Ini merupakan salah satu perkara yang telah dinyatakan dalam buku Rich Dad Poor Dad. Aku pun agak sukar untuk bersetuju dengan penulis buku ini, tetapi something yang boleh kita fikirkan kebenarannya. Mungkin latar di US menyebabkan banyak cukai dan kos yang yang berterusan jika kita memilik rumah di sana.
Tapi di Malaysia, ramai pihak yang berpendapat rumah merupakan aset. Tapi sama ada sedar atau tidak, dengan membeli rumah kita akan berhutang untuk tempoh yang sangat panjang, paling pendek pun mungkin 20 tahun, ada yang sampai 35 tahun mahupun 40 tahun. Sudahnya tempoh bayarannya lama, jumlah ansurannya juga tinggi. Ambil sahaja, contohnya bagi rumah yang berharga RM280,000. Tak lari ansuran bulanan melebih RM1000. Maknanya kita kena memperuntukan sebanyak RM1k daripada pendapatan kita untuk membayar ansuran rumah.
Selain itu juga, dengan memiliki rumah, pastinya kita akan membeli kelengkapan rumah seperti perabot, peralatan elektrik dan pelbagai lagi untuk keselesaan kita. Ada yang sampai meminjam untuk membeli kelengkapan rumah. Inilah yang menyebabkan perbelanjaan harian kita menjadi semakin meningkat.
Mungkin ada benarnya, pembelian rumah boleh menjadi liabiliti kepada kita, terutamanya jika pembelian tersebut bertujuan untuk kita diami. Namun, ianya akan berubah menjadi aset apabila rumah tersebut kita sewakan. Ansuran bulanan telah ditanggung oleh kadar sewaan yang kita kenakan. Anda setuju?.
setuju!
ReplyDeleteTerima kasih sebab setuju.
DeleteKesimpulannya.. rumah yang dibeli untuk didiami adalah liabiliti. rumah yang dibeli untuk disewakan atau dijual semula seeepas harga meningkat adalah aset.... setuju dengan pendapat ni. ramai org sentiasa anggap rumah = aset...
ReplyDeletekalau begitu dari sudut pelaburan mana yang lebih baik. beli rumah atau melabur dalam asb? harap ada yang sudi berkongsi pendapat...
Kedua-dua pelaburan ini dijangka memberi pulangan yang baik, cuma bezanya, ASB lebih berkonsepkan melabur sambil menyimpan. Hartanah pula berkonsepkan menguruskan harta. Dua ada kelebihan, tepuk dada tanya selera.
Delete