Aaron bercadang untuk membeli sebuah rumah subsale. Rumah telah dikenalpasti, dan pemilik rumah ingin menjual rumah dengan menggunakan khidmat ejen hartanah. Pada awalnya semua macam ok.. rumah pun Aaron berkenan.
Bila Aaron ckp "ok" je, terus agen tu cakap, Aaron kene gunakan lawyer dia, lawyer agen tu la. Condition yang agen tu bagi :
if guna lawyer dia : just bayar RM500 utk booking
if tak guna lawyer dia : Aaron kena bayar RM3000 untuk kos agen. Aaron ingatkan owner yang kene bayar kos agen tu.
...... or mungkin agen tu tau Aaron macam takde experience and dia cuba nak kenakan Aaron... bole anda tolong nasihatkan Aaron?
Pandangan
Inilah dilema bagi membeli rumah subsale. Perasaan curiga akan sentiasa mengelilingi kita. Bukan ape, sebabnya kita takut ditipu hidup-hidupkan. Ni cabaran sebenarnya yang suka atau tidak kita kena hadapi.
Pertama, Aaron kena tau sama ada agen tersebut sah atau tidak. Biasanya agen yang sah akan memperkenalkan diri beliau daripada syarikat mane, dan akan kemukakan bisnes kadnya sebagai bukti.
Kedua, memahami urusan booking rumah tersebut. Aaron kena tanya kepada agen berapa yang perlu dibayar untuk booking rumah tersebut. Selalunya agen yang sah akan minta 3% atau kurang daripada harga jualan/belian rumah tersebut.
Disini timbul kekeliruan disebabkan ejen meletak syarat dan kesan atas syarat tersebut. Namun yang paling penting, adakah jumlah yang dibayar termasuk dalam harga jualan atau tidak. Jika masuk, takder masalah. Jika tidak masuk, kena tanya kenapa? sebabnya kos ejen memang berdasarkan maksimum 3% dari harga jualan dan termasuk dalam harga jualan (yang sepatutnya ditanggung oleh penjual).
Ketiga, masalah pelantikan lawyer sama ada nak juga lawyer ejen atau lawyer sendiri. Selalunya pembeli tidak terikat untuk melantik lawyer ejen, tapi ada juga kebaikan menggunakan lawyer ejen nie sebab lawyer tersebut pastinya telah maklum berkaitan hartanah yang akan diuruskannya. Perbezaan harga booking antara RM500 dengan RM3000 perlu difahami dahulu maksudnya, sebelum kita bersetuju nak melantik lawyer ejen atau lawyer sendiri.
.... ini cuma pandangan, setiap kita pasti punya pandangan sendiri.
contoh nama tak boleh blah, aaron... hahaha
ReplyDeletetapi good input...! =)