Bagi memulakan sebuah kehidupan baru, keperluan rumah merupakan hakikat yang penting yang perlu kita fikirkan. Kita mempunyai beberapa pilihan dalam menentu rumah yang hendak didiami sama ada menyewa, menumpang rumah saudara dan sebagainya.
Selalunya ramai yang akan mengambil keputusan untuk menyewa rumah, kalau tidak masakan industri rumah sewa berkembang biak terutamanya di kawasan lembah klang. Sampaikan ada yang memiliki sebanyak 10 buah rumah yang dibeli dengan tujuan pelaburan atau dengan kata untuk disewa. Bukan isu banyak memiliki rumah yang perlu dibincangkan tetapi persoalannya kenapa ramai yang suka menyewa? Kenapa tak beli aje rumah kat kawasan tersebut.
Soalan ini akan dijawab dengan 101 jawapan, seperti owner tak nak jual rumah, tak mampu nak bayar 10%, tak tau nak beli rumah kat maner. Ada juga yang akan cakap, ingat nak beli rumah landed, tapi rumah landed mahal sangat. Ye la kan, rumah landed nie boleh nak tanam cili burung, kunyit dan halia. Last-last, ada juga yang cakap nak beli rumah kat kampung sebab murah sikit, nanti dah pencen boleh la balik kampung, buat masa sekarang menyewa je la dulu.
Bercakap pasal untuk memiliki rumah ini sebenar perlu ada ilmu dan perlu kesedaran. Ramai orang kita yang memilih untuk hidup menyewa walaupun untuk tempoh berpuluh-puluh tahun. Mereka tidak terasa rugi dengan belanja sewa yang dikenakan sebabnya mereka dapat tinggal dalam rumah tersebut. Pastinya ada yang teringin nak beli rumah dan duduk rumah sendiri, tapi MESTI beli rumah yang baru yang telah siap atau rumah yang sedang dalam pembinaan, walaupun location wise tak sesuai, agak jauh dari tempat kerja. Banyak lagi alasan yang boleh kita temui.
Disini, aku suka berkongsi satu senario;
... Mahir Zin baru berkahwin dan telah menyewa sebuah apartment dengan sewa RM550 sebulan. Beliau dan isterinya, keduanya bekerja makan gaji dengan pendapatan yang sederhana, lebih kurang RM5,000. Kehidupan mereka ok, takde masalah.
... Joey juga baru berkahwin. Beliau telah membeli sebuah apartment second hand dengan harga RM80,000. Beliau perlu membayar ansuran lebih kurang RM500 bagi rumah tersebut. Kehidupan mereka ok, takde masalah.
Persamaannya, Mahir Zin dan Joey hidup bahagia dengan isteri masing-masing dan perlu membayar lebih kurang RM500 sebulan untuk bayaran rumah. Tapi Mahir Zin membayar sewa rumah untuk satu tempoh masa, 5 tahun mungkin, tapi rumah tersebut tidak menjadi miliknya. Bayaran dalam tempoh 5 tahun sebanyak RM33,000 habis begitu sahaja, apa yang diperolehi adalah Perkhidmatan Rumah Sewa. Tidak bagi Joey, beliau membayar ansuran ke atas rumah yang akan menjadi miliknya. Dalam tempoh 5 tahun, jumlah bayaran ansuran terkumpul adalah RM30,000. Joey telah mendekatkan dengan pemilikan ke atas rumah tersebut dengan membayar ansuran hutang bank. Joey juga berpeluang untuk mendapatkan kembali tunai yang dikeluarkan sebanyak RM30,000 tersebut jika beliau menjual apartment tersebut, kerana harga rumah sentiasa akan meningkat.
Senario ini dicipta untuk kita berfikir sesuatu, dan wajarkah untuk kita menyewa?
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.