Showing posts with label skill penulisan. Show all posts
Showing posts with label skill penulisan. Show all posts

27 August 2014

Guardian Of the Galaxy vs Step Up

Keduanya merupakan tajuk sebuah filem yang ditayangkan di pawagam. Kebetulan aku berkesempatan untuk menontonnya. Guardian Of The Galaxy berkisarkan cerita fiksyen dalam sebuah galaksi yang dihuni oleh pelbagai makhluk termasuk la manusia. Peperangan sesama makhluk ini sentiasa berlaku bagi tujuan menguasai antara satu sama lain. Dalam pada itu, wujud juga satu alat yang mampu memberikan kuasa luar biasa bagi sesiapa yang memilikinya. Plot cerita berkisarkan perebutan alat tersebut. Semua makhluk yang wujud di galaksi ini mempunyai kehebatan masing-masing. 

Step Up pula berkisarkan perjuangan seorang penari jalanan yang mendambakan kehidupannya kepada dunia tarian. Beliau mampu menjadikan tarian sebagai sumber pendapatan dan berusaha mendapatkan kontrak persembahan dengan syarikat penerbitan televisyen. Cerita step up lebih dekat dengan kehidupan kita seharian, dimana cerita ini lebih bersifat realiti kehidupan. 

16 April 2013

Malaysia Memilih !

Dua tiga hari aku aku sering melihat dan mendengar kenyataan 'Malaysia Memilih'... sebenarnya aku rasa sangat janggal penggunaan perkataan ini.. seakan ianya ada kekurangan sesuatu.

Ye aku tahu... anda pun tahu... musim pilihanraya telah tiba. Tagline ini digunakan untuk menarik rakyat malaysia untuk mengundi dan memilih kerajaan yang akan memerintah.

Ramai orang kata... rasanya, semua orang kata PRU13 ini merupakan pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah, tanda-tanda awalnya dilihat begitu, sengit dari segi persediaan antara parti pemerintah dengan persediaan parti pembangkang.

Yang jelas, masing-masing telah membentangkan manisfesto... tapi aku rasa isi manifesto masing-masing 'sama tapi bukan dia'....

Satu lagi, trend memperkenalkan bakal calon lebih daripada waktu penamaan calon, kalau dulu teka teki bakal calon akan diketahui sehingga ke saat waktu penamaan calon di pusat penamaan calon. trend ini yang bagusnya, pengundi  dah tahu sapa bakal-bakal calon yang bertanding di kawasan masing-masing, trend ini patut dikekalkan pada PRU yang akan datang.

Bab persediaan awal, ye bagi aku memang sengit antara parti-parti yang bertanding... tapi adakah sengit ini akan diterjemah dalam keputusanya nanti... sama-sama kita lihat.

31 January 2013

Simpanan Untuk Anak

Aku dibesarkan dalam sebuah keluarga yang hidup sederhana, makan dan minum semua cukup, cuma yang kurangnya dari segi wang atau duit. Kurang duit bukan la sesuatu yang isu besar kepada bapak dan mak aku. Bagi mereka, yang penting keperluan untuk makan, pakai dan tempat tinggal untuk anak-anaknya, sentiasa mencukupi. 

Walaupun kurang duit, rasanya mak aku tak pernah gagal untuk memberikan duit belanja sekolah sebanyak 20 sen kepada aku setiap hari. Dan, aku ada menyimpan duit tersebut di dalam tabung buluh, yang dibuat sendiri. Dan akhirnya, hasil dari tabungan ini dicampur dengan duit raya, aku pun telah membuka Akaun Nuri, di Bank Rakyat.

Di waktu itu, aku tak pasti sama ada wujudnya kesedaran atau mungkin atas faktor tidak mampu, keluarga aku tak menyediakan apa-apa simpanan khas untuk anak-anaknya.

Berbeza dengan situasi pada hari ini, keperluan dan kempen kerajaan sering kita dengar supaya mak bapak hendaklah menyediakan tabungan atau simpanan khas untuk anak-anak mereka. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) merupakan contoh terbaik kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan. Bagi memastikan kejayaan SSPN ini, kerajaan telah memberikan pelepasan cukai mengikut kadar tertentu bagi yang menyimpan untuk anaknya dalam SSPN.

Bagi aku, ada 3 isu pokok berkaitan perkara ini, iaitu, satu, kesedaran ibu bapa dan kedua, keperluan untuk menyediakan, ketiga, kemampuan.

Ibu bapa tidaklah terikat untuk masuk dalam SSPN semata-mata, mungkin simpanan melalui Amanah Saham Didik atau menyertai program insuran yang mempunyai pelan simpanan untuk anak-anak.

