Banyak kawasan dalam negara kita dilanda jerebu. Pandangan makin terhad. Ibarat ada satu layar putih yang menghalang pandangan mata kita. Jerebu ini akan menyebabkan kita rasa tidak selesa untuk bernafas, kepada yang ada asma memang sangat berisiko tinggi.
Semalam aku ada menonton, rencana mengenai jerebu yang berlaku di negara kita pada tahun 1997, aku tengok kat you tube, rencana tu ditayangkan di History Channel.
Dulu masa berlakunya ancaman jerebu, rupanya kerajaan pun tak pasti dari mana puncanya, sehingga dimaklumkan ianya berpunca dari kebakaran di hutan di kawasan Sumatera dan Kalimantan. Kebakaran ini berlaku dikawasan tanah gambut yang telah kering, pembakaran bukan setakat di permukaan tetapi berlaku didalam tanah. Usaha memadamkan api pada masa itu, sangat mencabar, mungkin disebabkan kekurangan kelengkapan atau kelengkapan yang tak canggih.
Tahun 2013, jerebu masih lagi berlaku, dan menjadi duri dalam daging kepada isu serantau di Asean, antara Indonesia, Malaysia dan Singapura. 3 negara ini mendapat kesan yang paling teruk akibat jerebu ini. Puncanya, masih lagi kebakaran di kawasan hutan Sumatera.
Cuma pada kali, kerajaan dilihat tidak panik, sedang mengambil langkah-langkah termasuk menggunakan hubungan diplomatik supaya Kerajaan Indonesia mengambil langkah memadamkan api. Diberitakan, usaha pembenihan awam telah dilaksanakan tetapi masih lagi gagal.
Orang Agama menganggap perkara ini adalah ujian Allah. Mereka memimpin solat hajat moga diturunkan hujan dan dijauhi daripada bencana ini.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.