Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

06 March 2015

Cicakman 3

Cicakman kembali... jangan skeptikal. Elok la anda menonton. Tapi bila dah ader famili mungkin aku tunggu masuk kt astro je la. Apa yang nak aku ceritakan ni. Mungkin anda dah boring, malas nak layan cicakman1 dan 2. Kedua-duanya tidak mempunyai jalan cerita yang bagus, kekuatannya lebih kepada teknologi CGI. Tak banyak anak malaysia yang menghasilkan filem guna CGI, mungkin sebab kosnya yang mahal. 

Tapi dalam Cicakman 3 telah dijanjikan pembaharuan termasuk jalan cerita yang lebih menarik. Aku memang berharap ianya benar-benar begitu. Penghasilan filem cicakman 3 membuktikan KRU memang serius yang bisnesnya. Satu yang aku kagum dengan team KRU ni, depa sentiasa bergerak ke hadapan. Setiap orang ada kekuatannya sendiri, Norman mungkin fokus kepada perjalanan bisnes KRU Studio, Yusri more on filem CGI dan Edry more on muzik. 

26 January 2015

Renew Road Tax Kereta Tanpa Geran Kereta

Aku mungkin baru tau... tapi rasanya ramai yang tak tau. Kebiasaannya bagi kereta yang masih mempunyai baki hutang di bank, anda perlu berurusan dengan kaunter bank untuk renew road tax kereta tersebut. 

Dan urusan ini tidak akan selesai dalam masa satu hari sahaja. Sekurang-kurang anda perlu 2 kali hadir ke kaunter bank, pertama untuk bayar insuran dan harga cukai kereta , manakala kali kedua, untuk mengambil road tax yang telah siap. Tempoh siap pun mungkin mengambil masa 3 hari sampai seminggu. 

Tetapi anda ada alternatif untuk hidupkan road tax tanpa geran kereta. Anda boleh menggunakan mesin MySIKAP yang disediakan di Pejabat JPJ yang berdekatan. Seperti biasa, anda perlulah memperbaharui insuran kereta anda dengan agen insuran yang berdaftar. Sekarang ni mudah, agen insuran biasanya akan menggunakan sistem online insuran. Sistem online insuran ini akan link dengan Sistem di JPJ. So yang penting, anda pastikan semasa anda perbaharui insurans kereta, pastikan makluman insurans itu online dan dikemaskini dalam database JPJ. 

Setelah itu, anda cuma perkara berurusan dikiosk MySIKAP yang disediakan di ruang khas dalam Pejabat JPJ. Urusan ini tidak boleh dilaksanakan secara tunai, anda perlu menggunakan sama ada Kad Kredit atau Kad Debit. Maklumat anda akan dikesan menggunakan MyKad. Anda hanya perlu ikut je arahan mesin kiosk tersebut. 

Seingat aku, mulanya anda perlu pilih urusan 'LKM', pastu pilih button 'salinan', 'perbaharui' ... kemudian anda perlu memasukkan mykad di tempat yang disediakan dan disahkan menggunakan kad jari. Urusan ini tak boleh dilaksanakan jika mykad anda tidak boleh dibaca oleh mesin kiosk tersebut. 

Selepas itu, anda perlu memasukkan no plat kereta, dan akan terpapar maklumat lesen kenderaan anda. Maklumat ini adalah sama dengan maklumat tempoh insuran kereta yang telah anda perbaharui. Sebab itu penting untuk anda pastikan maklumat insuran telah link dengan JPJ. 

Kemudian, anda perlu membuat pilihan bayaran sama ada kad kredit atau kad debit. Selesai bayaran dibuat, mesin tersebut akan mencetak road tax kereta anda yang baharu. Mudah dan pantas. Anda juga boleh mencetak resit sebagai rekod. Bagi aku penting resit ini disimpan. 

Cumanya kekurangan cara begini, maklumat ini tidak akan tercetak di dalam geran kereta anda.       

17 September 2014

Berurusan di Klinik Kerajaan

Bila anda perlu berurusan dengan Klinik Kerajaan, apa yang terbayang di minda sanubari anda. Pastinya anda membayangkan satu perkhidmatan yang teruk, lembab dan merimaskan. Berbeza pandangan jika anda berurusan di Klinik-klinik swasta. Tapi sedarkah anda bahawa Kerajaan sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkhidmatan kesihatan terutamanya di Klinik Kesihatan Kerajaan. 

