Ramai orang kata kalau takde duit, nanti hidup susah. Tapi ada juga yang kata, boleh hidup tanpa wang.
Ada yang kata, kalau nak duit kena bekerja. tapi kalau kerja makan gaji tak boleh kaya. Nak kaya kena berniaga. Nak berniaga kena ada modal. Kat mana nak cari modal? Kena la bekerja, takpun buat pinjaman dengan bank.
Itu pusing-pusing bila kita bercakap soal duit. tu belum masuk bab nak mencapai kebebasan kewangan. Apa maksud kebebasan kewangan? bagi aku ianya lebih kepada keadaan dimana duit bukan lagi menjadi menyumbang masalah kepada kehidupan kita. sebut aje nak buat apa, duit takde masalah.
Takpun kebebasan kewangan merujuk kepada keadaan dimana anda tidak perlu bekerja tetapi dapat gaji setiap bulan. Dah macam orang dapat pencen setiap bulan la kan. Tapi nak tungu pencen, kita pun dah tua, badan pun selalu tak sihat, tenaga pun makin berkurang. Jadi jika nak dapat kebebasan kewangan di usia muda, kena la ada planning. Kena la bersusah dahulu, bersenang kemudian. beli rumah banyak masa muda, kemudian sewa. pastikan penyewaan ini diuruskan dengan betul.
Semua nie perlu diselarikan dengan Ilmu celik ringgit. Celik ringgit ini adalah keadaan bagaimana kita nak dapat duit lebih dan keadaan bagaimana kita nak menguruskan duit yang ada, supaya menjana duit tersebut menjadi lebih banyak.
zaman skng mmg duit sahaja matawangnya
ReplyDelete