Hakikatnya, kesedaran ini disokong dengan kemampuan, diikuti dengan keperluan. Suka atau tidak, ibu bapa pada hari ini perlu untuk mengambil langkah menyediakan tabungan untuk anaknya, khususnya untuk keperluan pendidikan.

29 January 2013

Drama Melayu

Kali nie aku nak menulis berkaitan pemerhatian aku kepada penayangan drama melayu. Tapi jangan kata tak macho kalau tengok drama melayu, aku pun layan suka-suka je. Memang aku follow setiap siri yang ditayangkan, tapi tidaklah terikat untuk menonton sampai takut nak terlepas tayangan. 

Yang selalu aku tonton adalah siri Akasia, kat TV3. Akhir-akhir ini drama yang disiarkan banyak berdasarkan novel. Jika drama ini diadaptasi daripada novel, jalan ceritanya lebih kemas dan menarik. Tetapi, Aku tak pernah la baca novel yang diadaptasi, jadi aku tak boleh nak bandingkan sama ada jalan cerita yang didramakan sama atau tidak dengan novel. Namun, bukan semua drama yang diadaptasi akan sama 100% seperti yang ditulis di dalam novel. Penulis skrip pasti akan mengolah skrip mengikut kesesuaian untuk dilakonkan.

Apabila cerita drama berdasarkan novel, tema cinta agak dominan yang sering kita tonton. Ada yang cinta terhalang oleh keluarga, cinta terhalang disebabkan darjat dan macam-macam lagi. Dan satu aspek yang aku susah nak terima dalam kebanyakan drama adalah aspek kebetulan yang sangat kebetulan.

Contohnya, adegan terserempak dengan anak orang kaya, mula-mula nak minta tolong, pastu jadi couple, mula timbul perasaan tak puas hati pihak ketiga, yang menyimpan dendam. Belum masuk bab terserempak kat pasar raya, konon-konon baru balik kerja, tup-tup ternampak bekas awek yang dah kawin, sedang bergaduh dengan suaminya. Apalagi dia la jadi hero yang menolong.

Satu lagi, setiap drama mesti ada satu watak perempuan yang menjengkelkan, cinta dan sayang sangat-sangat dengan seorang jejaka, yang telah jatuh hati dengan orang lain, selalunya dengan heroin. Dia punya cinta sampai sanggup buat apa saja, ada yang sampai sanggup upah pembunuh, kira dah sampai tahap obses, yang akhirnya insaf.

Ini bukan bertujuan untuk merendahkan kualiti drama melayu, hakikatnya drama adalah gambaran kehidupan masyarakat kita. Ia dihasilkan untuk memberi hiburan, disamping menyelitkan nilai - nilai murni dan menunjukan sifat-sifat yang tidak patut kita contohi. Tetapi penceritaan yang lebih kemas, susunan plot yang meyakinkan, kurangkan elemen kebetulan dalam cerita, pada pandangan saya akan memberikan mutu yang baik dalam drama melayu yang dihasilkan.

23 January 2013

Quality Time

Aku suka bercakap soal kualiti, ramai orang yang suka bercakap soal kualiti. Ramai juga yang mementingkan kualiti. Contohnya, kualiti kerja dan kualiti produk.

Tak lari juga bila kita menyebut 'kualiti masa' atau 'masa yang berkualiti'. Bagi mendapatkan masa yang berkualiti, ia berkaitan dengan penjadualan atau penyusunan masa yang dibuat dalam satu hari atau dalam satu minggu. 

Masa yang berkualiti sebenarnya merujuk kepada kemampuan kita memperuntukkan masa yang tepat bagi menghasilkan sesuatu kerja. Contohnya, penyediaan kertas kerja. Jika kita merancang dengan baik dari segi timeline, disusun dan dibincang mengikut aturan, kertas kerja yang dihasilkan akan berkualiti. Ini bermakna kita juga telah menggunakan masa dengan berkualiti, dimana kita tak perlu memperuntukkan banyak masa untuk menyiapkan kertas kerja tersebut.

Seeloknya, untuk mendapat masa yang berkualiti kita perlu tetapkan tempoh yang sesuai bagi menyiapkan tugasan tersebut. Mungkin akan berlaku adjustment diakhir tempoh yang diperuntukkan, tetapi ianya bertujuan untuk mengekalkan kualiti kerja. 

21 January 2013

Jangan yakin sangat harga yang dipamerkan.