Bagi aku, prosedur yang diamalkan di klinik kesihatan memang telah baik. Mereka menggunakan konsep nombor, konsep tempahan dan pembahagian mengikut kumpulan sasaran. Tetapi masalah utama yang perlu dihadapi adalah bilangan pelanggan yang terlalu ramai. Terutamanya di lokasi padat penduduk seperti Klinik Kesihatan Batu 14, Puchong. Mungkin ianya melebihi kapasiti klinik kesihatan itu sendiri. Tetapi setakat ini aku tak pernah dengar lagi, kakitangan klinik kesihatan menghalang orang ramai untuk mendapatkan rawatan, melainkan sekiranya tempat tinggal mereka di luar kawasan liputan klinik tersebut. Itu pun, pasti mereka menasihatkan pesakit tersebut ke klinik kesihatan yang sepatutnya. 

Berpengalaman menemani temujanji isteri di klinik tersebut, satu perkara baik yang aku aku nampak, walaupun orang ramai, tetapi masing-masing menunggu dengan sabar, walaupun ada yang nampak resah dan gelisah. Takde pun pula kedengaran mereka yang tidak puas hati, sebab lambat mendapat layanan. 

Mungkin faktor, memang menjadi pilihan sendiri, semua orang nampaknya bersabar. Ye la, mana yang tak sabar, mungkin akan mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik yang lain. 

Ataupun, kos rawatan yang rendah juga menjadi faktor. Aku tak pasti bayaran yang dikenakan, tapi kalau rawatan ibu mengandung rasaya percuma.

27 May 2014

Berubah atau Tranformasi. Beza atau tidak?

Sengaja aku melontarkan persoalan itu. Sudah pasti anda mempunyai jawapannya. Suka juga untuk aku mengulas mengenai perkara ini. Sebabnya kita sering dimomokkan dengan keperluan untuk berubah. Berubah kepada perkara yang positif.

Dan pada akhir-akhir ini, kita sering mendengar kenyataan berkenaan transformasi. Seperti transformasi politik, transformasi kerajaan dan pelbagai lagi. Hakikatnya berubah atau transformasi merupakan elemen yang sama. Cuma jika kita sebut berubah atau perubahan, mungkin perlukan lebih penjelasan dari segi konteksnya. Tidak pula jika menyebut transformasi. Seolah-olah perkataan transformasi mewakili segala-galanya dalam bentuk perubahan. 

Ya, transformasi ini mudah disebut tetapi memerlukan keazaman untuk melaksanakan. Setiap perubahan yang berlaku, kita akan menempuh perkara-perkara baru. Pastinya kita mengambil masa untuk mengadaptasi perkara baru tersebut supaya kita diterima didalamnya. Ianya satu cabaran sebenarnya. Tetapi jika tidak berubah, pastinya kita akan kekal di takuk yang lama. Ayuh, berubahlah. 

26 February 2014

Perubahan Cuaca

Bila berbicara soal alam, pastinya kita akan bercakap soal cuaca panas, hujan, ribut ataupun mendung. Tetapi bila cuaca cerah, kita berbicara dalam lingkungan yang tenang.

Itulah lumrah manusia, perlu akur dengan kehendaknya penciptanya. Bila hujan yang banyak, bumi akan banjir. Bila panas yang berpanjangan, bumi akan kering kontang.

12 February 2014

Servis Kereta di Honda Puchong

Suka untuk aku berkongsi pengalaman menghantar servis kereta di Honda Service Centre di Puchong. Lokasi service centre adalah sebaris dengan Tesco Puchong. Bangunannya boleh dilihat jika anda menelusuri LDP.

Jika anda mahu servis kereta disini, ada dua cara yang boleh buat sama ada anda booking terlebih dahulu, ataupun hanya walk in sahaja. Masa awal-awal dulu memang aku akan booking tetapi akhir-akhir nie aku walk-in aje. Dari segi tempoh menunggu, booking lebih baik, sebab anda hanya perlu datang awal 15 minit daripada waktu anda booking. Masa menunggu pun agak singkat, tapi untuk dapatkan waktu booking ikut masa anda sebenanya susah. Untuk satu-satu masa, hanya dibenarkan 4 kereta sahaja untuk booking, Contohnya, 8.30 am - 4 kereta. Kira dalam satu hari jumlah yang dibenarkan untuk booking terhad. Sebab itu, aku ambil pendekatan walk-in sahaja. Tapi setakat ini, walaupun walk-in aku rasa ok je.

Cuma servis kereta honda memang mahal agaknya berbanding dengan kereta lain. Aku takde kes study bagi membuktikan fakta ini, tapi setiap kali servis tak lari, kos yang anda perlu bayar tak kurang dari RM200 ribu. Walaupun setakat servis yang biasa saja.

