28 December 2012

Muhasabah Diri

Hari ini Jumaat, 28.12.2012, masih ada 3 hari lagi sebelum kita masuk tahun 2013. Masuk permulaan tahun yang baru. Topik khutbah jumaat hari yang aku dengar, berkaitan dengan muhasabah diri.

Secara umumnya, muhasabah diri ini lebih kepada menilai kembali perjalanan hidup yang telah kita lalui. Adakah kita telah mencapai matlamat yang kita sendiri tetapkan. Jika  dari sudut sebagai seorang muslim pula, kita perlu menilai semula amal ibadat yang kita lakukan, sama ada telah mencukupi sebagai hamba Allah atau kita masih leka dan hanyut dengan keseronokan dunia. Mana yang kita rasa kurang atau lemah, eloklah kita berazam untuk membaiki diri kita, bersempena pula dengan tahun baru masihi ini. Konsep muhasabah ini boleh je kita lakukan secara harian, ianya lebih bersifat mikro.

Jika aku imbas kembali, tahun 2012 banyak pencapaian yang aku perolehi, walau bagaimanapun masih ada yang perlu diperbaiki terutama dalam urusan aku dengan Yang Maha Esa. Dari segi karier pula, aku memang bersyukur dengan pendapatan yang aku perolehi sekarang, berada dalam kedudukan yang selesa disamping boleh berkongsi rezeki bersama kaum keluarga. Tapi untuk berada dalam kebebasan kewangan masih jauh lagi perjalanan.

Tahun ini juga aku telah memiliki sebuah rumah teres yang dibeli untuk tujuan kediaman sendiri. Semasa proses pembelian rumah ini, aku didedahkan dan lebih memahami liku-liku dan selok belok untuk membeli rumah atau hartanah secara subsale. Dan yang lebih menggembirakan aku, pengetahuan ini telah aku terjemahkan dalam bentuk penulisan di blog untuk bacaan secara umum. Penulisan mengenai pembelian secara subsale ini telah banyak menarik pembaca, dan ianya memberikan satu kepuasan kepada aku.

Dalam dunia penulisan blog pula, blog aku lebih menjurus kepada penulisan berkaitan pelaburan hartanah dan aku juga sering membaca blog dalam komuniti yang sama. Aku dapat rasakan minat aku dalam bidang hartanah ini memang sangat mengujakan. Walaupun sasaran aku untuk membeli rumah untuk pelaburan atau aku panggil House for Investment masih belum tercapai, tapi aku masih punya masa 1 tahun lagi untuk pastikan sasaran ini berjaya. Doakan lah.

Proses beli rumah subsale ini, telah membuka  minda aku untuk mula menyewakan apartment aku di Kajang, yang telah kosong selama 1 tahun (selepas dapat kunci dari pemaju). Sebenarnya aku sayang nak sewakan rumah tersebut, tapi aku tak berhasrat untuk tinggal. Last-last, aku sewakan juga. At least, bayar bulan-bulan aku guna duit sewa.

Satu perkara yang aku patut buat tapi masih tertangguh adalah menunaikan zakat. Moga aku mendapat kekuatan untuk menjalankannya. Amin.

21 December 2012

Jalan Masih Jammed Walaupun Cuti Sekolah

Kalau dulu waktu cuti sekolah jalan buleh dikatakan agak lengang, tetapi tak tau kenapa bulan disember 2012 walaupun cuti sekolah jalan masih jam. Kalau kita fikirkan memang ada banyak kemungkinannya, seperti :
  • Bilangan pemilik kereta yang sentiasa meningkat. Dengan promosi syarikat pengeluar kereta, masing-masing berlumba nak meningkatkan hasil jualan.
  • Semua orang beranggapan jalan lengang masa cuti sekolah, so boleh bawak kereta. Sudahnya, jumlah kereta lebih daripada biasa.
itu je la, komen aku. Apa komen anda ?

17 December 2012

D'Island, X2 Residency dan City of Green

Aku telah mengambil kesempatan untuk bersiar-siar sambil meninjau peluang pelaburan hartanah di kawasan Puchong. Mula-mula aku masuk ikut Bandar Bukit Puchong, dan terus sampai ke D'Island. Wah! memang gempak gak perumahan D'island nie. Ibarat duduk di sebuah pulau, sebuah tasik yang indah. Agaknya cuma ada satu jalan masuk je kot. Harga rumah aku tak tau, tapi melihat kepada bentuk rumah mau berjuta agaknya.

Kemudian, aku lalu kat Taman Tasik Prima, masuk sampai ke Taman Mas Sepang. Aku mencari-cari arah ke sebuah kondo yang masih dalam pembinaan sebab buleh nampak dari jauh, aku jumpa la pejabat jualan Kondo iaitu X2 Residency. Tapi aku tak masuk pun, cuma tengok dari jauh. Aku rasa harga kondo nie memang mahal dan lokasinya tidak la menarik sangat. Bila tengok dalam iproperty harganya 739K.

Kat kawasan Puchong ada satu lagi kondo yang masih dibuka untuk jualan iaitu The Wharf. Bila aku search memang depa aku masih buat jualan, tapi harganya tetap jua aku tak tau... aku agak tak lari dari RM300k ++. Dalam iproperty harganya yang paling rendah adalah RM293,140.

Bila aku balik rumah nampak pulak banner kat jalan di Lebuhraya Sg Besi menuju ke Bukit Jalil, ada kondo yang dikenali sebagai City of Greens, juga aku tak pergi tengok kat pejabat jualan. Bila aku search kat internet, sudah banyak forum bagi yang bincangkan hartanah ini. Harga yang disebut dalam iproperty adalah RM699K.

Itu lah gambaran harga bagi hartanah baru dibina disekitar kawasan Puchong. Bagi aku harganya bukanlah harga yang mampu milik. Yang membeli agaknya memang mempunyai kemampuan atau pendapatan yang tinggi. Kalau kita tengok dari segi lokasi, tidaklah terlalu 'perdana' pun, ada je yang dibina dikawasan masih belum matang lagi.

12 December 2012

Takde Masa...

Bila aku tulis topik yang skema, aku tengok tak ramai yang sudi membacanya... tapi jika aku review berkaitan event atau tempat, ramai yang sudi singgah. tapi kadang-kadang kena tulis jugak hal-hal kehidupan nie.

Kali aku nak bincang berkaitan masa. Selalu kita akan dengar rungutan 'aku takde masa nak .....' ... 'tak sempat la, bz sikit la nie'. Itulah kenyataan yang selalu keluar dari mulut kita bila dikaitkan dengan masa. Asyik tak cukup masa sesaja.

Hakikat yang kita perlu sedar berkaitan masa, satu hari ada 24 jam, satu minggu ada 7 hari, satu tahun ada +-365 hari... memang tu je masa yang kita ada, tidak lebih dan tidak juga kurang. 

Salah satu perkara yang penting dan perlu kita uruskan adalah masa, mengurus masa sama seperti kita menguruskan kehidupan kita, nak bangun pukul berapa, nak bertolak pergi opis pukul berapa, nak balik umah pukul berapa dan nak tido pukul berapa... semuanya perlu ditentukan dan diuruskan. Selalunya kita akan berkomproni antara masa dengan aktiviti tersebut, tu yang selalu kita akan merasakan tidak cukup masa.

Dalam buku 'berani kaya', penulis ada menyatakan dalam sebuah kesibukannya beliau berjaya mengatur masanya sendiri.. aturan ini menyebabkan kita akan meletakkan keutamaan yang perkara yang patut diutamakan, mengemudian perkara yang boleh dikemudian atau yang boleh diesokkan.

Eloknya mari kita berdoa agar mempunyai masa. 

10 December 2012

The Big Bad Wolf Books, MIECC + The Mines

Semalam aku telah mengunjungi The Mines Shopping Centre, dan masa mula-mula nak masuk memang banyak kereta sampai jalan pun jammed. Agak teruk jugak la. Satu yang tak best kat kawasan the mines, jalan masuk dan jalan keluar di kawasan yang sama, takde jalan alternatif.

