Kali nie aku nak menulis berkaitan pemerhatian aku kepada penayangan drama melayu. Tapi jangan kata tak macho kalau tengok drama melayu, aku pun layan suka-suka je. Memang aku follow setiap siri yang ditayangkan, tapi tidaklah terikat untuk menonton sampai takut nak terlepas tayangan.
Yang selalu aku tonton adalah siri Akasia, kat TV3. Akhir-akhir ini drama yang disiarkan banyak berdasarkan novel. Jika drama ini diadaptasi daripada novel, jalan ceritanya lebih kemas dan menarik. Tetapi, Aku tak pernah la baca novel yang diadaptasi, jadi aku tak boleh nak bandingkan sama ada jalan cerita yang didramakan sama atau tidak dengan novel. Namun, bukan semua drama yang diadaptasi akan sama 100% seperti yang ditulis di dalam novel. Penulis skrip pasti akan mengolah skrip mengikut kesesuaian untuk dilakonkan.
Apabila cerita drama berdasarkan novel, tema cinta agak dominan yang sering kita tonton. Ada yang cinta terhalang oleh keluarga, cinta terhalang disebabkan darjat dan macam-macam lagi. Dan satu aspek yang aku susah nak terima dalam kebanyakan drama adalah aspek kebetulan yang sangat kebetulan.
Contohnya, adegan terserempak dengan anak orang kaya, mula-mula nak minta tolong, pastu jadi couple, mula timbul perasaan tak puas hati pihak ketiga, yang menyimpan dendam. Belum masuk bab terserempak kat pasar raya, konon-konon baru balik kerja, tup-tup ternampak bekas awek yang dah kawin, sedang bergaduh dengan suaminya. Apalagi dia la jadi hero yang menolong.
Satu lagi, setiap drama mesti ada satu watak perempuan yang menjengkelkan, cinta dan sayang sangat-sangat dengan seorang jejaka, yang telah jatuh hati dengan orang lain, selalunya dengan heroin. Dia punya cinta sampai sanggup buat apa saja, ada yang sampai sanggup upah pembunuh, kira dah sampai tahap obses, yang akhirnya insaf.
Ini bukan bertujuan untuk merendahkan kualiti drama melayu, hakikatnya drama adalah gambaran kehidupan masyarakat kita. Ia dihasilkan untuk memberi hiburan, disamping menyelitkan nilai - nilai murni dan menunjukan sifat-sifat yang tidak patut kita contohi. Tetapi penceritaan yang lebih kemas, susunan plot yang meyakinkan, kurangkan elemen kebetulan dalam cerita, pada pandangan saya akan memberikan mutu yang baik dalam drama melayu yang dihasilkan.
"...kebetulan yang sangat kebetulan..." Sgt la setuju!
ReplyDelete