Bukan setiap hari kita ada idea nak menulis. Kadang kita akan rasa kosong, tak tau apa yang nak ditulis. Sesetengah orang esp. blogger mempunyai keselesaan untuk berkongsi kisah kehidupannya, tapi tidak bagi aku.

Aku lebih selesa berkongsi pengalaman. Apa bezanya dengan berkongsi kisah kehidupan. Ikut kefahaman aku, pengalaman dan kisah kehidupan menjurus kepada perkara yang sama, yang membezakannya adalah perinciannya dan ilmu yang hendak kita sampaikan. Tamat.

Tesco atau Tesco Extra, sangat dikenali. Sapa tak kenal, memang duduk dalam hutan agaknya. Tesco adalah merupakan sebuah hypermarket. Di kawasan lembah klang, hampir semua bandar-bandar utama mempunyai cawangan Tesconya sendiri. Kalau dulu masa nak beli rumah, selalunya pemaju akan highlight hypermarket yang terdekat sebagai extra point kepada pembeli. Tapi sekarang, hypermarket pula yang dibina dikawasan yang telah lama dibangunkan. Dulu kita cari depa, la nie depa cari kita.

Minggu lepas aku telah pergi membeli barang keperluan di Tesco Extra Puchong, barang keperluan ini untuk aku bawa balik kampung untuk Mak aku. Aku selalunya alternate antara Tesco, Giant dan Mymydin. Sengaja, boring kalau stick kat satu je.

Nak jadi cerita, aku pun masuk kawasan beras dalam TESCO. Memang banyak pilihan beras yang ada dengan kepelbagaian harga. Pendek kata, tepuk dada tanya poket. Semua jenama ada, faiza, jati, rambutan, udang dan macam-macam lagi. dan aku telah bersetuju untuk beli beras cap rambutan (5% hancur), kategori beras siam. Sebabnya pembantu jualannya sibuk kempen suruh ambik, murah daripada biasa... dia cakap biasa depa jual RM35++, kali ni offer depa kasi RM24.88. Apa lagi, aku pun rasa harganya memang murah daripada biasa. Dah beli, angkat masuk troli dan pusing-pusing beli barangan lain.

Setelah selesai, beratur dan bayar barang yang dipilih dikaunter pembayaran, aku pun semak resit. Untuk double check harga barang yang telah aku bayar, tak banyak barang dibeli, dalam 10++ barang je.

Dan aku perasan harga beras yang dikenakan adalah sebanyak RM27.88. Eh, beza pulak dengan harga yang pembantu jualan tu bagi tau tadi masa kat dalam. Apa lagi aku pun bergegas ke Kaunter Perkhidmatan, dan aku ceritakan situasi berkaitan perbezaan harga antara yang dipamerkan di dalam dengan yang dicetak di dalam resit.

Petugas kaunter tu pun ambik resit, dan masuk ke dalam kawasan jualan Tesco. Aku tunggu kat kaunter tu je. lepas kurang 5-7 minit, petugas tu datang balik, dah menyerahkan duit kepada aku sebanyak RM4. Tapi yang tak bestnya, petugas tu langsung tak cakap apa-apa, mula-mula check kat dalam, balik, tekan-tekan mesin pengira dan pulangkan duit aku. Langsung tak bagi penjelasan apa yang berlaku, cumanya aku faham la yang Tesco telah tersalah harga antara kat dalam dengan sistem di kaunter bayaran.

Hak aku sebagai pengguna telah aku tunaikan, hak Tesco untuk membetulkan keadaan juga telah berlaku. Cuma ada beberapa pemerhatian yang aku rasa perlu dibuat ; 
  1. Eloknya petugas kaunter tu berikan sedikit penjelasan kepada customer, tak elok biar customer buat tafsiran sendiri. 
  2. Tesco perlu mengemaskini sistem dengan cepat antara harga yang dipamerkan dengan harga yang dimasukan dalam sistem adalah sama (yang ditag menggunakan bar kod).
Mungkin nasib aku baik sebab aku ingat harga yang dipamerkan dan perbezaan ini boleh dilaporkan. Tapi bagaimana dengan orang lain, yang beli banyak barang, penuh troli kadang-kadang tak perasan perbezaan antara harga yang dipamerkan dengan yang dicaj.

Nasihat aku kepada pembaca, jika shopping di hypermarket, pastikan anda bandingkan harga yang dipamer dengan harga yang dikenakan. Walau pun seringgit dua tapi ianya penting untuk pastikan pihak hypermarket prihatin dengan pengguna.

