Membeli rumah dengan membeli tanah merupakan dua proses yang sama tapi tidak serupa. Sebab apa aku berpandangan demikian, bagi proses membeli rumah ianya akan terbahagi kepada pembelian terus dengan pemaju atau pembelian secara subsale. Pembeli subsale pula terbahagi lagi, sama ada rumah telah ada geran atau masih geran induk. Manakala pembelian tanah mestilah tanah yang dimiliki atau telah mempunyai geran.
Aku tiada pengalaman dalam membeli tanah, tetapi berdasarkan carian aku dalam beberapa blog dapat aku rumuskan seperti berikut (mengikut kefahaman aku) :
- Dapatkan salinan geran tanah daripada penjual. Kemudian, buat carian rasmi di pejabat tanah di mana tanah tersebut berada dengan merujuk kepada no lot (boleh dilihat dalam salinan geran). Info dalam carian ini sangat penting berkaitan maklumat tanah tersebut dari segi keluasan dan pemiliknya. Jika maklumatnya sama dengan salinan geran yang diberikan, maksudnya penjual tu merupakan pemilik/agen yang sah. Jika maklumat tersebut berbeza dan meragukan, sila buat siasatan selanjutnya. Boleh berbincang dengan pegawai di pejabat tanah tersebut.
- Lantik lawyer untuk bantu urusan jual beli tanah tu. Ini bertujuan supaya urusan jual beli anda mengikut undang-undang dan memastikan urusan yang anda lakukan selamat dari penipuan.
- Lantik juruukur tanah yang bertauliah. Juruukur ini perlu menyemak info tanah tadi kat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Sebabnya ada kes bagi hakmilik sementara, luas tanah tidak sama dengan luas di dalam geran. Juruukur perlu menentukan sempadan tanah dan ukur topografi tanah berkenaan. Pastikan anda pasti sempadan hartanah tersebut.
- Sign S&P yang disediakan oleh lawyer. Pastikan maklumat di dalam S&P adalah betul. Pastikan anda membaca S&P ini sepenuhnya dengan meminta salinan awal sebelum sign S&P. Jika boleh, fahami kandungannya.
- Pastikan lawyer menerangkan step yang akan dilaksanakanya sehingga urusan jual-beli ini selesai. Antaranya, urusan borang 14A dan stamping di LHDN.
Proses yang aku berikan ini masih bersifat general, harap dapat dijadikan panduan sendiri dikemudian hari.
Salam Tuan , tahniah kerana blog Tuan mempunyai banyak sumber maklumat dan ilmiah..teruskan usaha memberikan maklumat berterusan kpd rakyat marhaen di bawah..sy sudah pun pun pautkan blog tuan di blog sy supaya usaha dan maklumat dr blog Tuan dapat kita sama-sama sebarkan..Salam perjuangan..
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan. Semoga ianya dapat dimanfaatkan bersama.
Deleteterima kasih kerana sudi berkongsi
ReplyDeleteinfo yg baik
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan/puan,
Saya ada tanah lot lidi untuk dijual.
Tanah Lot Untuk Dijual Di Bukit Selambau, Kedah
http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/11/hartanah-3.html
Tanah Lot 55' x 75' , sesuai untuk tapak rumah atau bangunan. Lokasinya di Bukit Selambau , Kedah iaitu berhampiran Pekan Bukit Selambau, jalan besar Bukit Selambau, 300 meter di belakang Sek. Keb. Bukit Selambau, berhampiran menara telekomunikasi dan kilang kayu.
http://hartanahpropty.blogspot.com/
Salam tuan...nk tny biasanya brape upah yg kena byr pd lawyer?. T.ksih
ReplyDelete