Ruang menunggu kat honda servis ini luas. Surat khabar dan air kopi pun ada disediakan. Cumanya aircondnya agak panas sikit, mungkin sebab dinding kacanya menyebabkan haba banyak masuk. 





24 January 2014

Update Buku ASB

Masuk bulan Januari, telah menjadi kebiasaan, atau boleh dikatakan telah menjadi keseronokan ramai orang untuk mengemaskini buku ASB. Bukan nak keluarkan pun, cuma nak melihat dengan mata sendiri jumlah dividen yang diperolehi, dan jumlah duit terkini dalam akaun tersebut. Satu kepuasan peribadi dan motivasi untuk terus menabung.

Aku pun termasuk dalam golongan tersebut. Urusan ini telah aku laksanakan di Pejabat ASNB di Putrajaya. Nasihat aku, anda perlu mempunyai daya kesabaran yang tinggi semasa berurusan di sini. Pada pemerhatian aku, mutu perkhidmatan yang diberikan lambat. Jika lambat disebabkan ramai pelanggan, mungkin kita boleh terima. Tetapi jika pelanggan pun dalam keadaan yang tidak ramai, akan jadi ramai disebabkan servis yang lembab, akhirnya tempoh menunggu pun akan menjadi semakin lama. Satu lagi, memang menguji kesabaran bila kita melihat kaunter yang dibuka pun sikit. Ada pulak kaunter dimana petugasnya sekejap buka untuk satu dua pelanggan, kemudian tutup/tangguh. Fokus kakitangan kaunter untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan memang sangat kurang, mereka menjalankan tugas mengikut keselesaan mereka tanpa memikirkan kegelisahan pelanggan yang menunggu. Mungkin lain orang, lain pengalamannya. Pengurusan ASNB perlu meningkatkan perkhidmatan kaunternya, terutama semasa awal tahun, dimana ramai yang akan datang untuk kemaskini buku. 

Satu lagi, anda tidak boleh mengemaskini buku ASB orang lain, waima pasangan anda sendiri. Ini selaras dengan arahan Bank Negara berkaitan dengan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Aku pun tak sedar dan tak tahu langsung mengenai perkara ini. Rupanya perkara ini memang ada dimaklumkan dalam Laman Web http://www.asnb.com.my/. Suka juga untuk aku lampirkan pengumuman tersebut : 


Borang Kebenaran Wakil boleh didownload dalam laman wen tersebut. Bentuk borang tersebut adalah seperti berikut : 

Borang nie ditunjukkan separuh je,
ada lagi bahagian di bawahnya. 


Apapun, sememangnya ASB menjadi wadah tabungan kepada ramai bumiputera. Walaupun ada yang urusan keluar masuknya kerap, tetapi hasrat untuk menabung tu perlu kita kekalkan. 

23 January 2014

Cakap-Cakap Hartanah

Sejak akhir-akhir, mood untuk mencari hartanah memang ke laut. Mungkin sebabnya harga rumah yang ditawarkan dirasakan sangat mahal, sampaikan terdetik di pikiran, sapa la yang mampu nak beli rumah tersebut. Ada jugak sahabat yang memberitahu, walaupun ramai yang komplen harga rumah mahal, tapi pemaju bagitau ada je orang yang beli rumah yang mereka tawarkan. Itulah penyebabnya pemaju takde masalah pun nak letak harga rumah yang tinggi. Bab kata ilmuan ekonomi, selagi ada permintaan, tak timbul masalah dalam soal harga. 

Inilah dilema yang orang ramai akan sentiasa merungut-rungut, mahupun akan sentiasa berharap yang harga rumah akan turun. Depa dok cakap kerajaan tak boleh ke nak kawal harga rumah tersebut. Sampai sekarang memang kita tak nampak usaha kerajaan untuk mengawal harga rumah secara langsung. Setakat ini kerajaan hanya mengawal dan mengetatkan beberapa prosedur yang berkaitan pemilikan rumah. Contohnya, seperti menaikkan kadar cukai Real Property Gain Tax (RPGT) dan proses meminjam daripada bank yang semakin ketat. Melalui usaha ini, rakyat masih berharap agar harga rumah akan turun. 

Kita akan terus berharap, dalam masa yang sama kita akan tetap membuat keputusan membeli rumah walaupun mahal. Keputusan perlu dibuat untuk kebaikan masa depan. Dalam pada itu, akan ada kos melepas yang perlu diterima dengan keputusan itu. 