14 January 2013

Celik Ringgit

Ramai orang kata kalau takde duit, nanti hidup susah. Tapi ada juga yang kata, boleh hidup tanpa wang.

Ada yang kata, kalau nak duit kena bekerja. tapi kalau kerja makan gaji tak boleh kaya. Nak kaya kena berniaga. Nak berniaga kena ada modal. Kat mana nak cari modal? Kena la bekerja, takpun buat pinjaman dengan bank.

Itu pusing-pusing bila kita bercakap soal duit. tu belum masuk bab nak mencapai kebebasan kewangan. Apa maksud kebebasan kewangan? bagi aku ianya lebih kepada keadaan dimana duit bukan lagi menjadi menyumbang masalah kepada kehidupan kita. sebut aje nak buat apa, duit takde masalah.

Takpun kebebasan kewangan merujuk kepada keadaan dimana anda tidak perlu bekerja tetapi dapat gaji setiap bulan. Dah macam orang dapat pencen setiap bulan la kan. Tapi nak tungu pencen, kita pun dah tua, badan pun selalu tak sihat, tenaga pun makin berkurang. Jadi jika nak dapat kebebasan kewangan di usia muda, kena la ada planning. Kena la bersusah dahulu, bersenang kemudian. beli rumah banyak masa muda, kemudian sewa. pastikan penyewaan ini diuruskan dengan betul.

Semua nie perlu diselarikan dengan Ilmu celik ringgit. Celik ringgit ini adalah keadaan bagaimana kita nak dapat duit lebih dan keadaan bagaimana kita nak menguruskan duit yang ada, supaya menjana duit tersebut menjadi lebih banyak. 

09 January 2013

Nak jadi Ejen Insuran

Semalam aku pergi renew insuran kereta kancil. dan kali ini aku telah pergi ke tempat ejen insuran yang sama, yang aku pernah berurusan sebelum ini. So selesailah urusan renew insuran. Road tax pun dah selamat dihidupkan. Maka, terbang la RM dengan bayaran lebih kurang RM300++.

Apa yang aku peratikan, mudahnya keje jadi ejen insuran nie. Tok tik, tok tik key-in dalam komputer, customer setuju, terima bayaran dan beri cover note. Mudahkan. Rasanya ejen tu takyah pikir risiko pun kat customer tu, ye la depa cuma ejen je. Jika ada yang nak buat tuntutan, customer kena terus berurusan direct dengan insuran company. 

Aku terpikir. Maybe aku boleh explore untuk buat part time untuk jadi ejen insuran. Masih mencari-cari, apa kelebihan dan kekurangannya. Agaknya macam mane nak jadi ejen insuran nie. Ada sahabat yang bagitau, kena ambil dan lulus exam.

Aku rasa aku ingin mencuba untuk jadi ejen insuran. Yang lebih penting aku nak cari ilmu berkaitan insuran nie. Teringat dulu masa kat U, ramai kawan-kawan yang subjek Pengurusan Insuran tapi masa tu aku ambil subjek Pengurusan Hartanah... rupa-rupanya, bagus jugak jika dulu aku dah belajar serba sedikit mengenai ilmu insuran. Tapi aku rasa masih belum terlambat kot. 

Rasanya, niat nie mungkin akan jadi Perkara Ketiga yang aku perlu explore dalam tahun 2013. Apakah Perkara Pertama dan Perkara Kedua. Jika anda follow entry aku yang sebelum mungkin akan perasan apakah ia.

08 January 2013

Fenomena Terukir Di Bintang

Semenjak lagu nie menang Juara Lagu 2012, aku rasa terpanggil untuk  komen mengenai lagu ini. Memang masa kali pertama aku dengar lagu nie, aku rasa macam lagu lama, cam irama 70an , tapi sebenarnya ia lagu baru yang dicipta oleh Yuna.

Memang aku respek la ngan Yuna, seorang artis yang mempunyai jiwa yang besar, pandai pula melebarkan sayap seninya. Boleh aku katakan Yuna nie boleh menjadi ikon kepada generasi anak muda masa kini. Kebolehan dan kemampuan sememangnya telah terbukti.

dan aku rasa pasti ada team yang menyokong dibelakang Yuna. Team ini mungkin tidak menonjol dalam media, tapi team inilah yang sebenarnya menjadi tulang belakang kepada kejayaan Yuna. dan kita memang patut mengakui bahawa perlu wujud satu pasukan yang baik untuk membantu dalam memajukan diri.


