Sengaja aku melontarkan persoalan itu. Sudah pasti anda mempunyai jawapannya. Suka juga untuk aku mengulas mengenai perkara ini. Sebabnya kita sering dimomokkan dengan keperluan untuk berubah. Berubah kepada perkara yang positif.
Dan pada akhir-akhir ini, kita sering mendengar kenyataan berkenaan transformasi. Seperti transformasi politik, transformasi kerajaan dan pelbagai lagi. Hakikatnya berubah atau transformasi merupakan elemen yang sama. Cuma jika kita sebut berubah atau perubahan, mungkin perlukan lebih penjelasan dari segi konteksnya. Tidak pula jika menyebut transformasi. Seolah-olah perkataan transformasi mewakili segala-galanya dalam bentuk perubahan.
Ya, transformasi ini mudah disebut tetapi memerlukan keazaman untuk melaksanakan. Setiap perubahan yang berlaku, kita akan menempuh perkara-perkara baru. Pastinya kita mengambil masa untuk mengadaptasi perkara baru tersebut supaya kita diterima didalamnya. Ianya satu cabaran sebenarnya. Tetapi jika tidak berubah, pastinya kita akan kekal di takuk yang lama. Ayuh, berubahlah.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.