02 January 2014

Tahun Dua Ribu Empat Belas

Hari ini hari kedua tahun 2014. Anda ada merasakan sebarang perbezaan? Pastinya keadaan masih sama, cuma usia kita yang akan menginjak bertambah satu tahun lagi, apa maknanya? Maknanya kita semakin tua. Situasi ini hanya terpakai kepada anda yang telah melangkaui usia 25 tahun. Bagi yang dibawah usia 25 tahun, perubahan tahun bermakna anda semakin dewasa. Inilah yang aku gelarkan 'sudut pandang'. Perkara yang sama tetapi pandanganya yang berbeza.

2 tahun yang berlalu, aku lebih kepada membincangkan soal hartanah. Banyak juga soalan yang diajukan, mana yang termampu telah aku jawab sebaiknya. Banyak orang menjangkakan tahun 2014, kos sara hidup akan semakin meningkat. Jika dilihat dengan mata kasar, memang aku sendiri mengakui kos perbelanjaan akan semakin meningkat. Dijangkakan juga, banyak barang-barang yang akan naik harga, termasuklah rumah-rumah baru. Target aku untuk membeli sebuah lagi rumah pada tahun 2013, tidak tercapai disebabkan susah untuk mendapatkan rumah yang mengikut kriteria yang aku tetapkan. 

Faktor besar yang mempengaruhi keputusan aku adalah harga rumah yang semakin mahal, mendapatkan kelulusan pinjaman dan kemampuan untuk membayar balik pinjaman. Oleh demikian, aku tetapkan untuk terus kekal dalam situasi sekarang. Tapi jika ada peluang depan, aku tak lepaskan.

Bercakap soal kos sara hidup yang semakin meningkat, bagi aku kita perlu membuat persediaan awal. Tidak salah untuk menzahirkan perasaan tidak puas hati, tetapi jangan lah sepanjang masa bercakap soal itu, ibaratnya kita nie asyik nak meletakkan kesalahan pada orang lain sahaja. Dalam soal ini, suka aku menekankan konsep, 'wang itu bukan untuk dibelanjakan, tetapi wang itu perlu diuruskan'. Sebabnya jika kita membelanjakan wang yang kita perolehi, tanpa pengurusan dan auditan, nescaya wang tersebut akan habis tanpa kita sedar. Pengurusan dan auditan itu merujuk kepada persoalan apa perlunya kita membelanjakan wang tersebut? Jika kita tidak membelanjakannya, apakah kesannya kepada kehidupan seharian kita? Adakah kita akan merasa rugi, tidak selesa ataupun hutang kita akan semakin meningkat. Hasil jawapan kepada persoalan ini, insyallah ianya akan membantu anda menentukan tindakan manakah yang terbaik. 

Dalam kehidupan ini kita sentiasa mempunyai pilihan. Isunya, pilihan manakah yang terbaik untuk kita. Sebabnya bukan semua pilihan yang terbaik, merupakan pilihan yang sesuai dengan kehendak kita. Disini pentingnya untuk kita mengimbangi antara pilihan yang terbaik dengan kehendak kita. Pendek kata, tepuk dada tanya iman.

21 November 2013

Erti Hidup Pada Memberi

Kali pertama aku membaca statement ini semasa aku membaca buku tulisan Ustaz Hasrizal Jamil, bertajuk Secangkir Teh, Pengubat Letih. Namun pada masa itu, aku sekadar membaca kenyataan ini tanpa mampu menghayati maksud sebenar disebaliknya.

Kemudian, aku terbaca kenyataan yang hampir sama, iaitu Nikmat Hidup Dalam Memberi, dalam buku tulisan Saudara Nazali Noor, buku bertajuk Ulu Yam Di Liverpool.

Dalam buku Bersyukur Saat Diuji, tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim, turut ada menyebut hasrat yang lebih kurang sama, penggunaan perkataan sahaja yang berbeza. 

Nampaknya, aku telah menangkap sesuatu maksud disini, hasil daripada 3 buku yang aku baca, konsep 'Memberi' ini mempunyai keistimewaannya sendiri. 

Mungkin anda juga biasa mendengar, para ilmuan agama yang menekankan keperluan kita untuk bersedekah. Mengikut pemahaman aku sendiri, memberi atau bersedekah adalah satu perbuatan yang sama. Niatnya baik, tujuannya baik dan pengamal juga akan turut mendapatkan kebaikan. Dan aku juga percaya, anda juga pasti mengetahui akan perkara ini. Tetapi sejauh mana kita mampu melaksanakannya. 

Disini suka untuk aku nyatakan memberi ini bukan sekadar menghulurkan wang ringgit kepada orang lain, ruang lingkup adalah lebih luas. Yang mudahnya, memanglah dengan menghulurkan wang ringgit, tetapi bagaimana jika kita tak mempunyai kemampuan. 

