Bila aku tulis topik yang skema, aku tengok tak ramai yang sudi membacanya... tapi jika aku review berkaitan event atau tempat, ramai yang sudi singgah. tapi kadang-kadang kena tulis jugak hal-hal kehidupan nie.
Kali aku nak bincang berkaitan masa. Selalu kita akan dengar rungutan 'aku takde masa nak .....' ... 'tak sempat la, bz sikit la nie'. Itulah kenyataan yang selalu keluar dari mulut kita bila dikaitkan dengan masa. Asyik tak cukup masa sesaja.
Hakikat yang kita perlu sedar berkaitan masa, satu hari ada 24 jam, satu minggu ada 7 hari, satu tahun ada +-365 hari... memang tu je masa yang kita ada, tidak lebih dan tidak juga kurang.
Salah satu perkara yang penting dan perlu kita uruskan adalah masa, mengurus masa sama seperti kita menguruskan kehidupan kita, nak bangun pukul berapa, nak bertolak pergi opis pukul berapa, nak balik umah pukul berapa dan nak tido pukul berapa... semuanya perlu ditentukan dan diuruskan. Selalunya kita akan berkomproni antara masa dengan aktiviti tersebut, tu yang selalu kita akan merasakan tidak cukup masa.
Dalam buku 'berani kaya', penulis ada menyatakan dalam sebuah kesibukannya beliau berjaya mengatur masanya sendiri.. aturan ini menyebabkan kita akan meletakkan keutamaan yang perkara yang patut diutamakan, mengemudian perkara yang boleh dikemudian atau yang boleh diesokkan.
Eloknya mari kita berdoa agar mempunyai masa.
Nice! topik sempoi..
ReplyDeletesekadar berkongsi luahan.
Delete