Aku tak pernah jual rumah tapi ada kawan yang tanya macam mana nak jual rumah. So sebagai persediaan dan ilmu, aku telah membuat carian di blog yang ada menulis pasal perkara ini dan aku rasa apa yang ditulis oleh blog Benie9699 menarik sebagai panduan umum. Dibawah nie aku pastekan apa yang telah beliau tulis dan aku telah edit sedikit sebanyak :
Utk dapatkan dia punya harga.
1. Fotostat S&P dan salinan geran umah (kalau ada), bawak pelan lantai umah.. scan sekali… scan dan gunakan format PDF… (senang nak emel nanti)
2. Senaraikan sebarang renovation. Contoh, ada pasang wardrobe ke kitchen cabinet ker dll.. tambah dapur ke.
3. Pergi ke mana-mana bank, cari di bahagian pinjaman perumahan.. cakap nak jual rumah tu, mintak diorang value umah tu.
4. Takpun tanya je orang sekitar tu nak jual berapa rumah ni… tanya agen pon buleh.. dia terus boleh tahu berapa harga…. boleh jugak tengok umah2 yg berdekatan & sama jenis, yg nak dijual. survey harga yg orang lain offer nak jual, dari situ pun boleh agak2 dah.
Proses Seterusnya
1. Iklan .. Letak banner kat pintu ke kat pagar ke.. kat tingkap ke… tulis.. FOR SALE.. untuk dijual.. dan letak no phone sekali..
2. View… bila org tepon.. setkan masa untuk jumpa/view rumah tu… jumpa serentak pon boleh kalau ada ramai orang nak tengok…
3. Booking… Kalau dah ada yg minat… mintak mereka bagi booking.. biasa book 2-3% daripada harga rumah.. lepas pembeli bagi booking.. keluarkan resit.. beli je resit kat kedai runcit 2 hengget tu.. tt resit.. 2 2 tandatangan lagi bagus.. atau tulis je atas kertas… saya (nama) mau jual ini rumah kepada (nama & IC) dengan harga … dan (nama) telah membayar deposit dengan harga ….. lepas tu.. ke 2 2 pihak tandatangan.. .
4. Proses Loan .. berikan SNP perjanjian jual beli yang lama.. ic fotosstat.. dan surat mengatakan nak jual rumah tu dengan harga berapa.. untuk pembeli nak masuk loan.. dan nak urusan dengan lawyer.. btau buat loan cepat.. kalau tak deposit hangus… bagi tempoh 2 minggu atau paling lama pon sebulan.. kalau dia datang cakap xjadi beli umah tu.. hanguslah deposit.. kalau dia cakap loan tak lepas… bagi le balik deposit tu.. bukan salah dia pon.. dah bank tak nak bagi loan… tu kena pastikan masa nak ambik booking tu… orang yg layak dan xda masalah sangat dgn bank nih..
5. SNP.. pilih peguam utk draf SNP (perjanjian jual beli).. suruh peguam sediakan… utk snp yg baru ni pembeli yg kene bayar.. buat snp ni bila loan dah lepas.. atau semasa pembeli dalam proses nak dapatkan loan… bila dah puas hati dengan snp tu… set masa dengan pembeli.. utk sama-sama tandatangan agreement snp tu depan lawyer..
6. Down Payment.. semasa tandatangan agreement snp tu… pembeli perlu bayar baki bayaran d/p sebanyak 10%… bila dah tt tu… folo up je dengan lawyer.. dalm 2-3 bulan settle le tu..
7. Tempoh… biasanya kalau rumah freehold.. 2-3 bulan akan settle… kalau tak settle lepas bulan ke 3.. pembeli akan dikenakan caj 8-10% setahun dengan caj daily rate.. banyak gak tu… kalau rumah harga 100k.. sehari lewat.. dekat 30 hengget satu hari… kalau sebulan lewat?.. aku pernah kene.. lewat 8 bulan… hahah.. kali sendiri le..
Tapi bagi rumah leasehold.. dia kan kira tempoh 3 bulan bermula daripada mendapat concern dari pejabat tanah… maknanya kalau 5 bulan baru dapat concern.. tempoh 3 bulan tu start dari hari pertama dapat concern tersebut..
8.. Disburse… lepas dah selesai semua proses tu… tunggu je le duit balance dari bank.. banyak tu… duit baki harga jualan tolak dengan down payment tolak dengan baki hutang… sebab rumah akan naik harga.. kita bayar bulanan kat bank… hutang dah makin kecik.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.