Kita boleh memberi bantuan tenaga empat kerat, bantuan suara, bantuan buah fikiran, bantuan kenalan, dan berbagai-bagai lagi. Tetapi semua ini akan kembali kepada persoalan sama ada anda nak memberi atau tidak. 

Jika anda mengetahui 'rasanya' dalam erti hidup pada memberi, cuba anda laksanakan satu pemberian. 


18 November 2013

Mendepani Cabaran

Apa perasaan anda, apabila menghadapi sesuatu cabaran. Pastinya, anda akan berasa susah hati, berat hati, takut, gementar mahupun seribu satu perasaan yang bermain di minda. Hakikatnya, memang bukan mudah untuk berdepan dengan sesuatu cabaran.

Sebab itu, saat itu juga biasa kita akan memohon pertolongan daripada tuhan untuk membantu kita menghadapi cabaran tersebut, setidak-tidaknya kita mohon diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran tersebut.

Bila difikirkan, adalah lebih baik agar kita hadapi sahaja cabaran tersebut, risiko untuk berjaya atau gagal pasti ada. Jika berjaya, kita akan mendapat satu kepuasan, tetapi sebaliknya, namun kegagalan bukanlah pengakhir kepada segalanya.

06 November 2013

Berani Hijrah

Kalau tak silap, tajuk diatas merupakan tagline kempen di Sungai Limau. Tapi bukan isu politik yang nak aku ulas disini. Lebih kepada sambutan Maal Hijrah, yang telah disambut semalam. Cuma, pada pandangan aku rata-rata umat islam Malaysia menyambut sambutannya sekadar bercuti dan merehatkan minda. Ibaratnya sama seperti cuti-cuti umum yang lain.

Aku pun termasuk dalam kumpulan yang sama, menikmati cuti maal hijrah sebagai satu peluang untuk berehat-rehat di rumah. Sambil sambil tu, tengok la jugak anugerah tokoh maal hijrah yang disiarkan di televisyen. Sayangkan, sambutan yang tiada penghayatan oleh masyarakat secara umum.

Hasil daripada pembacaan aku melalui buku, Bersyukur Saat Diuji memang aku terkesan dengan mesej yang disampaikan. Buku ini ditulis oleh Prof. Muhd Kamil Ibrahim. Penceritaannya mudah, beliau menggambarkan pengalamannya hidupnya, dilanda banjir, hilang orang tersayang, tetapi peristiwa ini dikaitkan dengan pandangan sisi belilau yang boleh memberikan keinsafan, boleh menyedarkan kita bahawa lumrah kehidupan ini kita akan diuji, tetapi hakikatnya kita perlu sedar bahawa ujian ini ada ganjaran disebaliknya.

Beliau turut menyentuh mengenai ujian badan, ujian suami, ujian isteri dan ujian kuasa. Semua benda yang berada di persekitaran adalah merupakan ujian. Bezanya, kita selalu menganggap kita tidak diuji disaat kita tengah bahagia, tengah gembira. Disini kita telah tersilap. 

Bagi yang mencari sesuatu dalam sebuah kehidupan, mungkin boleh membaca penulisan di buku ini. Insyaallah, anda akan menjadi seorang yang redha.

28 October 2013

Baca Buku Ibarat Menonton Drama

Lately, aku suka membeli buku. Tak kira la, beli di MPH, Popular mahupun kedai buku yang lain. Tetapi bukan semua buku yang aku beli, aku akan baca dengan tekun. Sebabnya, teknik dan gaya penulisan akan menyemarakkan semangat aku untuk membaca. 

Sebab itu, ada la jugak beberapa buah buku yang telah dibeli tetapi tak habis dibaca. Aku gagahkan jugak untuk membacanya tetapi gaya penulisan menyebabkan aku tewas untuk menghabiskan pembacaan aku.

Sebab itu, bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan sebuah buku yang akan menarik minat khalayak untuk membaca. Perlu ada tekniknya. Tambahan pula, kesukaan aku kepada teknik penceritaan pengalaman seperti travelog ataupun yang memaparkan biografi seorang tokoh terkenal. 

Jika penulisan berkaitan pengalaman sendiri, kita dapat merasakan kejujuran penulisan dalam menyampaikan pengalamannya, yang bagus kita mudah atau rasa dekat dengan perkara yang ingin disampaikan.