Aduh, aku pun sebenarnya terjebak dengan crowd yang pergi ke The Big Bad Wolf Books, sebabnya terpaksa parking dekat luar MIECC. Tapi kita orang tak pergi lak masuk kt jualan buku nie. Maklum je la, depa cakap banyak buku inggeris je, so tak menarik minat aku.

Dalam the mines, aku g kat level 4, plan nak survey telefon dan apa yang perasan telefon yang banyak kat pasaran adalah model SAMSUNG.. tak kira sama ada Galaxy Tab, Galaxy Note, Galaxy SIII, Galaxy Ace, Galaxy Young... dan itu yang aku ingat je la.

Kalu dulu NOKIA merupakan jenama yang dominan, sekarang tidak lagi...

08 December 2012

Sonic Cheverolet

Cheverolet baru, Sonic Sedan dan Sonic Hatchback telah dilancar oleh Naza Quest Sdn Bhd. Model sub-kompak ini dipasang di kiling milik General Motors di Rayong, Thailand.

Sonic Sedan - RM 76,888
Sonci Hatchback - RM 78,888

Kedua-dua varian menggunakan enjin ECOTEC 1.4 liter denam kelajuan dalam transmisi automatik. Terdapat 5 warna pilihan iaitu Black Sapphire, Royal Gray, Oceanic Blue, Switchbalde Silver dan Summit White.

apa lagi, sapa yang bercadang mencari kelainan boleh membeli kereta ini. satu lagi, Pandalela Rinong menggunakan kereta ini sebagai hadiah kemenangan pingat di olimpik.

07 December 2012

Bil Perkhidmatan Pembetungan

Bil Perkhidmatan Pembetungan atau lebih dikenali sebagai bil IWK adalah salah satu bil utiliti yang perlu kita bayar sebagai pengguna. Tapi selalunya, ramai yang yang ambil tak peduli dengan bil ini sebabnya kita tidak merasa secara sedar bahawa perkhidmatan ini telah disediakan. Sebab itu jugalah ramai yang tertunggak bil ini.

Satu lagi bil ini dikeluarkan setiap 3 bulan sekali, bagi unit apartment kos sebulan adalah sebanyak RM8. Baru-baru ini, aku telah menerima panggilan untuk membayar bil IWK dan jumlah yang telah tertunggak adalah sebanyak RM192. Jika aku bahagikan kepada RM8 bermakna tunggakan aku nie bagi tempoh 24 bulan. 24 bulan nie sama dengan 2 tahun. Wah! lamanya tak bayar.

Bayangkan dah 2 tahun aku tak bayar bil pembetungan, kalau bil eletrik dan bil air rasanya takkan tertunggak sampai 2 tahun. Lagi pun, aku tak terfikir ataupun tak rasa risau pun jika pihak IWK nak potong perkhidmatannya. dan aku pun tak tau sama ada IWK nie beri perkhidmatan atau tidak. 

Mungkin bila telah timbul bau-bauan yang tidak menyenangkan baru aku akan sedar kepentingan perkhidmatan ini. Ataupun bila kita flush, kumbahan tu tak hilang dan duduk bertakung kat toilet kita... baru ada akalkan.

Itulah nasib industri pembetungan kat negara kita. Bila terhantuk baru terngadah. 

05 December 2012

Berkonflik?

Aku telah berpeluang untuk mengikuti satu seminar berkaitan pengurusan konflik. Speaker yang menyampaikan ceramah datangnya daripada Multi Skills Training Consultancy. Aku suka dengan cara penyampaian penceramah, yang bersahaja, penuh dengan contoh dan intonasi yang pelbagai dan menarik. 

Antara point penting yang aku dapat dalam seminar ini adalah : 
  • Amalkan senyuman dalam kehidupan.
  • Jangan mengambil kegembiraan dari orang lain, untuk kita rasa gembira
  • Ketahui apa yang orang suka, anda berikan kepadanya, ianya akan membuat orang itu gembira
  • Duduklah dalam 'positive society'
  • Carilah perkataan yang baik untuk diucapkan kepada orang lain, ianya membantu menggembirakan orang tersebut.
  • Pay more, give more. At least 1% daripada pendapatan anda. Kuasa memberi sebenarnya satu kuasa yang akan memberi satu kepuasan kepada anda.
  • Konflik itu perlu diuruskan, dalam mengurusnya perlu ada elemen kawalan.
  • Apa maksud 'URGENT' bagi anda.  Adakah ianya bermaksud 'sekarang' atau 'lepas nie' atau 'esok pagi'. Sila dapatkan pengertian yang jelas.
  • Kena tau apa punca masalah?
  • Dah tau punca, bolehlah diselesaikan masalah itu.
  • Kena faham hukum society, community of practice?
  • Gunakan formula SCC : STOP, START & CONTINUE.
Ini antara point-point yang aku dapat sepanjang berkursus selama satu hari. Ilmu ini aku kongsikan untuk dimanfaatkan.

03 December 2012

Embun Residence, Taman Puncak Saujana, Kajang

Sumber : Laman web TTPT.
1 Disember 2012 yang lepas, yakni Sabtu minggu lepas aku telah melapangkan masa untuk pergi meninjau sales launching di Embun Residence, Taman Puncak Saujana, Kajang. Aku dapat tahu mengenai pelancaran rumah nie pun melalui surat khabar Berita Harian pada 30 November 2012.

Sebenarnya aku tidak berminat sangat untuk membeli rumah ini, sebab itu aku pergi waktu petang selepas selesai menghadiri satu kenduri kahwin di KL. Memandangkan masih banyak masa kitaorang pun gerak dari KL (area Jalan Semarak) ke Kajang.

Perjalanan dari KL ke Kajang melalui Cheras ikut lebuhraya Grand Saga. Laluan nie bukan laluan yang aku biasa guna, aku pun guna navigator dalam Galaxy Tab. Jika dari KL untuk sampai ke Kajang especially Taman Puncak Saujana ni hanya satu Tol sebanyak RM1 sahaja yang perlu dibayar. Apa yang nak aku sampaikan, jika beli rumah kat sini untuk berulang ke KL, kos TOL hanya RM1. Wah! agak bagus.

Tapi kalau dari segi trafik pulak, aku rasa memang akan sesak. Sebabnya dalam perjalanan aku dari KL ke Kajang, walaupun hari Sabtu volume kereta buleh dikatakan agak banyak. Cuba bayangkan jika waktu puncak, memang kenyang dengan jammed la kot.

Mula-mula agak berpusing-pusing jugak aku mencari kawasan Embun Residence nie, landmark yang aku ingat adalah TESCO Kajang, pastu atas sikit dari Saujana Impian. Laluan masuk ke taman nie menggunakan Taman Jenaris. Buleh la dikatakan taman nie agak kedalam sikit, tapi memang menghijau mata memandang... suasana yang sesuai untuk dijadikan kediaman. Tak jauh dari kawasan perumahan TTDI Groove, cuma ianya belah bawah sikit je.

Aku sampai lebih kurang dalam pukul 3.00 petang...waktu tu hujan renyai sikit. Aku tengok pengunjung pun tak berapa ramai, mungkin sebab dah petang. Wakil pemaju pun telah menerangkan serba sedikit mengenai pembangunan embun residence nie, basically pemaju sedang dalam proses piling tapi takde rumah contoh yang buleh dilihat. Lagipun, rumah ada hampir 15 layout... dari jenis A sampai ke jenis I/K... aku pun tak ingat. sebab tu agaknya pemaju tak buat rumah contoh kot.  

Dalam banyak-banyak layout, yang jenis C yang paling banyak pemaju buat... rasanya sebanyal 150 unit daripada 300 unit. Rumah nie dikatakan berkonsepkan rumah bandar (townhouse) 4 tingkat... budak Sales tu cakap ibarat macam rumah apartment nie, cuma ianya 4 tingkat sahaja.

Satu unit rumah pemaju memang akan kasi 2 parking lot, dah siap ditetapkan kat mane lot unit bagi setiap unit rumah. dan perumahan ini besar kemungkinan berkonsepkan gated community sebab hanya ada satu jalan masuk sahaja. Dari segi harga berbeza mengikut jenis layout dan yang paling rendah adalah RM 225,750. tapi unit yang murah nie dikawasan belakang dan rasanya kat tingkat 3 dan 4 sahaja.