Terukir di Bintang

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

04 January 2013

Dokumen Perjanjian Pinjaman Seragam dan Dalam Bahasa Melayu

Dalam Berita harian hari ini, ada melaporkan berkaitan dokumen perjanjian yang seragam dan dalam Bahasa Melayu. Antara point penting yang aku perasan adalah ;
  • Dokumentasi seragam yang diguna pakai bank tempatan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013 bagi membolehkan pengguna membuat perbandingan langsung produk dan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan.
  • Dokumentasi perjanjian pinjaman perumahan yang seragam dalam Bahasa Melayu bagi pembiayaan pokok RM500,000 ke bawah akan tersedia selewat-lewatnya 30 Oktober 2013 bagi memudahkan peminjam memahami terma kontrak.
  • Dokumentasi dalam bahasa melayu itu akan diberikan atas pemintaan.
  • Inisiatif ini hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Persatuan Bank Bank Dalam Malaysia (ABM) dengan PEMUDAH bertujuan mengurangkan risiko peminjam tidak memahami terma kontrak perjanjian mereka.
  • Dokumen seragam ini membabitkan tiga bahagian; Bahagian A mengandungi terma standard perjanjian pinjaman perumahan, Bahagian B menggariskan terma tambahan manakala Bahagian C menyertakan surat tawaran daripada bank berkenaan.
  • Dokumentasi ini dapat meningkatkan pemahaman peminjam dan membuat perbandingan terma serta syarat utama perjanjian termasuk tanggungjawab peminjam serta pembiaya
  • Aspek utama dalam dokumentasi seragam ini merangkumi jumlah pokok atau jumlah pinjaman, perihal hartanah, pembayaran dan pengiraan faedah, bayaran pendahuluan dan pembayaran balik, dokumen keselamatan dan akibat daripada kelalaian mematuhi perjanjian.
  • Jumlah pokok sebanyak RM500,000 merujuk kepada jumlah pinjaman yang digunakan untuk harga pembelian harta kediaman yang diambil kira.
  • Pinjaman atau pembiayaan boleh ditambah untuk meliputi kos pengubahsuaian, insurans bertempoh Gadai Janji Berkurang (MRTA) atau premium insurans lain yang dibenarkan oleh institusi perbankan dan yuran guaman yang kena bayar berkaitan pembelian hartanah itu.
Moga perkara ini memudahkan urusan kita.

03 January 2013

Tiada Had Harga Beli Telefon Guna Rebat

Itu hari diumumkan bahawa rebat RM200 hanyak diberikan bagi pembelian telefon pintar berharga sehingga RM500 sahaja, tapi hari ini Kabinet telah bersetuju rebat ini boleh diperolehi bagi setiap apa jua jenis telefon pintar. Kemudahan ini terhad kepada belia berusia 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan RM3,000 sebulan kebawah.

Disini ada dua perkara yang bermain di minda aku. Satu, kenapa mula-mula dulu dibuat had harga tertentu yang secara logiknya sukar untuk diterima. Telefon pintar apa yang boleh diperolehi berharga RM500? Sebab itu ramai yang tidak puas hati dengan perkara ini. Ibarat macam tak nak kasi je rebat tu. Ada unsur-unsur wrong advise tak?

Kedua, Kerajaan mendengar pandangan dan faham kuasa rakyat. Part nie boleh aku puji atas tindakan kerajaan yang mengubah hal ini setelah mendapat pandangan daripada orang ramai. Adakah sebab kerajaan benar-benar mendengar pandangan rakyat atau disebabkan PRU 13 yang semakin dekat.

28 December 2012

Muhasabah Diri

Hari ini Jumaat, 28.12.2012, masih ada 3 hari lagi sebelum kita masuk tahun 2013. Masuk permulaan tahun yang baru. Topik khutbah jumaat hari yang aku dengar, berkaitan dengan muhasabah diri.

Secara umumnya, muhasabah diri ini lebih kepada menilai kembali perjalanan hidup yang telah kita lalui. Adakah kita telah mencapai matlamat yang kita sendiri tetapkan. Jika  dari sudut sebagai seorang muslim pula, kita perlu menilai semula amal ibadat yang kita lakukan, sama ada telah mencukupi sebagai hamba Allah atau kita masih leka dan hanyut dengan keseronokan dunia. Mana yang kita rasa kurang atau lemah, eloklah kita berazam untuk membaiki diri kita, bersempena pula dengan tahun baru masihi ini. Konsep muhasabah ini boleh je kita lakukan secara harian, ianya lebih bersifat mikro.

