26 September 2012

Pembiayaan Harga Belian Rumah [Payment of the purchase price]

Membeli barang adalah satu terapi minda yang sangat baik. Kita akan rasa bahagia dan juga akan mendapat satu kepuasan. Sebab itu, semua orang suka membeli belah. Tapi dalam proses membeli rumah bukan semua orang mempunyai kemampuan untuk membeli rumah secara tunai. Jika kita membeli secara tunai, proses pembeliannya akan lebih mudah dan menjimatkan banyak masa serta tenaga.

Walaubagaimanapun, kepada yang menggunakan pembiayaan pinjaman, ianya mungkin akan mengambil masa yang agak lama disebabkan proses permohonannya akan mengambil masa. Banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh peguam sebelum peguam menasihatkan bank untuk melepaskan duit pinjaman.

Dokumen umum yang perlu semasa memohon pinjaman bank adalah seperti berikut :
  • Salinan Kad Pengenalan Pembeli dan Penjual
  • Alamat terkini dan nombor perhubungan (rumah dan pejabat)
  • Salinan 3 bulan penyata bank
  • Salinan 3 bulan slip gaji
  • Salinan Borang J
  • Salinan Penyata KWSP yang terkini
  • Salinan geran rumah yang nak dibeli dan S&P yang lama
Setelah loan telah diluluskan, Bank's Solicitor's akan meminta penyata penebusan (redemption statement) daripada S&P Solicitor's. Ini bagi keadaan dimana penjual masih belum menjelaskan loan rumah tersebut dengan pihak bank.

S&P Solicitor's pula perlu mendapatkan penyata penebusan tersebut daripada bank tersebut (bank penjual). Dalam tempoh 1-2 minggu (bergantung kepada bank), redemption statement akan dikeluarkan oleh bank penjual.

Kemudian bank pembeli perlu menyediakan jumlah penebusan (redemption sum) mengikut jumlah redemption statement bank penjual. Proses ini akan mengambil masal 3 - 7 hari (atau lebih lama bergantung kepada dokumentasi/ tempoh pemprosesan oleh pihak bank).

Setelah mendapat cek bayaran daripada bank pembeli, bank penjual akan melepaskan dokumen seperti geran asal, discharge form dan duplicate form.

S&P Solicitor's akan mengemukakan dokumen ini kepada Bank's Solicitor's. Setelah mendapat dokumen tersebut, Bank's Solicitor's akan mengemukakan permohonan Memorandum of Transfer (MOT) - Borang 14A, charge form/discharge of charge kepada pejabat tanah yang berkaitan.

Bank pembeli akan mengeluarkan baki pinjaman setelah Bank's Solicitor's menasihatkan bank untuk berbuat demikian setelah pendaftaran kaveat telah selesai ke atas hartanah tersebut, pendaftaran MOT dan charge form dikemukakan kepada pejabat tanah.

Presentation of MOT means the perfection on the transfer of nama of the property title, from vendor to purchaser.

Bank pembeli akan mengeluarkan cek bayaran kepada bank's solicitor's. Kemudian, bank solicitor's akan mengeluarkan cek kepada S&P Solicitor's. Setelah berpuas hati, di mana penjual telah melaksanakan tunggakan seperti bil air, bil api, bil pembetungan dan bil penyelenggaraan, baru S&P Solicitor's akan membuat bayaran kepada penjual.

Semua urusan ini hanya melibatkan S&P solicitor's, bank's solicitor's, bank pembeli, bank penjual dan pejabat tanah. Selalunya sebagai pembeli dan penjual tidak terlibat secara langsung dalam proses ini, tapi pembeli kena selalu ambil tahu dan pantau. Sebabnya jika ada satu pihak yang lewat, keseluruhan proses akan lewat.

Nota : Maklumat mengenai proses ini diambil dari bicaralegal.blogspot.com. Ianya telah diolah mengikut kefahaman aku.

8 comments:

  1. if dlm proses consent, ada sbrg pmbyran yg perlu dibuat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembayaran yang terlibat hanyalah bayaran permohonan. Kos ini selalu telah termasuk di dalam kos yang perlu dibayar kepada peguam.

      Delete
  2. salam 1 malaysia, bank penjual telah keluarkan statment penjual masih berhutang bank rm 5000.proses pinjaman perumahan saya (pembeli) telah lulus dn tlh terima cek.tapi lawyer beritahu tindakan lanjut tidak dapat diambil sekiranya bayaran tersebut tidak dijelaskan oleh penjual.(lawyer penjual & pembeli org yang sama).dan telah mencadangkan saya(pembeli) membantu membayar sebahagian utk selesaikan masalah ini.mohon cadangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Situasi yang diberikan agak umum, tapi saya cuba untuk memahaminya. Sekiranya cek yang diterima melalui pinjaman itu merupakan amaun bagi harga pembelian rumah tersebut, sepatutnya ia juga boleh digunakan untuk membayar baki hutang(RM5000)yang masih belum dibayar oleh penjual.

      Cuma bagaimana cek tersebut boleh dikeluarkan, adakah pinjaman ini bukan pinjaman dengan bank. Sepatutnya lawyer bank (lawyer loan agreement) akan memastikan urusan dengan bank penjual perlu diselesaikan dahulu sebelum cek tersebut dikeluarkan.

      Adalah penting untuk anda selesaikan baki pinjaman dengan bank penjual untuk dapatkan salinan asal geran tanah hartanah yang dibeli tersebut.

      Delete
  3. Salam Tuan,

    saya sudah memiliki rumah lelong dan sudah hampir 8-9 bulan bayar installment kepada bank. tapi proses tukar hak milik masih lagi belum selesai, apabila saya call lawyer, ia mengatakan masih meunggu dari pejabat tanah untuk permohonan MOT.

    soalan saya,

    1) adakah ianya normal untuk proses tukar hak milik ni? buat pengetahuan tuan, unit ni adalah leasedhold dan sudah ada individual title. berapa lama lagi saya sepatutnya jangkakan untuk habiskan proses tukar hakmilik ni?,

    2) ada apa2 side effect x kalau ianya berlarut lebih lama? cthnya, penalti ke..interest ke.

    saya hargai jawapan tuan, semoga tuhan membalas pahala untuk setiap ilmu yang tuan kongsikan dalam blog ni dan dimurahkan rezeki. in sya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya, dikatakan proses tukar hak milik di pejabat tanah selalunya mengambil masa lama.Cuba anda dapatkan rujukan fail berkenaan daripada pejabat lawyer yang menguruskannya. Kemudian, cuba anda sendiri yang bertanyakan perkara ini dengan Pejabat Tanah yang berkenaan. Saya rasa jika anda follow up sendiri, insyallah perkara ini dapat diselesaikan dengan cepat, bergantung kepada sama ada dokumen yang diberikan adalah mencukupi.

      Secara logiknya, jika urusan pinjaman hartanah telah selesai, urusan tukar hakmilik tiada side effect seperti yang anda maksudkan.

      Delete
  4. Salam.nak tanya selalunya redemptiondari BPP berapa lama?

    ReplyDelete
  5. Assalam...saya mbeli rumah to pd masa yg sama penjual membuat refinance rumah..skrg s mdpt surat dr bank perlu mbayar rm1000..lawyer saya mngatakan ianya redemption.bank msh blm disburse semua pinjaman..

    Jd saya nak tau kenapa saya yg perlu mbayar redemption tu

    ReplyDelete

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.