Budak Sales tu bagitau semua unit bawah (tingkat 1) memang telah abis dijual/booking. Bagi Unit tingkat 2 pula masih ada beberapa unit sahaja, dan aku telah tertarik dengan satu unit jenis C di Blok 8. Sebabnya blok 8 nie, lokasinya dibahagian depan dan dekat dengan surau. Harga bagi jenis C nie lebih RM238k++. Untuk booking aku kena bayar RM1k. Syaratnya jika tak jadi beli, pemaju akan pulang RM750 (jika belum sign S&P) atau RM500 (jika telah sign S&P). Dalam dok fikir punya fikir, unit tingkat 2 blok 8 tu telah dibooking oleh sorang pakcik kat meja sebelah je, melepas aku. Rasanya tu je last unit yang terbaik yang aku berkenan pada masa tu. Nak buat macam mana dah takde rezeki.

Ada lagi 3-4 unit tingkat 2, tapi lokasinya kat blok belakang dan ada juga jenis lain dengan harganya RM278K++ di Blok 9. Selebihnya memang tinggal tingkat 3 dan 4 sahaja, yang nie memang masih banyak lagi. Hampir semua blok pun masih ada. Jika ada yang berminat boleh call pemaju, TPPT Sdn Bhd.

Sudahnya, aku tak booking pun, cuma minta jadi waiting list jika ada yang tak jadi beli bagi unit tingkat 1 (bawah) atau tingkat 2 dan bagi jenis layout yang kurang dari RM250k. Pada asalnya aku tidak la berminat sangat nak beli rumah nie, sebab tu datang pun petang. Datang pun sekadar nak meninjau-ninjau, nak tengok bentuk rumah dan suka-suka je.. mengisi minat kat hartanah nie.

Tapi apa yang jadi, aku macam nak buat pembelian panik pulak, bila tengok ramai je yang dah booking. Dalam hati masa tu rugi kot bila aku tak booking, sekali takde unit yang berkenan. Bila aku pikir balik, pembelian aku nie lebih kepada untuk pelaburan (penyewaan), bukan untuk duduk sendiri dan aku tak mahir sangat dengan kawasan sekitar dan tak tahu prospek sewa bagi kawasan ini. Lagi satu, bila dah booking aku kena beri komitmen untuk dapatkan pinjaman dan ianya memerlukan fokus daripada aku. Lagipun aku ada plan besar untuk rumah di Puncak Jalil yang akan jadi rumah kediaman aku. 

Pengalaman adalah sesuatu yang tak boleh beli. Walaupun aku tak jadi beli, ada ilmu tersirat yang aku perolehi. Ilmu yang paling asas yang aku perolehi adalah aku tau kat mana Taman Puncak saujana, Kajang. Aku tersenyum sendirian.

29 November 2012

Kamu mempunyai pilihan.

Bila berada dalam keadaan tersepit, kita sering beranggapan yang kita nie tidak mempunyai pilihan melainkan perlu terus kekal dalam keadaan tersebut.
Tapi hakikatnya, kita mempunyai pilihan.

23 November 2012

Persoalan : Beli Rumah Yang Masih Dalam Gadaian.

Saya telah menerima satu pertanyaan dari Saudara Nazriproshopbowler dan saya rasa soalannya agak berat untuk saya ulas sendiri. Saya berpandangan elok rasanya isu ini diletakkan disini supaya ada pihak lain yang boleh jua memberi input. Saya harap tuan punya soalan tidak keberatan ye.

Situasi yang diberikan adalah seperti berikut :

...macam ini, saya hendak membeli sebuah rumah. rumah ini telah digadaikan oleh pihak tertentu kepada pihak bank. sebab rumah ini adalah usaha sama. so..owner tidak dapat pun duit yg digadaikan sebaliknya pihak lain yang dapat. pihak tersebut perlu melepaskan gadaian tersebut. tapi mengambil masa.

...persoalannya..boleh ke kalau saya buat snp dengan owner. sebab memang ade bukti rumah tu owner tu punye. cuma digadaikan. sebenarnya rumah ini adalah rumah anugerah. so..xde utang bank la kecuali gadaian oleh pihak satu lg.

...macammana kita nak jadikan kepentingan kita terjamin didalam snp tersebut? katakan kita beli dengan harga 200K dan bayar 10% sebagai downpayment pada 2012. kita tidak tahu bila gadaian akan dilepaskan. so kita letakkan syarat2 duluan..'sehingga gadaian dilepaskan dan rumah ditukar kepada nama owner barula proses pinjaman dilakukan'.

...didalam snp dimasukkan jika penjual xjadi jual..kena bayar double. tapi pada saya tidak berbaloi walaupun double...sebab faktor masa, duit yg dilaburkan dan harga semasa rumah tersebut. apa yang perlu lagi saya tambah didalam snp untuk menjaminkan rumah tersebut dijual kepada saya juga dengan harga yang dinyatakan? boleh bagi cadangan x? manala tau..lps2 sign snp ade yg offer tinggi..boleh je dia break snp tersebut...huhhu... saya amat suka rumah tersebut....thanks...

PANDANGAN SAYA  
Seeloknya, isu utama yang perlu diselesaikan adalah berkaitan dengan gadaian yang dibuat dengan pihak bank oleh pihak yang satu lagi (agak konfius sikit). Sila rujuk di dalam geran atau individual title bagi rumah tersebut, sama ada dinyatakan atau tidak transaksi gadaian yang telah dibuat dengan pihak bank. Jika ada, bank pasti akan memohon kaveat ke atas rumah tersebut bagi menjaga kepentingan bank. Kaveat ini akan menyebabkan sebarang urusniaga seperti pindah milik nama atas rumah tersebut tidak boleh diproses oleh pejabat tanah sehingga kaveat ini dilepaskan. Jika dalam konteks pinjaman, mestilah sehingga pinjaman selesai dibayar.   
 
Untuk sign S&P bagi urusan jual-beli boleh diteruskan bagi memastikan anda dapat memiliki rumah tersebut. Berkaitan syarat tambahan di dalam S&P, biasanya lawyer akan menggunakan syarat yang standard tapi mungkin kena bincang detail dengan peguam S&P anda untuk tambahan syarat. Dan harus diingat, sebarang syarat tambahan memerlukan persetujuan kedua-dua pihak (penjual atau pembeli). 
 
Dan akhirnya, walaupun anda suka sangat dengan rumah tersebut pastikan keputusan pembelian anda tidak dipengaruhi dengan emosi. Kita hanya merancang, tapi tuhan yang akan menentukan. 
 
Saya juga mengalu-alukan pandangan dan komen. Terima kasih.

JOM BELI NISSAN ALMERA

Nissan ALMERA dijual pada harga atas jalan termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan :


  
Varian E 1.5 Manual (RM66,800)
Varian E1.5 Automatik (RM69,800)
Varian V 1.5 automatik (RM76,800) 
Varian VL 1.5 automatik (RM79,800)

Jika dilihat dari segi, adalah sangat menarik dan rasanya harga mampu milik. Bentuk kereta memang sangat menepati citarasa rakyat Malaysia. Korang rasa sesuai tak kalau kereta nie kita buat busines kereta sewa. Pendek kata, tepuk dada, tanya selera

22 November 2012

Review Buku Berani Kaya : Kuasa Imaginasi


Berimaginasi sebenarnya bagus untuk merangsang minda kita untuk berfikir, pada akhirnya akan keluar sebagai hasil. Cara seseorang berfikir (apa yang difikirkan) dan digambarkan (dalam fikiran) akan mempengaruhi perasaan dan cara seseorang itu bertindak terutamanya cara seseorang itu membuat keputusan. 

Tiada siapa yang akan menyalahkan anda jika anda berimaginasi dan anda tidak perlu berbelanja untuk berimaginasi. Keindahan imaginasi memberikan motivasi kepada anda untuk maju ke hadapan.

Tapi jangan jadi seperti Mat Jenin yang berimaginasi di atas pokok, berimaginasilah di tempat yang selamat dan berpijak dibumi yang nyata.

