Aku masih dalam proses membaca buku Rich Dad, Poor Dad. Buku ini dilaporkan salah satu buku yang mendapat jualan tertinggi. Cumannya, yang aku beli adalah buku terjemahannya dalam Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh PTS.
Maybe ada yang skeptikal bila kita baca buku terjemahannya aje, takut maksud asalnya tak sampai. Aku tak nak komen sangat bab itu. Sebabnya setakat 1/3 buku telah aku berjaya baca, ada banyak pandangan atau ilmu baru yang aku perolehi melalui buku ini, topik utama dalam buku ini akan berkaitan dengan 'menguruskan wang'.
Eloklah kita berfikir sejenak, sama ada kita masuk golongan yang mane, bekerja untuk wang atau wang yang bekerja untuk kita. Dua perkara ini nampak sama, tapi mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Golongan miskin dan golongan pertengahan selalunya dikelompok 'bekerja untuk wang', mana hanya orang kaya sahaja yang berada dalam keadaan wang bekerja untuknya.
Satu lagi berkaitan, perbezaan aset dan liabiliti. Ramai antara kita selalunya faham maksud dua perkataan ini, tetapi kita lebih suka membelanjakan wang ke arah liabiliti.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.