Jika aku imbas kembali, tahun 2012 banyak pencapaian yang aku perolehi, walau bagaimanapun masih ada yang perlu diperbaiki terutama dalam urusan aku dengan Yang Maha Esa. Dari segi karier pula, aku memang bersyukur dengan pendapatan yang aku perolehi sekarang, berada dalam kedudukan yang selesa disamping boleh berkongsi rezeki bersama kaum keluarga. Tapi untuk berada dalam kebebasan kewangan masih jauh lagi perjalanan.

Tahun ini juga aku telah memiliki sebuah rumah teres yang dibeli untuk tujuan kediaman sendiri. Semasa proses pembelian rumah ini, aku didedahkan dan lebih memahami liku-liku dan selok belok untuk membeli rumah atau hartanah secara subsale. Dan yang lebih menggembirakan aku, pengetahuan ini telah aku terjemahkan dalam bentuk penulisan di blog untuk bacaan secara umum. Penulisan mengenai pembelian secara subsale ini telah banyak menarik pembaca, dan ianya memberikan satu kepuasan kepada aku.

Dalam dunia penulisan blog pula, blog aku lebih menjurus kepada penulisan berkaitan pelaburan hartanah dan aku juga sering membaca blog dalam komuniti yang sama. Aku dapat rasakan minat aku dalam bidang hartanah ini memang sangat mengujakan. Walaupun sasaran aku untuk membeli rumah untuk pelaburan atau aku panggil House for Investment masih belum tercapai, tapi aku masih punya masa 1 tahun lagi untuk pastikan sasaran ini berjaya. Doakan lah.

Proses beli rumah subsale ini, telah membuka  minda aku untuk mula menyewakan apartment aku di Kajang, yang telah kosong selama 1 tahun (selepas dapat kunci dari pemaju). Sebenarnya aku sayang nak sewakan rumah tersebut, tapi aku tak berhasrat untuk tinggal. Last-last, aku sewakan juga. At least, bayar bulan-bulan aku guna duit sewa.

Satu perkara yang aku patut buat tapi masih tertangguh adalah menunaikan zakat. Moga aku mendapat kekuatan untuk menjalankannya. Amin.

12 December 2012

Takde Masa...

Bila aku tulis topik yang skema, aku tengok tak ramai yang sudi membacanya... tapi jika aku review berkaitan event atau tempat, ramai yang sudi singgah. tapi kadang-kadang kena tulis jugak hal-hal kehidupan nie.

Kali aku nak bincang berkaitan masa. Selalu kita akan dengar rungutan 'aku takde masa nak .....' ... 'tak sempat la, bz sikit la nie'. Itulah kenyataan yang selalu keluar dari mulut kita bila dikaitkan dengan masa. Asyik tak cukup masa sesaja.

Hakikat yang kita perlu sedar berkaitan masa, satu hari ada 24 jam, satu minggu ada 7 hari, satu tahun ada +-365 hari... memang tu je masa yang kita ada, tidak lebih dan tidak juga kurang. 

Salah satu perkara yang penting dan perlu kita uruskan adalah masa, mengurus masa sama seperti kita menguruskan kehidupan kita, nak bangun pukul berapa, nak bertolak pergi opis pukul berapa, nak balik umah pukul berapa dan nak tido pukul berapa... semuanya perlu ditentukan dan diuruskan. Selalunya kita akan berkomproni antara masa dengan aktiviti tersebut, tu yang selalu kita akan merasakan tidak cukup masa.

Dalam buku 'berani kaya', penulis ada menyatakan dalam sebuah kesibukannya beliau berjaya mengatur masanya sendiri.. aturan ini menyebabkan kita akan meletakkan keutamaan yang perkara yang patut diutamakan, mengemudian perkara yang boleh dikemudian atau yang boleh diesokkan.

Eloknya mari kita berdoa agar mempunyai masa. 

07 December 2012

Bil Perkhidmatan Pembetungan

Bil Perkhidmatan Pembetungan atau lebih dikenali sebagai bil IWK adalah salah satu bil utiliti yang perlu kita bayar sebagai pengguna. Tapi selalunya, ramai yang yang ambil tak peduli dengan bil ini sebabnya kita tidak merasa secara sedar bahawa perkhidmatan ini telah disediakan. Sebab itu jugalah ramai yang tertunggak bil ini.

Satu lagi bil ini dikeluarkan setiap 3 bulan sekali, bagi unit apartment kos sebulan adalah sebanyak RM8. Baru-baru ini, aku telah menerima panggilan untuk membayar bil IWK dan jumlah yang telah tertunggak adalah sebanyak RM192. Jika aku bahagikan kepada RM8 bermakna tunggakan aku nie bagi tempoh 24 bulan. 24 bulan nie sama dengan 2 tahun. Wah! lamanya tak bayar.