19 November 2012

Review Buku Berani Kaya : Pakailah 'baju berani'

Di awal perbincangan di dalam buku Berani Kaya, karya Dr Stapa.. beliau telah memberikan takrifan mengenai kaya. Salah satu masalah yang dihadapi oleh golongan bumiputera adalah sentiasa hidup dalam dunia sendiri yang selesa... kita sebenarnya digalakkan untuk memakai baju berani. 

Keberanian akan dicapai jika kita percaya dengan diri kita dan kita mesti mempunyai kehendak/keinginan untuk mencapai sesuatu. Untuk mendapatkan kepercayaan dalam diri, ianya perlu dibina dengan ilmu, Jadi kata kuncinya adalah belajar.... mulakan dengan mendengar bab kata Einstein, "believe, start, listen."

16 November 2012

Tak Susah Sebenarnya....

....Ramai je dah beli rumah berbiji-biji..kawan aku  tak kerje pun, lelakinya cuma pemandu kepada pensyarah kat UKM je, tapi ada 2 biji rumah..satu rumah flat, satu rumah teres..sewa kat org satu..dahlah flat yang dia duduk merupakan tempat yg strategik, dekat dengan segala kemudahan, jadi konpem leh sewakan mahal2 kan.

....Ada sorang lagi kawan aku umur baru 30 tahun tapi rumah dah 3 biji... 2 flat 1 teres.. rumah flat murah je kan, nak2 yang kos rendah sebulan kawan aku bayar baru RM200 lebih tapi standardlah sewa kat orang dah 300-400 lebih kan..so dah leh untung situ.

....Seronoklah yang ada banyak rumah ni, aset tu..buleh sewakan kat orang tak ke untung. tapi kan aku tengak kengkawan yang ade umah 2-3 biji ni semua pakai kereta murah-murah je dan kereta pun satu je..handpon pun cikai je takdelah cam sesetengah org duit abis sibuk nak pakai kereta mewah,mekap kereta lah..beli gadget itu ini nak menunjuk kat orang tapi harta yang penting macam rumah langsung tak dibeli, rela la menumpang rumah mak pak. Takpun berselesaan duduk di kuarters atau menyewa..lebih baiklah bersusah-susah dulu sebab nak bayar loan rumah daripada beriak-riakkan menayang kereta mewah dan gadget canggih.

....Yelaa..rumah ini penting makin lama tanah makin takde..so harga umah makin mahal la. Takpe je kalo memula beli rumah flat dulu pun..beli je rumah mana mampu dulu..kawan-kawan aku yang rumah 2-3 biji tu pun asalnya dok rumah flat dululah redho je naik tangga turun tangga lama2 mampu gak dok rumah teres.

....Bersusah-susah dulu bersenang-senang kemudian..ni kang kahwin dah 20 tahun rumah sebiji pun takde dok menyewa rumah org berpuluh tahun baik bayar loan umah dah settel kan kalau dok memilih nak beli umah seketul yang harga setengah juta memang tak mendapatlah rumah sampai sudah.... beli ajelah ikut kemampuan..

....Aku ni pun rasa syukur sangat dapat duduk rumah sendiri walaupun sebuah apartmen aje tapi syukurlah ada rumah juga..insyaallah kami pun bercadang jika diberi rezeki yg lebih bila kereta dah abis loan nanti, memang nak gak beli rumah lagi..mula-mula nak hidup ni beginilah hutang keliling pinggang dulu, yang pasti hutang yang relevan lah macam rumah dan kereta, bukannya belanja yang kurang penting macam perabot ke dan gadget yang canggih ke.

NOTA ;

Statement nie aku ambil dari http://eforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=675009. Ada point yang boleh difikirkan.

Apa yang ingin aku kongsikan disini sebenarnya kesedaran dan pandangan masyarakat kita dalam membeli rumah sebenarnya tidak sama..... Ada yang kata nak beli teres terus...... ada yang nak beli apartment dulu dan ada yang suka hidup menyewa. Tepuk dada tanya selera.

15 November 2012

JKIDs PARTY PARADIGM MALL


...sempena cuti awal muharam, aku bawa anak bermain kat sini.
Bayaran masuk sebanyak RM30.
Satu lagi, wajib pakai stokin...
kalau takder stokin, boleh beli di kaunter masuk.

pandangan aku, tempat nie menarik dan sesuai untuk anak bermain.

14 November 2012

AES : Ikut Tapi Tidak Gembira.

AES atau nama penuh Sistem Penguatkuasaan Automatik merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh JPJ bagi menguatkuasakan undang-undang berkaitan pemandu yang melebih had laju yang ditetapkan.

Selalu disebut, tujuan AES ini adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Tapi adakah kita yakin bahawa AES ini akan mengurangkan kes kemalangan. Aku tak pernah lagi dapat saman yang dibuat oleh AES tapi media utama sering menyatakan pelaksanaan AES akan memberi kesan yang baik kepada pengguna jalan raya.

Hakikatnya kita rakyat malaysia tidak selesa dan tidak suka apabila yang menghukum kita adalah mesin atau sistem komputer. Sebabnya sistem ini akan menghukum berdasarkan logik yang telah direka dan ditetapkan oleh manusia. Kita takut sistem ini akan dimanipulasi atau ketepatannya tidak menyakinkan. Kita juga tidak tahu berapa ianya akan dapat berfungsi dengan baik.

Rasanya kita tiada masalah jika yang mengeluarkan saman itu adalah Polis atau JPJ sendiri. Akhirnya, pengguna jalan raya tetap akan membayar saman walaupun saman tersebut dikesan menggunakan AES tetapi bagi saya, kita tidak akan rasa gembira dengan keadaan ini.

Konsep homestay yang telah diperluaskan.


Jika dirujuk di dalam wikipedia, homestay atau Inap desa bermaksud rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah inap desa ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya.

Tapi sekarang, setau aku konsep homestay ini telah diperluaskan dimana bukan sahaja disewakan bilik, malah diberi sewa satu rumah sekaligus.

Baru-baru aku ada berkesempatan ke Changlun, Kedah, g berjalan rumah abang aku, dan semasa aku pusing-pusing taman perumahan, aku jumpa banyak rumah yang dijadikan homestay, hampir 10 biji yang aku jumpa. Aku rasa target penyewa homestay ini mungkin semasa minggu konvokesyen di UUM, permintaan untuk homestay ini akan meningkat.

Dan kalau kita search kat internet, hampir semua bandar-bandar kecil, ada diiklankan rumah homestay. Industri homestay ini telah berevolusi daripada berkonsepkan menyewakan bilik, sebaliknya ianya menjadi konsep menyewa rumah ala hotel mahupun apartment servis.

Satu industri yang menarik untuk diterokai tetapi kita perlu pandai untuk buat kiraan pulangan pelaburan.

12 November 2012

Wang dan Kewangan

Kita sering mendengar kenyataan berikut ;

i. aku takde modal sekarang, macam mane nak mulakan bisnes hartanah yang memerlukan berjuta ringgit.
ii. sekarang, aku mempunyai terlalu banyak hutang dan rekod CCRIS aku pun ada banyak masalah, boleh ke aku menceburi pelaburan hartanah.
iii. boleh ke aku mendapat pembiayaan dengan kadar 90% untuk membeli beberapa unit hartanah.

Untuk memahami dan mengatasi masalah ini kita perlu faham mengenai wang dan kewangan. 

30 October 2012

Proses Membeli Tanah

Membeli rumah dengan membeli tanah merupakan dua proses yang sama tapi tidak serupa. Sebab apa aku berpandangan demikian, bagi proses membeli rumah ianya akan terbahagi kepada pembelian terus dengan pemaju atau pembelian secara subsale. Pembeli subsale pula terbahagi lagi, sama ada rumah telah ada geran atau masih geran induk. Manakala pembelian tanah mestilah tanah yang dimiliki atau telah mempunyai geran.

