- Pengeluaran hak milik strata dan pemilikan kosong yang sebelum dibuat secara berasingan akan diberi serentak menerusi Rang Undang-Undang Hak Milik Strata (Pindaan) 2012.
- Rang Undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Rakyat dijangka akan dapat mengatasi masalah permohonan dan pendaftaran hak milik strata bagi bangunan lama yang diduduki sebelum tahun 1996.
- Menerusi pindaan Seksyen 8, pemaju yang gagal mengemukakan permohonan pecah bahagi bangunan atau tanah boleh didenda RM100,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
- Pindaan ini juga membolehkan bidang kuasa pengurusan bangunan diletakkan di bawah KPKT, manakalan urusan pendaftaran hak milik strata dikendalikan oleh NRE.
- Rang Undang-Undang itu adalah penambahbaikan kepada Akta Hak Milik Strata 1985 yang dipinda empat kali pada 1990, 1996, 2001 dan 2007.
- Terdapat 2 punca utama yang menyebabkan kegagalam permohonan dan pendaftaran hak milik strata iaitu :
- Masalah Tanah kerajan banyak yang berstatus hak milik sementara tetapi pembangunan dibuat bercanggah dengan syarat nyata tanah.
- Masalah bangunan iaitu terkeluar daripada sempadan lot, binaan tidak mengikut pelan.
Berita ini dipetik daripada Berita Harian, 27 September 2012.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.