-macam lagi la….

Tapi bila kite dah disahkan mengidap denggi, baru ader akal…. Minta-minta la dijauhkan. Nak pulak sekarang virus denggi ni dah berevolusi, payah pulak doktor nak kesan…. Mari la kite sama-sama berdoa agar tuhan beri kite kesejahteraan hidup. AMIN.


19 January 2009

PLKN : Sebab dan Akibat

'Saya serik benar anak sertai PLKN'

Bapa pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini, meminta Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) meningkatkan ciri keselamatan di semua kem latihan PLKN.

Md Hussin Yunus, 45, berkata ciri ini penting dan harus diberi keutamaan kerana membabitkan nyawa pelatih yang kebanyakannya masih baru dengan suasana di kem. "Ini berkaitan dengan nyawa dan keselamatan anak kita. Saya mempunyai lima lagi anak yang mungkin terpilih menyertai PLKN. Selepas kejadian ini, saya agak takut untuk membenarkan anak saya menyertainya dan mungkin akan memohon untuk pelepasan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Ahmad Al-Hashyiemi dilaporkan hampir lemas selepas terjatuh ke dalam longkang yang digenangi air di kem terbabit ketika mengangkut barang dalam operasi pemindahan akibat banjir. - BH. 19 Jan 2009.

ULASAN PENULIS

Inilah kenyataannya. Setiap kali musim remaja menyertai PLKN pasti sahaja ada kemalangan yang berlaku, tak kira sama ada sengaja atau tidak. Peristiwa ini membimbangkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak di kem-kem latihan pada masa sekarang atau masa-masa hadapan.

Tapi adilkah kalau kita nak menyalahkan pihak pentadbiran kem dan PLKN, pasti tiada satu jawapan tepat yang akan kita perolehi. Teruk sangat ke latihan di kem PLKN, takkan takder penambahbaikan yang diambil oleh pengurusan kem. Banyak persoalan yang rasanya sukar untuk dijawab secara langsung, yang berkias mungkin banyak.

Kemalangan tidak berbau, dengan kata lain, ini semua dugaan tuhan, kalau duduk kat rumah, adakah anak-anak kita akan selamat sepanjang masa. Rasanya tetap jugak berlaku kemalangan tapi disebabkan takder pihak yang nak disalahkan, keluarga biasanya akan redha je ngan ketentuan illahi. Kalau kita bace paper, ader jugak kes budak yang mati lemas, tapi mak bapak redha je… kenapa?

Satu lagi, anak-anak remaja nie kalu dah dikumpulkan dalam satu kumpulan yang ramai, perangai mereka pasti menjadi-jadi, sukar untuk dikawal. Sebab pe, dah jiwa remaja, budaya menunjuk-nunjuk, masing-masing nak tunjuk sapa yang hebat. Ini lah pentingnye jurulatih yang berkualiti yang perlu ada di setiap kem PLKN.

Eloknya, hasrat melahirkan remaja yang patriotik memang penting melalui PLKN. Namun, keselamatan tetap harus diutamakan. Kemalangan tidak berbau, Tindakan menghukum atas sesuatu kemalangan mungkin ader baiknya, tapi mungkin juga ada buruknya. Marilah kita fikir-fikirkan.




16 January 2009

Zaman Kiter ... ke Zaman Depa

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1984..
MESTI KORANG INGAT NI

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah... ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.Pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin. time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je. kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh... lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa... permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke kalu:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam.. mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata.. yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu lagi.. sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita???





15 January 2009

artikel pilihan : MCDONALDS DAN REJIM ISRAEL

McDonalds Malaysia telah menafikan dakwaan syarikat itu menyalurkan bantuan kewangan kepada rejim Israel. Pengarah Jabatan Komunikasi Korporatnya,Azmir Jaafar berkata restoran makanan segera di Malaysia tidak mempunyai kaitan dengan keadaan di Palestin. Katanya, McDonals Malaysia adalah organisasi yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia dan lebih 8,000 pekerjanya adalah rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum – BH.15 Jan. 2009.


ULASAN PENULIS :
Sukar untuk menafikan kenyataan dari McDonals Malaysia (MM) ini. Tapi sukar juga untuk mengetahui samada benar MM ini tidak memberikan sumbangan kepada McDonalds yang beroperasi di Amerika. Banyak ruang kosong yang kita sendiri pun tak pasti, banyak yang boleh didebatkan. Yang tersurat, ramai orang Malaysia yang makan gaji ngan McDonalds, apa nasib mereka kalau MM ditutup.
Tapi kenapa Jurucakap MM mengeluarkan kenyataan penafian, adakah perniagaannya telah terjejas. Kalau ya, ini membuktikan bahawa kuasa beli pengguna adalah sangat kuat dalam menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan. Fikir-fikirkan lah.

Siri 1 : Muhasabah Diri

Yang ringkas, tapi menginsafkan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.



Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

07 January 2009

Citer Wayang dari Mata Kasar : YES MAN

Beberapa minggu lalu, aku dah menonton filem Yes Man. Pelakon utamanye, Jim Carrey. Jim Carey sekarang nampak benor dah tua ... Jalan citernye, agak biasa dan stereotpye... biasa la Jim Carrey ngan lawak bodohnye...
Sinopsisnye aku ambik kat salah satu laman web, cam gini la citer lebih kurang... :
... "Yes Man" - Based on a memoir by British author Danny Wallace, the movie "Yes Man" centers on a man who decides to change his life by saying yes to absolutely everything that comes his way. Saying "yes" leads him on a series of unexpected comedic adventures that turn his whole life upside-down. Jim Carrey stars as Carl Allen, a man who signs up for a self-help program based on one simple principle: say yes to everything... and anything. At first, unleashing the power of "yes" transforms Carl's life in amazing and unexpected ways, but he soon discovers that opening up his life to endless possibilities can have its drawbacks.

Apa yang menarik yang aku kongsikan bila dah tengok citer nie.... Kalau kita jadi seorang 'Yes Man' mungkin banyak benda yang akan berubah dalam hidup kiter.....cuba kita bayangkan kalu dalam hidup kita tak boleh cakap 'No', tidak, tak boleh ... rasanya mau huru hara jugak dibuatnye..... tapi mungkin boleh memberikan kesan yang positif.... itu la yang berlaku kat Carl Allen dalam YES MAN.... seorang yang sunyi dalam hidup... tiba-tiba boleh menjadi seorang yang gembira dengan hanya mengiyakan semua pertanyaan orang... siap dapat awek lagi...
cuma itu semua dalam movie buleh la kan....
Apa-apa pun bagi aku, sedikit sebanyak ada bagusnye jugak kalu kita suka mengiyakan kata-kata orang, kita akan jadi seorang yang lebih positif, orang lain pun akan senang dengan kite..
ye la .... kita jadi orang rajin dan ringan tulang.... Mari la kita fikirkan.