27 July 2012

ELAKKAN DARI DILELONG

Dalam soal pelaburan, jika pandai merebut peluang, pandai menjangka pulangan, pelaburan yang dibuat akan memberi pulangan yang berbaloi. Usahawan hartanah sering menggunakan platform rumah lelong sebagai sumber utama untuk mendapatkan rumah dibawah harga pasaran. Ianya tidak salah, malah sah disisi undang-undang.

Namun, mari kita fikir sejenak, kenapa rumah tersebut dilelong. Pastinya tuan rumah atau owner tidak dengan sukarela membenarkan bank melelong rumahnya. Kemungkinan owner yang gagal membayar ansuran seperti yang telah ditetapkan dalam surat tawaran bank semasa pinjaman yang dipohon diluluskan. Pada masa menandatangani persetujuan surat tawaran tersebut, owner mesti mempunyai keyakinan untuk membayar amaun pinjaman yang diambil dengan pihak bank.

Kegagalan membayar ansuran rumah merupakan penyebab utama bank akan melelong rumah yang telah dibiayainya. Elok juga dilihat, sebab apa owner tidak membayar ansuran rumah yang dibelinya. Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perkara ini sepertinya, tiada kemampuan kewangan, tiada sumber pendapatan dan gagal mengurus kewangan dengan baik. Sikap ambil mudah berkaitan perkara ini, disamping tidak faham dengan situasi meminjam dan gagal membayar boleh menyebabkan rumah dilelong. Suka atau tidak, kita kena mengambil tahu berkaitan perkara ini.  

Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Jika gagal membayar ansuran, eloklah meminta bantuan daripada ahli keluarga, jika ada yang sudi membantulah. Perbincangan secara terbuka dengan pihak bank juga merupakan langkah yang wajar, supaya kita dapat mencari jalan penyelesaian.

Kita sering dimaklumkan bahawa setiap rumah yang dibeli, akan berlaku peningkatan nilai hartanah tersebut. Dalam keadaan kita tidak mampu membayar ansuran yang sepatutnya, tindakan untuk menjual rumah tersebut merupakan satu langkah yang wajar berbanding jika rumah tersebut dilelong. Namun, kena pastikan supaya harga jualan mampu untuk membayar pinjaman yang dibuat.

Umumnya, kita kena mengambil tahu setiap komitmen kewangan kita. Setiap masalah itu perlu diurus selaras dengan menguruskan wang. 

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.