Kali pertama aku membaca statement ini semasa aku membaca buku tulisan Ustaz Hasrizal Jamil, bertajuk Secangkir Teh, Pengubat Letih. Namun pada masa itu, aku sekadar membaca kenyataan ini tanpa mampu menghayati maksud sebenar disebaliknya.
Kemudian, aku terbaca kenyataan yang hampir sama, iaitu Nikmat Hidup Dalam Memberi, dalam buku tulisan Saudara Nazali Noor, buku bertajuk Ulu Yam Di Liverpool.
Dalam buku Bersyukur Saat Diuji, tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim, turut ada menyebut hasrat yang lebih kurang sama, penggunaan perkataan sahaja yang berbeza.
Nampaknya, aku telah menangkap sesuatu maksud disini, hasil daripada 3 buku yang aku baca, konsep 'Memberi' ini mempunyai keistimewaannya sendiri.
Mungkin anda juga biasa mendengar, para ilmuan agama yang menekankan keperluan kita untuk bersedekah. Mengikut pemahaman aku sendiri, memberi atau bersedekah adalah satu perbuatan yang sama. Niatnya baik, tujuannya baik dan pengamal juga akan turut mendapatkan kebaikan. Dan aku juga percaya, anda juga pasti mengetahui akan perkara ini. Tetapi sejauh mana kita mampu melaksanakannya.
Disini suka untuk aku nyatakan memberi ini bukan sekadar menghulurkan wang ringgit kepada orang lain, ruang lingkup adalah lebih luas. Yang mudahnya, memanglah dengan menghulurkan wang ringgit, tetapi bagaimana jika kita tak mempunyai kemampuan.
Kita boleh memberi bantuan tenaga empat kerat, bantuan suara, bantuan buah fikiran, bantuan kenalan, dan berbagai-bagai lagi. Tetapi semua ini akan kembali kepada persoalan sama ada anda nak memberi atau tidak.
Jika anda mengetahui 'rasanya' dalam erti hidup pada memberi, cuba anda laksanakan satu pemberian.
rajinnyer bace buku...ingtkan bace buku project management jek! hahaha
ReplyDelete