Semenjak lagu nie menang Juara Lagu 2012, aku rasa terpanggil untuk komen mengenai lagu ini. Memang masa kali pertama aku dengar lagu nie, aku rasa macam lagu lama, cam irama 70an , tapi sebenarnya ia lagu baru yang dicipta oleh Yuna.
Memang aku respek la ngan Yuna, seorang artis yang mempunyai jiwa yang besar, pandai pula melebarkan sayap seninya. Boleh aku katakan Yuna nie boleh menjadi ikon kepada generasi anak muda masa kini. Kebolehan dan kemampuan sememangnya telah terbukti.
dan aku rasa pasti ada team yang menyokong dibelakang Yuna. Team ini mungkin tidak menonjol dalam media, tapi team inilah yang sebenarnya menjadi tulang belakang kepada kejayaan Yuna. dan kita memang patut mengakui bahawa perlu wujud satu pasukan yang baik untuk membantu dalam memajukan diri.
Terukir di Bintang
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.