Penulisan mengenai biografi pula akan memaparkan corak pemikiran tokoh yang tersebut. Bagaimana latar belakang hidupnya menjadikan beliau seorang tokoh hebat yang berjaya, tak kira sama ada beliau seorang usahawan, ahli perniagaan, ahli politik mahupun wartawan. 

Sebab itu, keinginan aku untuk menghasilkan sebuah buku masih ada, tetapi aku masih samar sama ada aku mampu atau tidak. Moga dipermudahkan. 

13 October 2013

Ada apa dengan CCRIS

Bagi yang pernah membuat pinjaman bank, tak kira la sama ada pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan mahupun pinjaman peribadi. Pastinya anda pernah mendengar berkaitan CCRIS. Ini adalah singkatan kepada Central Credit Reference Information System. Ianya dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Kalau tak silap, sebelum ini, aku pernah beritahu bahawa CCRIS bukan eksklusif untuk dilihat oleh pihak bank sahaja, anda sebagai pengguna/peminjam juga boleh mendapatkan salinan CCRIS ini. Cuma, untuk dapatkan maklumat CCRIS ini anda perlu walk-in sendiri di Bank Negara. Lebih kurang sama, macam dapatkan penyata KWSP. Dengan ada salinan CCRIS ini, anda akan tahu maklumat kredit anda yang direkodkan secara rasmi oleh Bank Negara. 

Baru-baru ini, aku telah pergi ke Bank Negara untuk mendapatkan salinan CCRIS aku. Ini merupakan pengalaman kedua aku, kebetulan pula aku punya masa lapang semasa lalu di hadapan Bank Negara. 

Dalam masa yang sama, memang aku sedang dalam proses memohon pinjaman dengan Public Bank. Pinjaman kenderaan second hand. Hasil daripada semakan aku dalam CCRIS, memang rekod kredit aku baik, semua berstatus '0'. Maknanya aku seorang peminjam yang membayar hutang dari kaca mata bank. Sebab itu, loan aku dengan public bank hanya mengambil masa selama 3 hari je untuk lulus. Bukan niat nak poyo, tapi ini pentingnya untuk kita sentiasa menguruskan hutang, prinsipnya, Bayar ikut masa yang ditetapkan. Letakkan keutamaan untuk membayar kepada komitmen/hutang.

Tapi dalam masa yang sama, aku perasan dalam CCRIS menunjukkan aku masa aktif lagi menggunakan kad kredit Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Ikut rekod, kad kredit telah lama tamat tempoh, kalau tak silap masa tahun 2005 lagi. Aku pernah la guna satu dua kali kad kredit tersebut, dan setelah tamat tempoh kad itu, aku tak pohon pun kad yang baru. Seingat aku, memang aku pernah baca statement daripada BIMB, yang mengatakan aku ada tunggakan sebanyak RM0.72 sen. Masa tu, memang aku tak peduli pun pasal tunggakan tersebut. 

Tapi tidak sekarang, kesedaran aku mengenai perkara menyebabkan aku membuat semakan dengan BIMB. Mula-mula aku call BIMB punya call centre. Dimaklumkan kes ini merupakan kes tunggakan, aku perlu merujuk sendiri ke Collection Department, BIMB. Setelah dapat bercakap dengan pegawai yang bertugas, mereka memang sedar akan tunggakan tersebut tetapi katanya, tunggakkan tersebut telah diwaivekan. Sebelum tu, aku tanya, bagaimana untuk selesaikan tunggak ini. Pegawai BIMB tu tanya gak sama ada tengah proses buat pinjaman ke, dan aku bagitau setakat ini ianya tidak menjejaskan pertimbangan bank untuk luluskan pinjaman aku. 

Dan akhirnya, pegawai BIMB tu memaklumkan mereka akan ambil tindakan untuk keluarkan maklumat ini daripada rekod CCRIS. dan aku pun sangat mengalu-alukan tindakan tersebut.

Disebalik pengalaman ini, apa yang hendak aku kongsikan, bank ini selalu lambat atau tak ambil tindakan langsung untuk keluarkan nama kita daripada senarai CCRIS, walaupun kita tidak lagi menggunakan kemudahan kredit dengan mereka. Sebab itu, aku sangat menyarankan untuk anda luangkan masa untuk dapatkan salinan CCRIS anda, terutama jika anda merancang untuk memohon pinjaman. 

Bayangkan kes aku, setelah telah lebih 8 tahun, depa tak buat apa-apa, setelah aku semak, dan kemukakan komplen, baru nak ambil tindakan. Hakikatnya, tiada siapa yang akan menjada kepentingan anda, melainkan anda sendiri. 

