Salah satu nilai yang kita sering ditekankan, semasa kursus motivasi, mestilah menjadi seorang yang berfikiran positif. Dari sudut islam, kita digalakkan untuk bersangka baik dengan orang di sekeliling kita.
Untuk menjadi seorang yang berfikiran positif, kita perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi, tahap ketenangan yang menenangkan dan berada dalam situasi yang terkawal. Jika kita kurang satu daripada 3 keadaan tersebut, akan wujud keadaan yang kelam kabut.
Selalunya suasana yang kelam kabut, kita akan mudah untuk beremosi, mudah untuk marah dan lain-lain tindakan yang diluar kawalan. Bagi individu yang mampu mengawal emosi walaupun dalam keadaan kelam kabut masih lagi boleh untuk berfikiran positif.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.