Bayangkan dah 2 tahun aku tak bayar bil pembetungan, kalau bil eletrik dan bil air rasanya takkan tertunggak sampai 2 tahun. Lagi pun, aku tak terfikir ataupun tak rasa risau pun jika pihak IWK nak potong perkhidmatannya. dan aku pun tak tau sama ada IWK nie beri perkhidmatan atau tidak. 

Mungkin bila telah timbul bau-bauan yang tidak menyenangkan baru aku akan sedar kepentingan perkhidmatan ini. Ataupun bila kita flush, kumbahan tu tak hilang dan duduk bertakung kat toilet kita... baru ada akalkan.

Itulah nasib industri pembetungan kat negara kita. Bila terhantuk baru terngadah. 

19 November 2012

Review Buku Berani Kaya : Pakailah 'baju berani'

Di awal perbincangan di dalam buku Berani Kaya, karya Dr Stapa.. beliau telah memberikan takrifan mengenai kaya. Salah satu masalah yang dihadapi oleh golongan bumiputera adalah sentiasa hidup dalam dunia sendiri yang selesa... kita sebenarnya digalakkan untuk memakai baju berani. 

Keberanian akan dicapai jika kita percaya dengan diri kita dan kita mesti mempunyai kehendak/keinginan untuk mencapai sesuatu. Untuk mendapatkan kepercayaan dalam diri, ianya perlu dibina dengan ilmu, Jadi kata kuncinya adalah belajar.... mulakan dengan mendengar bab kata Einstein, "believe, start, listen."

22 October 2012

Aliran Tunai Positif

Jika anda membeli rumah untuk tujuan pelaburan, pastikan rumah tersebut mempunyai potensi sewaan yang tinggi. Kadar sewa juga perlulah melebihi jumlah ansuran bulanan kepada pihak bank.

Kadar sewa ini merupakan petunjuk yang jelas kepada nilai hartanah yang dibeli. Hakikatnya kadar sewa juga jarang naik atau turun mengikut kitaran ekonomi dunia. Ianya lebih bergantung kepada faktor penawaran dan permintaan sesuatu kawasan.

Sebab itu, kawasan perumahan yang baru siap kadar sewanya rendah. Lama kelamaan, apabila unit-unit kosong untuk disewa semakin berkurangan, kadar sewa semakin meningkat.

28 August 2012

Ragam Pemandu

Seingat aku, sehingga ke saat ini, aku telah memandu di jalan raya hampir 9 tahun. Bermula dengan belajar memandu kancil yang asyik mati-mati, semasa belajar dengan Sekolah Memandu. Kemudian aku mula memandu sendirian dengan kereta sendiri, Proton Iswara. Pengalaman aku memandu iswara nie telah aku tulis dalam entry My Red Iswara

Kita sering mendengar rungutan berkaitan ragam pemandu kereta dalam masyarakat kita, sifat tolak ansur memang takde langsung. Semuanya mahu melepaskan diri masing-masing. Suka jua aku senaraikan ragam pemandu yang aku tak suka, tapi mungkin aku pun buat dalam keadaan terdesak :
  • Mengekori terlalu rapat; aku selalunya akan jadi rimas, dan untuk mengelakkan perasaan rimas nie aku akan bagi laluan je kat kenderaan tu. Ada juga kadang-kadang aku buat selamba je bawa kereta slow.
  • Potong Q; nie selalu jadi masa jammed, memang tak buleh nak buat aper dah. dalam banyak keadaan aku akan bagi je laluan kat kereta yang potong Q nie, dengan harapan nanti bila aku potong Q ada orang yang akan kasi laluan.
  • Bawa kereta perlahan sangat umpamanya bersiar-siar di waktu petang; nie selalu terjadi bagi jalan selorong, memang sakit hati bila kena, nak memotong pun susah, bukan la nak minta bawak laju, tapi biarlah kelajuan yang munasabah.
Dah nama pun ragam, nak tak nak kita layankan aje....

27 July 2012

ELAKKAN DARI DILELONG

Dalam soal pelaburan, jika pandai merebut peluang, pandai menjangka pulangan, pelaburan yang dibuat akan memberi pulangan yang berbaloi. Usahawan hartanah sering menggunakan platform rumah lelong sebagai sumber utama untuk mendapatkan rumah dibawah harga pasaran. Ianya tidak salah, malah sah disisi undang-undang.

