Hari ini hari kedua tahun 2014. Anda ada merasakan sebarang perbezaan? Pastinya keadaan masih sama, cuma usia kita yang akan menginjak bertambah satu tahun lagi, apa maknanya? Maknanya kita semakin tua. Situasi ini hanya terpakai kepada anda yang telah melangkaui usia 25 tahun. Bagi yang dibawah usia 25 tahun, perubahan tahun bermakna anda semakin dewasa. Inilah yang aku gelarkan 'sudut pandang'. Perkara yang sama tetapi pandanganya yang berbeza.
2 tahun yang berlalu, aku lebih kepada membincangkan soal hartanah. Banyak juga soalan yang diajukan, mana yang termampu telah aku jawab sebaiknya. Banyak orang menjangkakan tahun 2014, kos sara hidup akan semakin meningkat. Jika dilihat dengan mata kasar, memang aku sendiri mengakui kos perbelanjaan akan semakin meningkat. Dijangkakan juga, banyak barang-barang yang akan naik harga, termasuklah rumah-rumah baru. Target aku untuk membeli sebuah lagi rumah pada tahun 2013, tidak tercapai disebabkan susah untuk mendapatkan rumah yang mengikut kriteria yang aku tetapkan.
Faktor besar yang mempengaruhi keputusan aku adalah harga rumah yang semakin mahal, mendapatkan kelulusan pinjaman dan kemampuan untuk membayar balik pinjaman. Oleh demikian, aku tetapkan untuk terus kekal dalam situasi sekarang. Tapi jika ada peluang depan, aku tak lepaskan.
Bercakap soal kos sara hidup yang semakin meningkat, bagi aku kita perlu membuat persediaan awal. Tidak salah untuk menzahirkan perasaan tidak puas hati, tetapi jangan lah sepanjang masa bercakap soal itu, ibaratnya kita nie asyik nak meletakkan kesalahan pada orang lain sahaja. Dalam soal ini, suka aku menekankan konsep, 'wang itu bukan untuk dibelanjakan, tetapi wang itu perlu diuruskan'. Sebabnya jika kita membelanjakan wang yang kita perolehi, tanpa pengurusan dan auditan, nescaya wang tersebut akan habis tanpa kita sedar. Pengurusan dan auditan itu merujuk kepada persoalan apa perlunya kita membelanjakan wang tersebut? Jika kita tidak membelanjakannya, apakah kesannya kepada kehidupan seharian kita? Adakah kita akan merasa rugi, tidak selesa ataupun hutang kita akan semakin meningkat. Hasil jawapan kepada persoalan ini, insyallah ianya akan membantu anda menentukan tindakan manakah yang terbaik.
Dalam kehidupan ini kita sentiasa mempunyai pilihan. Isunya, pilihan manakah yang terbaik untuk kita. Sebabnya bukan semua pilihan yang terbaik, merupakan pilihan yang sesuai dengan kehendak kita. Disini pentingnya untuk kita mengimbangi antara pilihan yang terbaik dengan kehendak kita. Pendek kata, tepuk dada tanya iman.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.