Menurut Seksyen 140, Akta Perlindungan Pengguna 1999, seseorang yang membekalkan atau menawarkan apa-apa barang atau perkhidmatan hendaklah memberikan resit kepada pengguna bagi apa-apa pembelian barang atau perkhidmatan.
Pengguna hendaklah dibekal suatu resit bagi apa-apa pembelian barang atau perkhidmatan jika diminta oleh pengguna. Sesuatu resit yang dikeluarkan dibawah seksyen ini hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut :
a) nama perdagangan dan alamat pembekal ;
b) tarikh pembelian ;
c) amaun yang telah dibayar bagi setiap barang yang dibeli;
d) jumlah amaun yang telah dibayar termasuk suatu penyata berasingan bagi apa-apa amaun yang telah dibayar sebagai cukai;
e) jika terpakai, buatan dan nombor model barang itu; dan
f) apa-apa butir lain yang boleh ditetapkan dalam peraturan-peraturan.
Resit bukan sahaja penting dalam pembelian barangan, tetapi juga dalam semua transaksi dan perkhidmatan. Resit adalah bukti yang kukuh jika pengguna hendak membuat aduan dan membolehkan menuntut balik barang-barang atau ganti rugi. Jadilah pengguna yang bijak dan mengetahui hak-hak dan tanggungjawab sebagai pengguna. Minta resit walaupun yang membekalkan perkhidmatan atau barang adalah barang sendiri.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.