23 January 2013

Quality Time

Aku suka bercakap soal kualiti, ramai orang yang suka bercakap soal kualiti. Ramai juga yang mementingkan kualiti. Contohnya, kualiti kerja dan kualiti produk.

Tak lari juga bila kita menyebut 'kualiti masa' atau 'masa yang berkualiti'. Bagi mendapatkan masa yang berkualiti, ia berkaitan dengan penjadualan atau penyusunan masa yang dibuat dalam satu hari atau dalam satu minggu. 

Masa yang berkualiti sebenarnya merujuk kepada kemampuan kita memperuntukkan masa yang tepat bagi menghasilkan sesuatu kerja. Contohnya, penyediaan kertas kerja. Jika kita merancang dengan baik dari segi timeline, disusun dan dibincang mengikut aturan, kertas kerja yang dihasilkan akan berkualiti. Ini bermakna kita juga telah menggunakan masa dengan berkualiti, dimana kita tak perlu memperuntukkan banyak masa untuk menyiapkan kertas kerja tersebut.

Seeloknya, untuk mendapat masa yang berkualiti kita perlu tetapkan tempoh yang sesuai bagi menyiapkan tugasan tersebut. Mungkin akan berlaku adjustment diakhir tempoh yang diperuntukkan, tetapi ianya bertujuan untuk mengekalkan kualiti kerja. 

3 comments:

  1. masalah saya adalah memang suka sangat buat last minute. Lepas tu pening la sorang2 kelam kabut.. hohoho... harap dapat la berubah..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan berubah. Jadi la diri sendiri. Last minute, make perfect.

      Delete

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.