Bila anda perlu berurusan dengan Klinik Kerajaan, apa yang terbayang di minda sanubari anda. Pastinya anda membayangkan satu perkhidmatan yang teruk, lembab dan merimaskan. Berbeza pandangan jika anda berurusan di Klinik-klinik swasta. Tapi sedarkah anda bahawa Kerajaan sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkhidmatan kesihatan terutamanya di Klinik Kesihatan Kerajaan.
Bagi aku, prosedur yang diamalkan di klinik kesihatan memang telah baik. Mereka menggunakan konsep nombor, konsep tempahan dan pembahagian mengikut kumpulan sasaran. Tetapi masalah utama yang perlu dihadapi adalah bilangan pelanggan yang terlalu ramai. Terutamanya di lokasi padat penduduk seperti Klinik Kesihatan Batu 14, Puchong. Mungkin ianya melebihi kapasiti klinik kesihatan itu sendiri. Tetapi setakat ini aku tak pernah dengar lagi, kakitangan klinik kesihatan menghalang orang ramai untuk mendapatkan rawatan, melainkan sekiranya tempat tinggal mereka di luar kawasan liputan klinik tersebut. Itu pun, pasti mereka menasihatkan pesakit tersebut ke klinik kesihatan yang sepatutnya.
Berpengalaman menemani temujanji isteri di klinik tersebut, satu perkara baik yang aku aku nampak, walaupun orang ramai, tetapi masing-masing menunggu dengan sabar, walaupun ada yang nampak resah dan gelisah. Takde pun pula kedengaran mereka yang tidak puas hati, sebab lambat mendapat layanan.
Mungkin faktor, memang menjadi pilihan sendiri, semua orang nampaknya bersabar. Ye la, mana yang tak sabar, mungkin akan mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik yang lain.
Ataupun, kos rawatan yang rendah juga menjadi faktor. Aku tak pasti bayaran yang dikenakan, tapi kalau rawatan ibu mengandung rasaya percuma.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.