Aku tiada pengalaman dalam membeli tanah, tetapi berdasarkan carian aku dalam beberapa blog dapat aku rumuskan seperti berikut (mengikut kefahaman aku) 
  1. Dapatkan salinan geran tanah daripada penjual. Kemudian, buat carian rasmi di pejabat tanah di mana tanah tersebut berada dengan merujuk kepada no lot (boleh dilihat dalam salinan geran). Info dalam carian ini sangat penting berkaitan maklumat tanah tersebut dari segi keluasan dan pemiliknya. Jika maklumatnya sama dengan salinan geran yang diberikan, maksudnya penjual tu merupakan pemilik/agen yang sah. Jika maklumat tersebut berbeza dan meragukan, sila buat siasatan selanjutnya. Boleh berbincang dengan pegawai di pejabat tanah tersebut.
  2. Lantik lawyer untuk bantu urusan jual beli tanah tu. Ini bertujuan supaya urusan jual beli anda mengikut undang-undang dan memastikan urusan yang anda lakukan selamat dari penipuan. 
  3. Lantik juruukur tanah yang bertauliah. Juruukur ini perlu menyemak info tanah tadi kat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Sebabnya ada kes bagi hakmilik sementara, luas tanah tidak sama dengan luas di dalam geran. Juruukur perlu menentukan sempadan tanah dan ukur topografi tanah berkenaan. Pastikan anda pasti sempadan hartanah tersebut. 
  4. Sign S&P yang disediakan oleh lawyer. Pastikan maklumat di dalam S&P adalah betul. Pastikan anda membaca S&P ini sepenuhnya dengan meminta salinan awal sebelum sign S&P. Jika boleh, fahami kandungannya.
  5. Pastikan lawyer menerangkan step yang akan dilaksanakanya sehingga urusan jual-beli ini selesai. Antaranya, urusan borang 14A dan stamping di LHDN.
Proses yang aku berikan ini masih bersifat general, harap dapat dijadikan panduan sendiri dikemudian hari.

24 October 2012

Membuang sikap malas?

Kita sering mendengar kenyataan ' aku malaslah'... 'takde mood la...' dan macam lagi yang menggambarkan perasaan malas. Tapi, bagaimana mahu membuang sikap malas ? dalam buku Rich Dad Poor Dad, menyatakan untuk membuang sikap malas, kita perlu ada perasaan atau sikap sedikit tamak.

Tanpa sebarang kemahuan atau sedikit rasa tamak dalam diri, kita tidak akan melihat sebarang kemajuan dalam hidup ini. Setiap kali kita mengelak daripada perkara yang sepatutnya kita lakukan, ada satu soalan yang perlu kita tanya pada diri sendiri..

"Apa yang akan saya dapat?"
Biarkan diri menjadi sedikit tamak kerana ia adalah penawar sikap malas. Tapi tamak yang berlebihan tidak baik untuk kita.

Rasa bersalah lebih teruk berbanding tamak, kerana rasa bersalah menyebabkan jiwa dan badan terpisah.

Lakukan apa yang hati kamu rasa betul, sebab sikap manusia memang suka mengkritik. Kamu dikritik apabila kamu buat, kamu dikritik juga sekiranya kamu tidak buat.

23 October 2012

Elakkan membeli rumah mewah

Jika anda membeli rumah sebagai pelaburan, ada yang berpendapat supaya elakkan dari membeli rumah mewah..  sebabnya rumah mewah jika untuk disewa hanya mampu disewa oleh ekspatariat asing yang bekerja di negara kita atau golongan yang berpendapat tinggi.

Jika berlaku kegawatan ekonomi, penyewa golongan kaya ini akan mula memilih rumah yang lebih murah. Makanya, pemilihan rumah kos sederhana menjadi ianya kurang menerima kesan kegawatan ekonomi.

Maybe ada setuju yang tidak setuju.

22 October 2012

Aliran Tunai Positif

Jika anda membeli rumah untuk tujuan pelaburan, pastikan rumah tersebut mempunyai potensi sewaan yang tinggi. Kadar sewa juga perlulah melebihi jumlah ansuran bulanan kepada pihak bank.

Kadar sewa ini merupakan petunjuk yang jelas kepada nilai hartanah yang dibeli. Hakikatnya kadar sewa juga jarang naik atau turun mengikut kitaran ekonomi dunia. Ianya lebih bergantung kepada faktor penawaran dan permintaan sesuatu kawasan.

Sebab itu, kawasan perumahan yang baru siap kadar sewanya rendah. Lama kelamaan, apabila unit-unit kosong untuk disewa semakin berkurangan, kadar sewa semakin meningkat.

21 October 2012

Mengurus Orang Bijak

Gayat tak korang dengar tajuk entry aku pada kali. apa cilok dari buku yang aku baca. suka jua untuk aku kongsikan pointnya disini. 

Orang yang bijak adalah orang yang menggajikan orang yang lebih bijak berbanding diri mereka. Apabila kamu perlukan penasihat, pastikan kamu memilih penasihat yang bijaksana. 

Persoalannya, bolehkah kita hendak mengurus orang bijak?

20 October 2012

HFI : Masih buntu?

Dengan keazaman yang tinggi untuk menjayakan misi HFI,  aku telah menjalankan survey di beberapa kawasan perumahan seperti Kota Warisan dan Bandar Baru Nilai. Namun, pencarian aku masih belum membuahkan hasil yang diharapkan.

Dekat kota warisan, pemaju ada cadangan nak bina low medium cost apartmen tapi baru setakat dibuka untuk pendaftaran sahaja. bila aku tanya, harga pun depa masih belum tahu lagi. mungkin setahun dua lagi kot.

Di bandar baru Nilai pula, banyak pembangunan rumah teres sahaja, which harganya yang melebihi dari apa yang aku nak cari. Aku tak nampak langsung kot ada planning yang nak buat apartmen, walaupun di kawasan USIM.

Survey kat mudah pun makin jarang aku sebabnya rumah dibawah 70k, kebanyakan adalah rumah kos rendah dan difahamkan adalah kawalan oleh LPHS.

Setakat ini, nothing improve, still the same. and aku buntu ?

19 October 2012

Rumah Subsale : Langkah 8 - Proses Tukar Nama dengan TNB dan Syabas

Setelah selesai mendapat kunci rumah subsale yang anda beli, anda sudah dianggap memiliki rumah tersebut. Ini bermakna anda telah mula membayar ansuran bulanan dengan pihak bank. Langkah selanjutnya adalah membuat penukaran nama bagi perkhidmatan Utiliti seperti Bil Elektrik (Tenaga Nasional Berhad), Bil Air (Syabas - Lembah Klang) dan Bil Pembetungan (Indah Water Konsortium).

Bil Air (Syabas - Lembah Klang)
Untuk tukar nama dengan pihak Syabas, prosesnya agak mudah dan boleh diselesaikan dalam tempoh 1-2 jam sahaja. Dokumen awal yang perlu kita sediakan adalah :

1.  Salinan Kad Pengenalan (Depan dan Belakang)
2.  Salinan Penuh S&P rumah anda.
3.  Bil Air yang terkini yang dihantar ke rumah baru anda.
4. Wang Deposit - Di dalam bil air ada menyatakan jumlah wang deposit bagi rumah tersebut. Bagi rumah aku, teres dua tingkat, wang deposit yang dikenakan adalah RM100.

Pastikan juga bil air rumah tersebut tiada tunggakan, sepatutnya semasa proses jual-beli  rumah, tuan rumah yang perlu menjelaskan semua bil air bagi tempoh sebelumnya termasuk amaun yang tertunggak.

Setelah sampai di Pejabat Syabas, anda sebenarnya perlu mengisi Borang Pertukaran Nama dan Surat Akujanji. Usai mengisi borang pertukaran nama, anda akan diberikan nombor giliran untuk berurusan di kaunter mengikut panggilan. Dalam 1 - 2 jam, urusan akan selesai.

Nota;
1. Sekiranya rumah anda memerlukan pemasangan paip yang baru dengan meter air yang baru, prosesnya perlu melibatkan kontraktor yang berdaftar dengan Syabas. 
2. Wang deposit owner asal perlu dituntut oleh owner sendiri. Pihak SYABAS tidak akan memaklumkan kepada owner supaya menuntut deposit tersebut. Ianya adalah menjadi tanggungjawab owner itu sendiri. Aku dimaklumkan juga jika owner nak menuntut kembali deposit tersebut, hanya perlu mengemukakan Kad Pengenalan sahaja. Apa salahnya jika anda maklumkan kepada owner untuk berbuat demikian, jika tidak duit tu beku kat Syabas je jawab. Walaupun RM100, tapi still boleh dimanfaatkan.



