Bukan setiap hari kita ada idea nak menulis. Kadang kita akan rasa kosong, tak tau apa yang nak ditulis. Sesetengah orang esp. blogger mempunyai keselesaan untuk berkongsi kisah kehidupannya, tapi tidak bagi aku.
Aku lebih selesa berkongsi pengalaman. Apa bezanya dengan berkongsi kisah kehidupan. Ikut kefahaman aku, pengalaman dan kisah kehidupan menjurus kepada perkara yang sama, yang membezakannya adalah perinciannya dan ilmu yang hendak kita sampaikan. Tamat.
Tesco atau Tesco Extra, sangat dikenali. Sapa tak kenal, memang duduk dalam hutan agaknya. Tesco adalah merupakan sebuah hypermarket. Di kawasan lembah klang, hampir semua bandar-bandar utama mempunyai cawangan Tesconya sendiri. Kalau dulu masa nak beli rumah, selalunya pemaju akan highlight hypermarket yang terdekat sebagai extra point kepada pembeli. Tapi sekarang, hypermarket pula yang dibina dikawasan yang telah lama dibangunkan. Dulu kita cari depa, la nie depa cari kita.
Minggu lepas aku telah pergi membeli barang keperluan di Tesco Extra Puchong, barang keperluan ini untuk aku bawa balik kampung untuk Mak aku. Aku selalunya alternate antara Tesco, Giant dan Mymydin. Sengaja, boring kalau stick kat satu je.
Nak jadi cerita, aku pun masuk kawasan beras dalam TESCO. Memang banyak pilihan beras yang ada dengan kepelbagaian harga. Pendek kata, tepuk dada tanya poket. Semua jenama ada, faiza, jati, rambutan, udang dan macam-macam lagi. dan aku telah bersetuju untuk beli beras cap rambutan (5% hancur), kategori beras siam. Sebabnya pembantu jualannya sibuk kempen suruh ambik, murah daripada biasa... dia cakap biasa depa jual RM35++, kali ni offer depa kasi RM24.88. Apa lagi, aku pun rasa harganya memang murah daripada biasa. Dah beli, angkat masuk troli dan pusing-pusing beli barangan lain.
Setelah selesai, beratur dan bayar barang yang dipilih dikaunter pembayaran, aku pun semak resit. Untuk double check harga barang yang telah aku bayar, tak banyak barang dibeli, dalam 10++ barang je.
Dan aku perasan harga beras yang dikenakan adalah sebanyak RM27.88. Eh, beza pulak dengan harga yang pembantu jualan tu bagi tau tadi masa kat dalam. Apa lagi aku pun bergegas ke Kaunter Perkhidmatan, dan aku ceritakan situasi berkaitan perbezaan harga antara yang dipamerkan di dalam dengan yang dicetak di dalam resit.
Petugas kaunter tu pun ambik resit, dan masuk ke dalam kawasan jualan Tesco. Aku tunggu kat kaunter tu je. lepas kurang 5-7 minit, petugas tu datang balik, dah menyerahkan duit kepada aku sebanyak RM4. Tapi yang tak bestnya, petugas tu langsung tak cakap apa-apa, mula-mula check kat dalam, balik, tekan-tekan mesin pengira dan pulangkan duit aku. Langsung tak bagi penjelasan apa yang berlaku, cumanya aku faham la yang Tesco telah tersalah harga antara kat dalam dengan sistem di kaunter bayaran.
Hak aku sebagai pengguna telah aku tunaikan, hak Tesco untuk membetulkan keadaan juga telah berlaku. Cuma ada beberapa pemerhatian yang aku rasa perlu dibuat ;
- Eloknya petugas kaunter tu berikan sedikit penjelasan kepada customer, tak elok biar customer buat tafsiran sendiri.
- Tesco perlu mengemaskini sistem dengan cepat antara harga yang dipamerkan dengan harga yang dimasukan dalam sistem adalah sama (yang ditag menggunakan bar kod).
Mungkin nasib aku baik sebab aku ingat harga yang dipamerkan dan perbezaan ini boleh dilaporkan. Tapi bagaimana dengan orang lain, yang beli banyak barang, penuh troli kadang-kadang tak perasan perbezaan antara harga yang dipamerkan dengan yang dicaj.
Nasihat aku kepada pembaca, jika shopping di hypermarket, pastikan anda bandingkan harga yang dipamer dengan harga yang dikenakan. Walau pun seringgit dua tapi ianya penting untuk pastikan pihak hypermarket prihatin dengan pengguna.
serupa juga dengan petrol station tuan. Stesen Minyak Presint 16 Putrajaya. Harga pada air mineral lain, bila scan lain. Maybe tak sengaja @ salah satu cara nak untung
ReplyDelete