09 September 2013

Minat Membaca Surat Khabar

Aku tak pasti orang lain, tapi yang pasti aku sangat menyukai membaca surat khabar. Minat ini hadir dengan sendirinya, seawal aku belajar di sekolah rendah. Ketika itu, tumpuan aku sebenarnya lebih terarah untuk mengetahui  perkembangan sukan dalam negara. Kiranya aku suka bermula membaca dari muka surat belakang dahulu. Isu-isu nasional juga dibaca tetapi pada masa itu ianya agak kurang menarik minat aku. Ye la, budak-budak dunianya kan  kecil je. Mana nak paham isu yang dunia lagi. 

Nak dijadikan satu cerita, disebabkan kesukaan aku membaca suratkhabar menyebabkan aku rapat dengan seorang pakcik di kampung aku dulu. Puncanya, pakcik ini pasti akan membeli surat setiap hari, aku nie menumpang baca la. Ada la hari-hari tertentu yang aku tak pergi. Ianya  merupakan satu kenangan kepada aku, dan tindakan ini aku rasa isedikit sebanyak telah menjadikan sebagai seorang anak kampung, yang sentiasa mengetahui isu-isu diluar. Bak kata orang, tidak la menjadi katak dibawah tempurung. Aku juga sentiasa berasa sangat berhutang budi dengan pakcik  tu sebab dia kasi aku tumpang baca suratkhabarnya. 

Nikmat suka membaca surat khabar ini telah aku bawa sehingga ke sekolah menengah, universiti dan alam pekerjaan. Sama ada secara sedar atau tidak, ianya sangat membantu anda untuk menjadi seorang yang update dengan isu-isu semasa. 

Walaupun sekarang, bahan bacaan tidak terhad kepada membaca suratkhabar, tetapi nikmat membaca surat khabar sebagai medium pengetahuan yang utama sukar untuk dijelaskan. Membaca surat khabar secara fizikal lebih memberikan kepuasan berbanding membacanya diatas talian. Budaya suka membaca suratkhabar perlu diteruskan untuk generasi yang akan datang.

 

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.