Bil Elektrik (Tenaga Nasional Berhad)
Untuk tukar nama Bil Elektrik, perkara utama anda kena tahu adalah pastikan Pejabat TNB mana yang menjaga urusan bagi bekalan elektrik di kawasan rumah anda. Untuk mengetahuinya, anda boleh merujuk di dalam bil elektrik, di ruang no. tiang.

Sebabnya hanya pejabat tersebut yang boleh membuat urusan tukar nama ini. Aku telah terkena, aku lupa nak tengok dalam bil dan dengan yakin aku berurusan dengan Kedai Tenaga di Subang Square, Subang Jaya. Sekali bila dah sampai sana, bila dirujuk dalam bil, sebenarnya aku kena pergi Kedai Tenaga dekat Bedford Business Park. Disini, aku rasa penting untuk anda tahu Kedai Tenaga mana yang patut anda pergi.

Dokumen awal yang perlu disediakan adalah :
1. Salinan Kad Pengenalan (Depan dan Belakang)
2. Salinan Penuh S&P rumah anda.
3. Bil Elektrik yang terkini yang dihantar ke rumah baru anda.
4. Wang Deposit - Di dalam bil elektrik ada menyatakan jumlah wang deposit bagi rumah tersebut. Bagi rumah aku, teres dua tingkat, wang deposit yang dikenakan adalah RM400.

Anda juga perlu mengisi Borang Permohonan Bekalan Elektrik Domestik dan Surat Akujanji dan Tanggung Rugi (Owner). Kedua-dua borang ini perlu dimatikan setem. Sebab itu proses tukar nama dengan TNB dengan nie leceh sikit. Kita kena beli setem hasil dan matikan di Pejabat LHDN.

... proses ini aku masih belum selesai. nanti aku akan update kemudian.

Update 15 Februari 2013

Pada 15 Februari 2013, urusan tukar nama kat TNB telah aku selesaikan. Setelah aku semak, hanya Surat Akujanji dan Tanggung Rugi yang perlu dimatikan setem (RM10) di pejabat LHDN. 

Sebenarnya untuk matikan setem di LHDN ini, anda perlu beli setem di pejabat pos pun, kat Unit Duti Setem tu boleh buat bayaran. Depa akan cop je mengikut setem duti yang dikenakan.

Setelah selesai matikan setem, aku telah pergi ke Kedai Tenaga di Bedford Busineess Centre, tempat yang menguruskan bil kawasan rumah aku. Dikaunter aku telah mengemukakan semua dokumen sama seperti senarai semak yang aku kemukakan diatas.
Selesai urusan kemaskini maklumat aku sebagai pembeli di dalam sistem oleh staff kaunter, aku pun buat bayaran di kaunter bayaran bagi deposit, caj proses sebanyak RM3 dan bil semasa.

Sebenarnya urusan dengan TNB ini tidak susah mana, cuma yang lecehnya kita kena matikan setem dulu di Pejabat LHDN. Walaubagaimanapun, urusan ini telah aku selesaikan. Nanti nak tengok dalam bil la, sama ada dah tukar nama atau belum.

09 October 2012

Rumah Bukan Aset, tetapi Liabiliti

Ini merupakan salah satu perkara yang telah dinyatakan dalam buku Rich Dad Poor Dad. Aku pun agak sukar untuk bersetuju dengan penulis buku ini, tetapi something yang boleh kita fikirkan kebenarannya. Mungkin latar di US menyebabkan banyak cukai dan kos yang yang berterusan jika kita memilik rumah di sana.

Tapi di Malaysia, ramai pihak yang berpendapat rumah merupakan aset. Tapi sama ada  sedar atau tidak, dengan membeli rumah kita akan berhutang untuk tempoh yang sangat panjang, paling pendek pun mungkin 20 tahun, ada yang sampai 35 tahun mahupun 40 tahun. Sudahnya tempoh bayarannya lama, jumlah ansurannya juga tinggi. Ambil sahaja, contohnya bagi rumah yang berharga RM280,000. Tak lari ansuran bulanan melebih RM1000. Maknanya kita kena memperuntukan sebanyak RM1k daripada pendapatan kita untuk membayar ansuran rumah.

Selain itu juga, dengan memiliki rumah, pastinya kita akan membeli kelengkapan rumah seperti perabot, peralatan elektrik dan pelbagai lagi untuk keselesaan kita. Ada yang sampai meminjam untuk membeli kelengkapan rumah. Inilah yang menyebabkan perbelanjaan harian kita menjadi semakin meningkat.

Mungkin ada benarnya, pembelian rumah boleh menjadi liabiliti kepada kita, terutamanya jika pembelian tersebut bertujuan untuk kita diami. Namun, ianya akan berubah menjadi aset apabila rumah tersebut kita sewakan. Ansuran bulanan telah ditanggung oleh kadar sewaan yang kita kenakan. Anda setuju?.

08 October 2012

Bekerja Untuk Wang

Aku masih dalam proses membaca buku Rich Dad, Poor Dad. Buku ini dilaporkan salah satu buku yang mendapat jualan tertinggi. Cumannya, yang aku beli adalah buku terjemahannya dalam Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh PTS.

Maybe ada yang skeptikal bila kita baca buku terjemahannya aje, takut maksud asalnya tak sampai. Aku tak nak komen sangat bab itu. Sebabnya setakat 1/3 buku telah aku berjaya baca, ada banyak pandangan atau ilmu baru yang aku perolehi melalui buku ini, topik utama dalam buku ini akan berkaitan dengan 'menguruskan wang'.

Eloklah kita berfikir sejenak, sama ada kita masuk golongan yang mane, bekerja untuk wang atau wang yang bekerja untuk kita. Dua perkara ini nampak sama, tapi mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Golongan miskin dan golongan pertengahan selalunya dikelompok 'bekerja untuk wang', mana hanya orang kaya sahaja yang berada dalam keadaan wang bekerja untuknya.

Satu lagi berkaitan, perbezaan aset dan liabiliti. Ramai antara kita selalunya faham maksud dua perkataan ini, tetapi kita lebih suka membelanjakan wang ke arah liabiliti.

05 October 2012

Tip Membeli Rumah

Dalam urusan kita membeli rumah, aku berpandangan tiada konsep betul atau salah semasa kita memilih jenis rumah atau lokasi rumah yang hendak kita beli. Keputusan pembelian adalah dipengaruhi faktor persekitaran seperti jarak antara rumah dengan pejabat, kedudukan sekolah, harga jualan dan pelbagai lagi.

Namun begitu, terdapat beberapa tip yang boleh kita ambil kira seperti :
  • Elakkan membeli unit di tingkat paling atas. 
  • Elakkan membeli unit di tingkat paling bawah
  • Elakkan membeli unit berdekatan dengan tangga atau lif
  • Jauhi kawasan-kawasan negatif
  • Beli rumah yang mempunyai minimum tiga bilik dan dua bilik air
  • Beli unit (jika kemampuan kewangan yang baik)
  • Beli rumah di persekitaran yang selamat
  • Beli rumah yang bersesuaian dengan peruntukan wang anda
  • Beli rumah berdekatan dengan kemudahan awam
  • Elakkan membeli unit yang terlalu lama atau rosak
  • Elakkan membeli apartmen servis
  • Elakkan membeli rumah di belakang rumah kedai
  • Pastikan tempat letak kereta yang mencukupi
  • Jenguk keadaan kemudahan awam
Tidak semua tip ini perlu kita patuhi 100%, tetapi eloklah untuk kita fikirkan.


Nota : Tips ini diambil dari buku Panduan Mudah Membeli Rumah Pertama anda.

