AES atau nama penuh Sistem Penguatkuasaan Automatik merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh JPJ bagi menguatkuasakan undang-undang berkaitan pemandu yang melebih had laju yang ditetapkan.
Selalu disebut, tujuan AES ini adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Tapi adakah kita yakin bahawa AES ini akan mengurangkan kes kemalangan. Aku tak pernah lagi dapat saman yang dibuat oleh AES tapi media utama sering menyatakan pelaksanaan AES akan memberi kesan yang baik kepada pengguna jalan raya.
Hakikatnya kita rakyat malaysia tidak selesa dan tidak suka apabila yang menghukum kita adalah mesin atau sistem komputer. Sebabnya sistem ini akan menghukum berdasarkan logik yang telah direka dan ditetapkan oleh manusia. Kita takut sistem ini akan dimanipulasi atau ketepatannya tidak menyakinkan. Kita juga tidak tahu berapa ianya akan dapat berfungsi dengan baik.
Rasanya kita tiada masalah jika yang mengeluarkan saman itu adalah Polis atau JPJ sendiri. Akhirnya, pengguna jalan raya tetap akan membayar saman walaupun saman tersebut dikesan menggunakan AES tetapi bagi saya, kita tidak akan rasa gembira dengan keadaan ini.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.