24 January 2014

Update Buku ASB

Masuk bulan Januari, telah menjadi kebiasaan, atau boleh dikatakan telah menjadi keseronokan ramai orang untuk mengemaskini buku ASB. Bukan nak keluarkan pun, cuma nak melihat dengan mata sendiri jumlah dividen yang diperolehi, dan jumlah duit terkini dalam akaun tersebut. Satu kepuasan peribadi dan motivasi untuk terus menabung.

Aku pun termasuk dalam golongan tersebut. Urusan ini telah aku laksanakan di Pejabat ASNB di Putrajaya. Nasihat aku, anda perlu mempunyai daya kesabaran yang tinggi semasa berurusan di sini. Pada pemerhatian aku, mutu perkhidmatan yang diberikan lambat. Jika lambat disebabkan ramai pelanggan, mungkin kita boleh terima. Tetapi jika pelanggan pun dalam keadaan yang tidak ramai, akan jadi ramai disebabkan servis yang lembab, akhirnya tempoh menunggu pun akan menjadi semakin lama. Satu lagi, memang menguji kesabaran bila kita melihat kaunter yang dibuka pun sikit. Ada pulak kaunter dimana petugasnya sekejap buka untuk satu dua pelanggan, kemudian tutup/tangguh. Fokus kakitangan kaunter untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan memang sangat kurang, mereka menjalankan tugas mengikut keselesaan mereka tanpa memikirkan kegelisahan pelanggan yang menunggu. Mungkin lain orang, lain pengalamannya. Pengurusan ASNB perlu meningkatkan perkhidmatan kaunternya, terutama semasa awal tahun, dimana ramai yang akan datang untuk kemaskini buku. 

Satu lagi, anda tidak boleh mengemaskini buku ASB orang lain, waima pasangan anda sendiri. Ini selaras dengan arahan Bank Negara berkaitan dengan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Aku pun tak sedar dan tak tahu langsung mengenai perkara ini. Rupanya perkara ini memang ada dimaklumkan dalam Laman Web http://www.asnb.com.my/. Suka juga untuk aku lampirkan pengumuman tersebut : 


Borang Kebenaran Wakil boleh didownload dalam laman wen tersebut. Bentuk borang tersebut adalah seperti berikut : 

Borang nie ditunjukkan separuh je,
ada lagi bahagian di bawahnya. 


Apapun, sememangnya ASB menjadi wadah tabungan kepada ramai bumiputera. Walaupun ada yang urusan keluar masuknya kerap, tetapi hasrat untuk menabung tu perlu kita kekalkan. 

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.