27 September 2012

Hak Milik Strata

  • Pengeluaran hak milik strata dan pemilikan kosong yang sebelum dibuat secara berasingan akan diberi serentak menerusi Rang Undang-Undang Hak Milik Strata (Pindaan) 2012.
  • Rang Undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Rakyat dijangka akan dapat mengatasi masalah permohonan dan pendaftaran hak milik strata bagi bangunan lama yang diduduki sebelum tahun 1996.
  • Menerusi pindaan Seksyen 8, pemaju yang gagal mengemukakan permohonan pecah bahagi bangunan atau tanah boleh didenda RM100,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
  • Pindaan ini juga membolehkan bidang kuasa pengurusan bangunan diletakkan di bawah KPKT, manakalan urusan pendaftaran hak milik strata dikendalikan oleh NRE.
  • Rang Undang-Undang itu adalah penambahbaikan kepada Akta Hak Milik Strata 1985 yang dipinda empat kali pada 1990, 1996, 2001 dan 2007.
  • Terdapat 2 punca utama yang menyebabkan kegagalam permohonan dan pendaftaran hak milik strata iaitu :
  1. Masalah Tanah kerajan banyak yang berstatus hak milik sementara tetapi pembangunan dibuat bercanggah dengan syarat nyata tanah.
  2. Masalah bangunan iaitu terkeluar daripada sempadan lot, binaan tidak mengikut pelan.
Berita ini dipetik daripada Berita Harian, 27 September 2012.

26 September 2012

Pembiayaan Harga Belian Rumah [Payment of the purchase price]

Membeli barang adalah satu terapi minda yang sangat baik. Kita akan rasa bahagia dan juga akan mendapat satu kepuasan. Sebab itu, semua orang suka membeli belah. Tapi dalam proses membeli rumah bukan semua orang mempunyai kemampuan untuk membeli rumah secara tunai. Jika kita membeli secara tunai, proses pembeliannya akan lebih mudah dan menjimatkan banyak masa serta tenaga.

Walaubagaimanapun, kepada yang menggunakan pembiayaan pinjaman, ianya mungkin akan mengambil masa yang agak lama disebabkan proses permohonannya akan mengambil masa. Banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh peguam sebelum peguam menasihatkan bank untuk melepaskan duit pinjaman.

Dokumen umum yang perlu semasa memohon pinjaman bank adalah seperti berikut :
  • Salinan Kad Pengenalan Pembeli dan Penjual
  • Alamat terkini dan nombor perhubungan (rumah dan pejabat)
  • Salinan 3 bulan penyata bank
  • Salinan 3 bulan slip gaji
  • Salinan Borang J
  • Salinan Penyata KWSP yang terkini
  • Salinan geran rumah yang nak dibeli dan S&P yang lama
Setelah loan telah diluluskan, Bank's Solicitor's akan meminta penyata penebusan (redemption statement) daripada S&P Solicitor's. Ini bagi keadaan dimana penjual masih belum menjelaskan loan rumah tersebut dengan pihak bank.

S&P Solicitor's pula perlu mendapatkan penyata penebusan tersebut daripada bank tersebut (bank penjual). Dalam tempoh 1-2 minggu (bergantung kepada bank), redemption statement akan dikeluarkan oleh bank penjual.

Kemudian bank pembeli perlu menyediakan jumlah penebusan (redemption sum) mengikut jumlah redemption statement bank penjual. Proses ini akan mengambil masal 3 - 7 hari (atau lebih lama bergantung kepada dokumentasi/ tempoh pemprosesan oleh pihak bank).

Setelah mendapat cek bayaran daripada bank pembeli, bank penjual akan melepaskan dokumen seperti geran asal, discharge form dan duplicate form.

S&P Solicitor's akan mengemukakan dokumen ini kepada Bank's Solicitor's. Setelah mendapat dokumen tersebut, Bank's Solicitor's akan mengemukakan permohonan Memorandum of Transfer (MOT) - Borang 14A, charge form/discharge of charge kepada pejabat tanah yang berkaitan.

Bank pembeli akan mengeluarkan baki pinjaman setelah Bank's Solicitor's menasihatkan bank untuk berbuat demikian setelah pendaftaran kaveat telah selesai ke atas hartanah tersebut, pendaftaran MOT dan charge form dikemukakan kepada pejabat tanah.

Presentation of MOT means the perfection on the transfer of nama of the property title, from vendor to purchaser.

Bank pembeli akan mengeluarkan cek bayaran kepada bank's solicitor's. Kemudian, bank solicitor's akan mengeluarkan cek kepada S&P Solicitor's. Setelah berpuas hati, di mana penjual telah melaksanakan tunggakan seperti bil air, bil api, bil pembetungan dan bil penyelenggaraan, baru S&P Solicitor's akan membuat bayaran kepada penjual.

Semua urusan ini hanya melibatkan S&P solicitor's, bank's solicitor's, bank pembeli, bank penjual dan pejabat tanah. Selalunya sebagai pembeli dan penjual tidak terlibat secara langsung dalam proses ini, tapi pembeli kena selalu ambil tahu dan pantau. Sebabnya jika ada satu pihak yang lewat, keseluruhan proses akan lewat.

Nota : Maklumat mengenai proses ini diambil dari bicaralegal.blogspot.com. Ianya telah diolah mengikut kefahaman aku.

24 September 2012

Sale and Purchase Agreement

Sale and Purchase Agreement (S&P) atau dalam bahasa, perjanjian jual beli merupakan dokumen utama yang perlu disediakan dalam urusan menjual atau urusan membeli sebuah rumah. Tidak kira sama urusan ini melibatkan pembelian rumah baru atau pembelian atas tangan (subsale/secondhand).

Bagi yang kali pertama dalam urusan ini biasanya akan ikut aje cakap staff pemaju mahupun cakap staff peguam, tanpa mengetahui proses dan tujuan dokumen tersebut. Sengaja aku menulis berkaitan perkara ini supaya dapat aku jadikan rujukan dimasa hadapan. Kita nie mudah lupa.  

Dokumen yang diperlukan :
  • Salinan IC kedua-dua pihak (pembeli dan penjual). Tapi kalu beli dengan pemaju, aku tak pasti pemaju kena sediakan apa lak.
  • Salinan S&P transaksi pembeli yang sebelumnya, jika urusan jual-beli rumah subsale.
  • Salinan geran atau title, jika individual title telah dikeluarkan. Ada yang cakap salinan S&P tak perlu jika ada individual title.
  • Salinan loan agreement dengan bank / deed of assignment, bagi hartanah yang belum habis bayar dengan bank.
  • Perincian mengenai pembiayaan rumah tersebut, jika hartanah masih charged kepada mana-mana institusi kewangan, atau pinjaman perumahan masih belum selesai sepenuhnya oleh penjual / vendor.
  • S&P dianggap lengkap jika carian status kebankrapan kedua-dua pihak (pembeli dan penjual) dan status carian tanah (land search) ke atas hartanah telah selesai.
Pelantikan Peguam
  • Penjual dan pembeli perlu melantik peguamnya sendiri bagi menjaga kepentingan masing-masing. Keduanya tidak boleh melantik peguam yang sama.
  • Fee atau charge yang akan dikenakan oleh peguam adalah :
  1. Professional fees (tertakluk kepada harga belian + 5% cukai kerajaan)
  2. Disbursement fees (termasuk penyeteman S&P, stamp duty ke atas memorandum of transfer (bagi hartanah yang mempunyai geran) / stamp duty ke atas assignment (bagi hartanah yang tiada geran), kos pengangkutan, kos carian status kebangkrapan. 
  • Fees atau charged yang dikenakan oleh peguam ke atas urusan jual-beli hartanah ini atau loan documentation ini tertakluk kepada Solicitors Remuneration Order (SRO). SRO ini dikawal oleh Majlis Peguam. Peguam juga dilarang daripada memberikan diskaun kepada pelanggannya.
  • Ringkasnya, terdapat 3 jenis kos yang akan terlibat iaitu :
  1. Kos bagi urusan Perjanjian Jual Beli (ditanggung oleh pembeli)
  2. Kos bagi urusan Perjanjian Pinjaman (ditanggung oleh peminjam/pembeli)
  3. Kos bagi urusan discharge of charge ( ditanggung oleh penjual)
Tak dapat yang susah sebenar dalam urusan jual beli hartanah ini. Yang penting, kita kena sentiasa baca dokumen yang diminta untuk kita tandatangani.

21 September 2012

Memorandum of Transfer (MOT) dan Deed of Assignment (DOA)

Antara asas penting untuk transaksi jual beli hartanah adalah proses penyeteman surat pindahmilik di Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Untuk kes yang mempunyai geran, duti setem akan dibayar atas Borang 14A atau lebih dikenali dengan Memorandum of Transfer (MOT).