Namun, mari kita fikir sejenak, kenapa rumah tersebut dilelong. Pastinya tuan rumah atau owner tidak dengan sukarela membenarkan bank melelong rumahnya. Kemungkinan owner yang gagal membayar ansuran seperti yang telah ditetapkan dalam surat tawaran bank semasa pinjaman yang dipohon diluluskan. Pada masa menandatangani persetujuan surat tawaran tersebut, owner mesti mempunyai keyakinan untuk membayar amaun pinjaman yang diambil dengan pihak bank.

Kegagalan membayar ansuran rumah merupakan penyebab utama bank akan melelong rumah yang telah dibiayainya. Elok juga dilihat, sebab apa owner tidak membayar ansuran rumah yang dibelinya. Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perkara ini sepertinya, tiada kemampuan kewangan, tiada sumber pendapatan dan gagal mengurus kewangan dengan baik. Sikap ambil mudah berkaitan perkara ini, disamping tidak faham dengan situasi meminjam dan gagal membayar boleh menyebabkan rumah dilelong. Suka atau tidak, kita kena mengambil tahu berkaitan perkara ini.  

Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Jika gagal membayar ansuran, eloklah meminta bantuan daripada ahli keluarga, jika ada yang sudi membantulah. Perbincangan secara terbuka dengan pihak bank juga merupakan langkah yang wajar, supaya kita dapat mencari jalan penyelesaian.

Kita sering dimaklumkan bahawa setiap rumah yang dibeli, akan berlaku peningkatan nilai hartanah tersebut. Dalam keadaan kita tidak mampu membayar ansuran yang sepatutnya, tindakan untuk menjual rumah tersebut merupakan satu langkah yang wajar berbanding jika rumah tersebut dilelong. Namun, kena pastikan supaya harga jualan mampu untuk membayar pinjaman yang dibuat.

Umumnya, kita kena mengambil tahu setiap komitmen kewangan kita. Setiap masalah itu perlu diurus selaras dengan menguruskan wang. 

09 July 2012

WANG PERLU DIURUS



Setiap hari kita memerlukan wang. Untuk mendapatkan wang, kita perlu bekerja tidak kira sama ada kerja makan gaji, berniaga, mengambil upah atau melakukan pelbagai bentuk pekerjaaan yang lain. Semua pekerjaan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan wang. 

Hakikatnya, kita menggunakan wang setiap hari, tetapi kebanyakkan kita akan mendapat wang secara bulanan kecuali sebilangan kecil yang mendapat wang setiap hari seperti peniaga. Disini perlunya kita menguruskan wang supaya wang yang diperolehi untuk satu bulan, dibahagikan penggunaannya untuk perbelanjaan setiap hari, dan juga untuk pembelian barang yang mahal seperti rumah dan kenderaan.

Pepatah melayu 'ukur baju dibadan sendiri', boleh kita praktiskan dalam kita mengurus wang. Selalunya bila kita dapat gaji, kita sentiasa berangan-angan untuk membeli segala macam keperluan tak kira makanan dan pakaian. Sepatutnya, kita perlu meletakkan keutamaan dalam menentukan perbelanjaan kita, tentukan jenis barang yang hendak dibeli dan kos yang perlu dibelanjakan.

Berbelanja melebihi kemampuan sebenarnya mengundang masalah dan boleh membawa kemurungan kepada kita. Ini selalu terjadi bila kita membeli mengikut hawa nafsu, tanpa perancangan. Pada peringkat awal, membeli barang adalah satu terapi yang baik kepada minda, tetapi ianya akan memberi tekanan jika kita kehabisan wang untuk meneruskan kelangsungan hidup seperti membeli makanan dan lain-lain barang keperluan.

Ramai dikalangan kita suka menyebut 'kita kena merancang perbelanjaan', tetapi hakikatnya berapa ramai yang benar-benar merancang perbelanjaannya. Aku sendiri suka merancang tetapi perancangan aku hanya tersimpan di minda sahaja. Sebaiknya ianya perlu ditulis, sebab perancangan diminda mudah untuk diubah.

Dalam menguruskan wang, aku akan pastikan setiap gaji akan mempunyai baki untuk simpanan sehinggalah mendapat gaji bagi bulan seterusnya. Untuk aku, ianya berhasil setakat ini tetapi bagi mengelakkan kita terpakai duit tersebut, pindahkan ke dalam satu akaun simpanan yang lain.

Kesimpulanya, kita perlu menguruskan wang melalui pendapatan kita. Menguruskan wang bukan bermakna kita kedekut sampaikan nak beli susu anak pun berkira, tetapi kita perlu mengetahui dan menyenaraikan keutamaan perbelanjaan kita.