09 September 2013

Minat Membaca Surat Khabar

Aku tak pasti orang lain, tapi yang pasti aku sangat menyukai membaca surat khabar. Minat ini hadir dengan sendirinya, seawal aku belajar di sekolah rendah. Ketika itu, tumpuan aku sebenarnya lebih terarah untuk mengetahui  perkembangan sukan dalam negara. Kiranya aku suka bermula membaca dari muka surat belakang dahulu. Isu-isu nasional juga dibaca tetapi pada masa itu ianya agak kurang menarik minat aku. Ye la, budak-budak dunianya kan  kecil je. Mana nak paham isu yang dunia lagi. 

Nak dijadikan satu cerita, disebabkan kesukaan aku membaca suratkhabar menyebabkan aku rapat dengan seorang pakcik di kampung aku dulu. Puncanya, pakcik ini pasti akan membeli surat setiap hari, aku nie menumpang baca la. Ada la hari-hari tertentu yang aku tak pergi. Ianya  merupakan satu kenangan kepada aku, dan tindakan ini aku rasa isedikit sebanyak telah menjadikan sebagai seorang anak kampung, yang sentiasa mengetahui isu-isu diluar. Bak kata orang, tidak la menjadi katak dibawah tempurung. Aku juga sentiasa berasa sangat berhutang budi dengan pakcik  tu sebab dia kasi aku tumpang baca suratkhabarnya. 

Nikmat suka membaca surat khabar ini telah aku bawa sehingga ke sekolah menengah, universiti dan alam pekerjaan. Sama ada secara sedar atau tidak, ianya sangat membantu anda untuk menjadi seorang yang update dengan isu-isu semasa. 

Walaupun sekarang, bahan bacaan tidak terhad kepada membaca suratkhabar, tetapi nikmat membaca surat khabar sebagai medium pengetahuan yang utama sukar untuk dijelaskan. Membaca surat khabar secara fizikal lebih memberikan kepuasan berbanding membacanya diatas talian. Budaya suka membaca suratkhabar perlu diteruskan untuk generasi yang akan datang.

 

16 July 2013

Kayu Bercakap


Anda pernah jumpa Talking Stick? Adakah ianya merupakan kayu yang bercakap. Wah! kalau benar-benar wujud kayu yang bercakap, ramai daripada kita akan berasa takut. Konsep Talking Stick bukanlah secara nyata, kayu yang bercakap, tetapi ya, masih menggunakan kayu. Cuma yang bercakap adalah orang yang memegang kayu tersebut.

Konsep ini sesuai dipraktikkan dalam perbincangan kumpulan kecil, boleh juga digunakan didalam mesyuarat. Kenapa perlunya Talking Stick. Ini bagi membolehkan perbincangan dalam kumpulan tersebut akan lebih harmoni. Tidak semestinya hanya ketua sahaja yang patut memegang Talking Stick  ini. Semua orang mempunyai hak untuk memegangnya. Cuma sebelum ianya beralih ke orang lain, pendapat dan pandangan yang diberikan oleh pemegang Talking Stick perlu difahami terlebih dahulu oleh anggota perbincangan tersebut. 


Manusia suka difahami sama seperti jantung yang memerlukan udara.

11 July 2013

Manusia yang bertanggungjawab

Biasa tak anda dengar kenyataan 'seorang ibu mampu menjaga sepuluh anak, tapi sepuluh anak belum tentu mampu menjaga ibunya yang seorang'. Aku setuju, ada kebenaranya dalam kenyataan ini.

Cumanya, menjaga anak lebih mudah daripada menjaga ibu. Anak akan membesar dan selalunya mengikut kehendak ibu dan bapanya. Mereka banyak belajar mengenai kehidupan daripada ibu dan bapanya. Dengan besarnya mereka, akal dan pertimbangan mereka juga akan membesar bersama. Ibu dan bapa hanya mengawal anak-anak supaya mereka mengamalkan cara hidup yang betul dan positif. 

Lain halnya, dalam menjaga ibu dan bapa. Terutama dalam keadaan mereka yang uzur atau sakit, ditambah pula mereka mempunyai banyak pengalaman hidup, sebab itu mereka sentiasa merasakan kita sebagai anak, perlu mendengar cakap mereka. Jika tidak, mereka akan marah, paling tidak mereka akan merajuk hati.

Umumnya, membesarkan anak atau menjaga orang tua yang uzur, keduanya ada cabarannya, yang paling penting perlu ada 'kesabaran'.

26 June 2013

Jerebu

Banyak kawasan dalam negara kita dilanda jerebu. Pandangan makin terhad. Ibarat ada satu layar putih yang menghalang pandangan mata kita. Jerebu ini akan menyebabkan kita rasa tidak selesa untuk bernafas, kepada yang ada asma memang sangat berisiko tinggi.