Manakala untuk kes yang tiada geran individu (geran induk/geran masih lagi atas nama pemaju) maka dokumen yang perlu disetemkan adalah Deed of Assignment (DOA).

16 September 2012

SELAMAT HARI MALAYSIA

Dulu kita tak sambut hari malaysia, sampaikan ramai yang tak tahu 16 September ada sambutan apa. Sekarang Kerajaan dah kasi cuti umum. Mari la kita hargai tarikh ini sebagai satu tarikh yang telah merubah nasib negara kita.

13 September 2012

BERFIKIRAN POSITIF

Salah satu nilai yang kita sering ditekankan, semasa kursus motivasi, mestilah menjadi seorang yang berfikiran positif. Dari sudut islam, kita digalakkan untuk bersangka baik dengan orang di sekeliling kita. 

Untuk menjadi seorang yang berfikiran positif, kita perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, tahap ketenangan yang menenangkan dan berada dalam situasi yang terkawal. Jika kita kurang satu daripada 3 keadaan tersebut, akan wujud keadaan yang kelam kabut.

Selalunya suasana yang kelam kabut, kita akan mudah untuk beremosi, mudah untuk marah dan lain-lain tindakan yang diluar kawalan. Bagi individu yang mampu mengawal emosi walaupun dalam keadaan kelam kabut masih lagi boleh untuk berfikiran positif.

12 September 2012

HFI : Pangsapuri Putra, Seri Kembangan


Aku baru je call dengan agen hartanah, bagi bertanyakan berkaitan sebuah Pangsapuri Putra, Seri Kembangan. Harga rumah lebih kurang RM65,000. Rumah tersebut merupakan rumah kos rendah, dari segi value agen kata takder masalah, memang Market Value (MV) dia RM65k. Tu cakap agen la. Kalau beli untuk investment pun boleh, sebab dia cakap ramai yang buat macam tu. Rumah tu pun sebenarnya disewakan pada kadar RM400 sebulan.

Tapi masalahnya agent tu, prefer pembeli bagi pembelian rumah pertama, sebabnya rumah kos rendah nie dikawal oleh Kerajaan Negeri dan akan memerlukan consent dengan Pejabat Tanah. Kalau dah ada rumah lain, takut state tak luluskan pembelian.

Takat tu aje dulu. Nantikan survey rumah yang lain. Kalau ada cadangan berikan diruangan komen.

11 September 2012

HOME FOR INVESTMENT : MISSION HFI

Aku baru dapat idea... berkat kerajinan aku membaca rumah blog-blog hartanah, rasanya aku telah faham berkaitan dengan isu pembelian rumah nie tak kira sama ada membeli dengan pemaju, membeli secara lelongan atau membeli secara subsale.

Mulai hari ini, 11 September 2012, aku telah mencipta satu misi untuk aku sendiri, dan misi ini dikenali sebagai 911 MISSION HFI. Ok tak aku guna nama nie. Ok la buat masa nie. Apa sasaran aku dengan misi nie, berikut adalah Mission Statement yang aku plan :
  • Membeli sebuah rumah (flat / apartment / kondo). 
  • Harga maksimum yang aku tetapkan adalah RM 70,000.   
  • Pembelian secara subsale (kalau ada rumah baru dalam range ini pun boleh).
  • Lokasi rumah mestilah dikawasan yang strategik (sekitar lembah klang).
  • Pembiayaan menggunakan khidmat pinjaman bank. LTV aku tinggal 70% je.
  • Pembelian ini adalah untuk disewakan.
  • Setiap urusan pembelian ini akan aku update didalam blog ini mengikut kaca mata aku sebagai perkongsian.
  • Misi ini perlu diselesaikan sebelum 31 Disember 2013. 
Kenapa sahabat yang membaca dan memahami mission statement aku nie, korang boleh mencadangkan lokasi apartment yang boleh aku survey untuk aku mulakan misi ini.

Aku juga mohon doa kalian supaya aku dapat menjayakan misi ini. Amin.

04 September 2012

Mengantuk Semasa Memandu

Bila dah masuk '3 siri plus plus' , satu perkara yang aku perasan, aku mudah mengantuk semasa memandu. Nak pulak, malam tu tido tak lena, lagi la parah. Hakikatnya faktor usia memberi kesan kepada gaya hidup kita. Waktu kemengantukan yang paling kritikal adalah pada waktu tengahari, sekitar jam 1.00 ke 2.00 petang.

Sebagai langkah selamat, apa yang aku praktikan, jika mengantuk aku akan singgah untuk melelapkan mata seketika, setakat ini ianya berkesan. Satu lagi, aku akan berhenti untuk menunaikan sembahyang waktu, pergerakan dalam sembahyang dan mengambil wudhuk memberikan keselesaan kepada aku.

30 August 2012

Oppa Gangnam Style


Semalam kali pertama aku dengar pasal Gangnam Style di Hot FM, memang sebelum nie aku tak pernah tau pasal benda nie. dan dikatakan ianya telah menjadi sangat popular di Youtube dengan tontonan sampai 60.5 juta.

itu la penangan dunia internet, memang tak sempadan. jika sesuatu kerja seni itu baik, akan menarik minat penonton tanpa perlu menggunakan media utama.

28 August 2012

Ragam Pemandu

Seingat aku, sehingga ke saat ini, aku telah memandu di jalan raya hampir 9 tahun. Bermula dengan belajar memandu kancil yang asyik mati-mati, semasa belajar dengan Sekolah Memandu. Kemudian aku mula memandu sendirian dengan kereta sendiri, Proton Iswara. Pengalaman aku memandu iswara nie telah aku tulis dalam entry My Red Iswara

Kita sering mendengar rungutan berkaitan ragam pemandu kereta dalam masyarakat kita, sifat tolak ansur memang takde langsung. Semuanya mahu melepaskan diri masing-masing. Suka jua aku senaraikan ragam pemandu yang aku tak suka, tapi mungkin aku pun buat dalam keadaan terdesak :
  • Mengekori terlalu rapat; aku selalunya akan jadi rimas, dan untuk mengelakkan perasaan rimas nie aku akan bagi laluan je kat kenderaan tu. Ada juga kadang-kadang aku buat selamba je bawa kereta slow.
  • Potong Q; nie selalu jadi masa jammed, memang tak buleh nak buat aper dah. dalam banyak keadaan aku akan bagi je laluan kat kereta yang potong Q nie, dengan harapan nanti bila aku potong Q ada orang yang akan kasi laluan.
  • Bawa kereta perlahan sangat umpamanya bersiar-siar di waktu petang; nie selalu terjadi bagi jalan selorong, memang sakit hati bila kena, nak memotong pun susah, bukan la nak minta bawak laju, tapi biarlah kelajuan yang munasabah.
Dah nama pun ragam, nak tak nak kita layankan aje....

27 August 2012

Pasca Raya

Kembali bekerja di pejabat selepas bercuti raya, bukanlah satu perkara yang kita suka. Perasaan malas dan  tidak bermotivasi akan membelenggu kita. Bagaimana mahu mengatasinya pun, pasti sukar untuk kita mencari jawapan. Namun, kehidupan perlu kita teruskan.


26 August 2012

Panduan Mudah Membeli Rumah Pertama Anda

Walaupun masih bercuti raya, aku telah balik ke KL lebih awal. Bukan sebab apa, ada urusan peribadi yang perlu diuruskan, sambil-sambil tu aku telah berkesempatan pergi ke MPH kat One Utama. Aku telah membeli buku tulisan Emrull Iqbarullah,bertajuk Panduan Mudah Membeli Rumah Pertama Anda.

Buku telah dicadangkan oleh sebuah blog, tapi aku tak ingat blog yang mana. Telah lama aku berhasrat membeli buku ini, tapi baru ini berkesempatan. Nanti aku akan berikan ulasan atau review berkaitan buku ini untuk perkongsian bersama. Buku yang aku beli nie merupakan edisi kedua dan harganya adalah RM 39.90.

Aku bukan pelabur hartanah tapi mempunyai impian ke arah itu. Untuk itu aku perlu menambah ilmu dan berkongsi ilmu.