03 December 2012

Embun Residence, Taman Puncak Saujana, Kajang

Sumber : Laman web TTPT.
1 Disember 2012 yang lepas, yakni Sabtu minggu lepas aku telah melapangkan masa untuk pergi meninjau sales launching di Embun Residence, Taman Puncak Saujana, Kajang. Aku dapat tahu mengenai pelancaran rumah nie pun melalui surat khabar Berita Harian pada 30 November 2012.

Sebenarnya aku tidak berminat sangat untuk membeli rumah ini, sebab itu aku pergi waktu petang selepas selesai menghadiri satu kenduri kahwin di KL. Memandangkan masih banyak masa kitaorang pun gerak dari KL (area Jalan Semarak) ke Kajang.

Perjalanan dari KL ke Kajang melalui Cheras ikut lebuhraya Grand Saga. Laluan nie bukan laluan yang aku biasa guna, aku pun guna navigator dalam Galaxy Tab. Jika dari KL untuk sampai ke Kajang especially Taman Puncak Saujana ni hanya satu Tol sebanyak RM1 sahaja yang perlu dibayar. Apa yang nak aku sampaikan, jika beli rumah kat sini untuk berulang ke KL, kos TOL hanya RM1. Wah! agak bagus.

Tapi kalau dari segi trafik pulak, aku rasa memang akan sesak. Sebabnya dalam perjalanan aku dari KL ke Kajang, walaupun hari Sabtu volume kereta buleh dikatakan agak banyak. Cuba bayangkan jika waktu puncak, memang kenyang dengan jammed la kot.

Mula-mula agak berpusing-pusing jugak aku mencari kawasan Embun Residence nie, landmark yang aku ingat adalah TESCO Kajang, pastu atas sikit dari Saujana Impian. Laluan masuk ke taman nie menggunakan Taman Jenaris. Buleh la dikatakan taman nie agak kedalam sikit, tapi memang menghijau mata memandang... suasana yang sesuai untuk dijadikan kediaman. Tak jauh dari kawasan perumahan TTDI Groove, cuma ianya belah bawah sikit je.

Aku sampai lebih kurang dalam pukul 3.00 petang...waktu tu hujan renyai sikit. Aku tengok pengunjung pun tak berapa ramai, mungkin sebab dah petang. Wakil pemaju pun telah menerangkan serba sedikit mengenai pembangunan embun residence nie, basically pemaju sedang dalam proses piling tapi takde rumah contoh yang buleh dilihat. Lagipun, rumah ada hampir 15 layout... dari jenis A sampai ke jenis I/K... aku pun tak ingat. sebab tu agaknya pemaju tak buat rumah contoh kot.  

Dalam banyak-banyak layout, yang jenis C yang paling banyak pemaju buat... rasanya sebanyal 150 unit daripada 300 unit. Rumah nie dikatakan berkonsepkan rumah bandar (townhouse) 4 tingkat... budak Sales tu cakap ibarat macam rumah apartment nie, cuma ianya 4 tingkat sahaja.

Satu unit rumah pemaju memang akan kasi 2 parking lot, dah siap ditetapkan kat mane lot unit bagi setiap unit rumah. dan perumahan ini besar kemungkinan berkonsepkan gated community sebab hanya ada satu jalan masuk sahaja. Dari segi harga berbeza mengikut jenis layout dan yang paling rendah adalah RM 225,750. tapi unit yang murah nie dikawasan belakang dan rasanya kat tingkat 3 dan 4 sahaja.

Budak Sales tu bagitau semua unit bawah (tingkat 1) memang telah abis dijual/booking. Bagi Unit tingkat 2 pula masih ada beberapa unit sahaja, dan aku telah tertarik dengan satu unit jenis C di Blok 8. Sebabnya blok 8 nie, lokasinya dibahagian depan dan dekat dengan surau. Harga bagi jenis C nie lebih RM238k++. Untuk booking aku kena bayar RM1k. Syaratnya jika tak jadi beli, pemaju akan pulang RM750 (jika belum sign S&P) atau RM500 (jika telah sign S&P). Dalam dok fikir punya fikir, unit tingkat 2 blok 8 tu telah dibooking oleh sorang pakcik kat meja sebelah je, melepas aku. Rasanya tu je last unit yang terbaik yang aku berkenan pada masa tu. Nak buat macam mana dah takde rezeki.

Ada lagi 3-4 unit tingkat 2, tapi lokasinya kat blok belakang dan ada juga jenis lain dengan harganya RM278K++ di Blok 9. Selebihnya memang tinggal tingkat 3 dan 4 sahaja, yang nie memang masih banyak lagi. Hampir semua blok pun masih ada. Jika ada yang berminat boleh call pemaju, TPPT Sdn Bhd.