Semalam aku ada menonton, rencana mengenai jerebu yang berlaku di negara kita pada tahun 1997, aku tengok kat you tube, rencana tu ditayangkan di History Channel.

Dulu masa berlakunya ancaman jerebu, rupanya kerajaan pun tak pasti dari mana puncanya, sehingga dimaklumkan ianya berpunca dari kebakaran di hutan di kawasan Sumatera dan Kalimantan. Kebakaran ini berlaku dikawasan tanah gambut yang telah kering, pembakaran bukan setakat di permukaan tetapi berlaku didalam tanah. Usaha memadamkan api pada masa itu, sangat mencabar, mungkin disebabkan kekurangan kelengkapan atau kelengkapan yang tak canggih.

Tahun 2013, jerebu masih lagi berlaku, dan menjadi duri dalam daging kepada isu serantau di Asean, antara Indonesia, Malaysia dan Singapura. 3 negara ini mendapat kesan yang paling teruk akibat jerebu ini. Puncanya, masih lagi kebakaran di kawasan hutan Sumatera.

Cuma pada kali, kerajaan dilihat tidak panik, sedang mengambil langkah-langkah termasuk menggunakan hubungan diplomatik supaya Kerajaan Indonesia mengambil langkah memadamkan api. Diberitakan, usaha pembenihan awam telah dilaksanakan tetapi masih lagi gagal.

Orang Agama menganggap perkara ini adalah ujian Allah. Mereka memimpin solat hajat moga diturunkan hujan dan dijauhi daripada bencana ini.


13 June 2013

Sebab harga rumah terus mahal

Aku ada mendengar pendapat seorang pensyarah berkaitan kedudukan harga rumah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Beliau berpendapat industri rumah duduk berasaskan demand and supply. Maksud, walaupun harga yang diletakkan lebih tinggi, tetapi mendapat permintaan yang baik daripada pembeli, maka tidak timbul masalah harga yang diletakkan terlalu mahal atau over priced.

Banyak orang berkata kenapa kerajaan tidak mengawal harga rumah. Logiknya, aku juga bersetuju supaya kerajaan patut mengawal. Tetapi adakah ianya adil kenapa pemaju yang menjual rumah tersebut. Adil atau tidak, kerajaan sepatutnya cara jalan supaya win-win situation.

Satu lagi, usaha untuk mengekang kenaikan harga rumah dengan agensi kerajaan terbabit dalam membina dan menjual rumah. Dahulu, memang ini yang berlaku, dimana banyak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri bertindakan menjadi pemaju, mendapat tanah dengan yang lebih kompetetif daripada kerajaan, dan berjaya menjual rumah dengan lebih rumah.

Pendekatan ini yang cuba dibawa oleh kerajaan dengan memperkenalkan, PRIMA. Prima ini dilihat positif, tetapi ada kes yang berlaku wujud kos tersembunyi dalam konsep jualan mereka. Contohnya, satu rumah apartmen dengan keluasan 800 - 100 kaki persegi dijual dengan harga RM120,000. Ok, harga yang ditetapkan murah, tetapi pembeli dikenakan syarat supaya membayar kos penyelenggaraan termasuk parking sehingga RM300 sebulan. Ini menyebabkan kos yang ditangung oleh pembeli akan meningkat naik semula. Konsep mampu milik, akan menjadi satu retorik juga. 

11 June 2013

Agen / Aktivis Sosial

Dalam sebuah kehidupan tak kira sama ada di bandar dan luar bandar, pasti kita akan menghadapi situasi yang tidak menyenangkan. Situasi ini timbul, disebabkan pihak berkuasa yang tidak menjalankan kerja dengan baik, faktor alam semula jadi dan masyarakat setempat yang tidak mempunyai kesedaran sivik dalam menjaga harta benda awam.

Sama ada kita sedar atau tidak, keadaan ini menyebabkan berlaku rasa tidak puas hati dalam diri kita. Namun, berapa ramai di kalangan kita yang akan tampil mengemukakan aduan kepada pihak yang berkuasa. Aku percaya tidak ramai yang berbuat demikian, sebaliknya hanya sekadar memberi komen di kalangan kawan-kawan dia sahaja.

Disini pentingnya untuk kita yang mempunyai tanggungjawab untuk menjadi agen atau aktivis sosial. Agen Sosial ini perlu melakukan kerja mengemukakan aduan yang konsisten kepada pihak yang berkuasa sehingga aduan tersebut ditangani sewajarnya.