Aku telah berpeluang untuk mengikuti satu seminar berkaitan pengurusan konflik. Speaker yang menyampaikan ceramah datangnya daripada Multi Skills Training Consultancy. Aku suka dengan cara penyampaian penceramah, yang bersahaja, penuh dengan contoh dan intonasi yang pelbagai dan menarik.
Antara point penting yang aku dapat dalam seminar ini adalah :
- Amalkan senyuman dalam kehidupan.
- Jangan mengambil kegembiraan dari orang lain, untuk kita rasa gembira
- Ketahui apa yang orang suka, anda berikan kepadanya, ianya akan membuat orang itu gembira
- Duduklah dalam 'positive society'
- Carilah perkataan yang baik untuk diucapkan kepada orang lain, ianya membantu menggembirakan orang tersebut.
- Pay more, give more. At least 1% daripada pendapatan anda. Kuasa memberi sebenarnya satu kuasa yang akan memberi satu kepuasan kepada anda.
- Konflik itu perlu diuruskan, dalam mengurusnya perlu ada elemen kawalan.
- Apa maksud 'URGENT' bagi anda. Adakah ianya bermaksud 'sekarang' atau 'lepas nie' atau 'esok pagi'. Sila dapatkan pengertian yang jelas.
- Kena tau apa punca masalah?
- Dah tau punca, bolehlah diselesaikan masalah itu.
- Kena faham hukum society, community of practice?
- Gunakan formula SCC : STOP, START & CONTINUE.
Ini antara point-point yang aku dapat sepanjang berkursus selama satu hari. Ilmu ini aku kongsikan untuk dimanfaatkan.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.