Sudahnya, aku tak booking pun, cuma minta jadi waiting list jika ada yang tak jadi beli bagi unit tingkat 1 (bawah) atau tingkat 2 dan bagi jenis layout yang kurang dari RM250k. Pada asalnya aku tidak la berminat sangat nak beli rumah nie, sebab tu datang pun petang. Datang pun sekadar nak meninjau-ninjau, nak tengok bentuk rumah dan suka-suka je.. mengisi minat kat hartanah nie.

Tapi apa yang jadi, aku macam nak buat pembelian panik pulak, bila tengok ramai je yang dah booking. Dalam hati masa tu rugi kot bila aku tak booking, sekali takde unit yang berkenan. Bila aku pikir balik, pembelian aku nie lebih kepada untuk pelaburan (penyewaan), bukan untuk duduk sendiri dan aku tak mahir sangat dengan kawasan sekitar dan tak tahu prospek sewa bagi kawasan ini. Lagi satu, bila dah booking aku kena beri komitmen untuk dapatkan pinjaman dan ianya memerlukan fokus daripada aku. Lagipun aku ada plan besar untuk rumah di Puncak Jalil yang akan jadi rumah kediaman aku. 

Pengalaman adalah sesuatu yang tak boleh beli. Walaupun aku tak jadi beli, ada ilmu tersirat yang aku perolehi. Ilmu yang paling asas yang aku perolehi adalah aku tau kat mana Taman Puncak saujana, Kajang. Aku tersenyum sendirian.

13 comments:

  1. Salam bro, just nak share,aku booked one unit here aritu.. Tingkat 1, aku beli unit tu sebab potensi kawasan tu, tmn puncak saujana. 1.5 thn lepas aku ada beli terrace rm295k. Now dah dapat offer org nk beli for rm450k. Kat net ada yg offer up to rm500k. Rumah 20'x70'...

    Aku ras potensi kawasan ni tinggi sbb MRT dekat nanti.. Around 3.5km je..

    Wallahuallam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq atas perkongsian. Aku memang berminat tapi sebab komitmen agak tinggi buat masa nie.

      Delete
    2. alamak...mahal pulak rumah yg encik nk letgo tu..sy berminat nak beli unit encik...tapi mahal sangat smpi 450k...kawasan mmg jauh kedalam sikit.taknak kurangkan harga ke? hehe

      wassup sy klu nk letgo 01123676067

      Delete
  2. Saya tak jadi beli unit bawah blok 13 jenis C akibat hanya boleh membuat pinjaman selama 15 tahun sahaja (Gov loan-memilih skim KWSP- servis lagi 15 tahun sahaja lagi)Potongan bulanan tinggi jadi terpaksa hantar surat untuk batal pembelian....kawasan strategik...ramai melayu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmmm... sayangnya. Kenapa tak guna loan dengan bank pulak, mungkin tempoh masa lebih lama.

      Delete
    2. Unit yg tak jadi beli tu ade yg dah amik tak? call me 0133803695

      Delete
  3. saya berminat tapi da register tapi senyap je rasanya dah full kot

    ReplyDelete
  4. try call nombor tertera...
    Aritu saya call setiap hari tanya unit ada ke tidak..
    Alhamdulillah dapat satu type C, blok paling hampir dengan security guard house..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh elok sgt tu.. sy belakang sekali... jenis B..Design ok mmg berbaloi,..

      Delete
    2. Salam tuan, kalau tuan pembeli Embun Residence tuan dijemput kedalam komuniti fb https://www.facebook.com/groups/184041285106839 ... mungkin kita boleh berbincang apa-apa isu semasa dan akan datang berkaitan Embun Residence... pohon panjangkan kepada rakan pembeli yang ada...

      Delete
  5. Unit B yang belakang sekali tu (blok 3?) nampak dah hampir siap struktur konkritnya sehingga ke tingkat 4. Yang belah depan (dekat security gate) je yang lambat naik, baru bercerucuk.

    ReplyDelete
  6. salam admin,sy ad book tgkt 3 embun residen, sy masih lg trtnya2 apkah belian ini ssuatu yg berbaloi dr segi nilai akan dtg dan apakh relevan mbeli utk tgkt 3 ni.dr segi pndgn rawak,rmai stuju krana kluasan ni dan ramai xstuju dgn ktggian tgkt yg tiada kmudhn lif.mnta pncerahn tntg nilai prospek akn dtg. tq salam

    ReplyDelete
  7. Salam,

    pohon mencelah sikit tuan tanah. Saya dah create satu fb untuk pembeli/bakal penduduk Embun Residence sebagai jaringan komunikasi antara kita.... sila request di link https://www.facebook.com/groups/184041285106839/

    ReplyDelete

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.