10 May 2012

PELENGKAP KEPADA SEBUAH KEHIDUPAN

Sejak kecil lagi kita telah ditanam supaya membina dan mencari sebuah kehidupan yang selesa, baik dan aman. Dikelilingi dengan rasa kasih sayang, dilimpahi dengan nikmat kehidupan, dikalungi dengan amalan agama yang jitu.

Mudah untuk mengungkapkan perkataan tersebut, mudah untuk membayangkannya, namun hakikatnya mampu atau tidak untuk kita capai.

09 May 2012

SELESA HIDUP MEMBUJANG

... kahwin lambat. baik lelaki atau perempuan. apa sebabnya. bagi aku sebenarnya telah wujud kumpulan masyarakat pada hari ini yang lebih selesa untuk hidup membujang. Selesa ini bermaksud telah memiliki pekerjaan yang stabil, memiliki kenderaan dan memiliki kediamanan. Pendek kata, keperluan asas untuk dirinya telah dipenuhi. Bagi mereka, hidup berpasangan ini lebih banyak masalah, selain terpaksa berkorban zon selesa yang telah dimilikinya.

tapi sampai bila mereka sanggup untuk hidup berseorangan. terutama bila umur makin meningkat, dunia sosial seperti lepak di kedai mamak bukan menjadi pilihan yang terbaik, keluarga sendiri adalah pelengkap kepada sebuah kehidupan. untuk hidup sendiri ini, banyak alasan yang perlu diberikan bagi menghalalkan cara hidup sebegitu.

walau apa pun alasannya berdoalah untuk memiliki keluarga sendiri.

08 May 2012

FLEKSIBILITI

.... aku telah berkesempatan mengikuti satu seminar yang berkaitan dengan Pengurusan Projek. Sedikit sebanyak ada ilmu baru yang aku perolehi hasil daripada sesi yang aku ikuti ini. Namun bukan berkaitan Pengurusan Projek yang nak aku perincikan, sebabnya pengurusan projek satu bidang yang telah biasa dibincangkan tak kira dalam sektor awam mahupun sektor swasta.

Satu point yang menarik minat aku adalah berkaitan dengan fleksibiti. Isu yang dibincangkan berkaitan fleksibiliti dalam pengurusan kontrak. Tujuan fleksibiliti bagi membolehkan tindakan yang sepatutnya diambil jika wujudnya keperluan untuk mengubah syarat asal yang ditetapkan.

Cuba anda bayangkan fleksibiliti dalam kehidupan. Elemen fleksibiliti baik supaya kita tidak terikat sangat dengan syarat-syarat peraturan yang perlu dipatuhi. Maka, bila berlaku perlanggaran syarat-syarat, tindakan perlu diambil. Dalam mengambil tindakan ini, perlunya elemen fleksibiliti supaya keputusan menang-menang dapat dihasilkan.

Ada baiknya juga kita mengambil pendekatan fleksibiliti, tapi mesti diiringi dengan kawalan bagi memastikan tidak berlaku off-track.

07 May 2012

Rumah Subsale : Langkah 5 - Pelantikan Peguam dan Dokumen Perjanjian Jual Beli

Perkara yang paling penting dalam urusan pembelian atau penjualan rumah adalah Dokumen Perjanjian Jual Beli. Dokumen perjanjian ini akan digunakan sebagai dokumen utama yang mengikat antara penjual dan pembeli.Perjanjian jual beli ini lebih dikenali sebagai S&P atau SPA. Ikut keselesaan masing-masing la nak gunakan istilah yang mana.

Pembeli perlu melantik mana-mana peguam sebagai peguam pembeli dalam urusan pembelian rumah tersebut.Penjual juga sepatutnya perlu melantik peguamnya sendiri, bagi menjaga kepentingannya, tetapi dalam kes aku penjual tidak melantik peguamnya sendiri, hanya menggunakan peguam pembeli sahaja. Pembeli akan menanggung kos penyediaan dokumen S&P ini, disamping memberikan butir-butir yang diperlukan kepada peguamnya seperti maklumat peribadi, harga belian, surat persetujuan membeli dan alamat hartanah yang dibeli. 

Draf dokumen S&P yang disediakan oleh peguam pembeli sepatutnya disemak oleh Peguam Penjual. Dalam kes penjual tidak melantik peguamnya sendiri, penjual perlu menyemak sendiri dan bersetuju dengan kandungan dokumen perjanjian jual beli itu. Risiko berlaku salah tafsir undang-undang jika penjual tidak melantik peguam sendiri ditanggung oleh penjual itu sendiri. Tetapi jika penjual melantik peguamnya sendiri, kos peguamnya ditanggung oleh penjual. Seorang peguam tidak boleh menjadi peguam bagi kedua-dua kepentingan, sama ada kepentingan pembeli dalam masa menjaga kepentingan penjual. 

Peguam pembeli akan berurusan dengan penjual bagi mendapat dokumen berkaitan maklumat peribadi dan maklumat hartanah yang dijual untuk dinyatakan dalam S&P. Peguam pembeli sepatutnya memberikan nasihat yang sewajarnya kepada penjual berkaitan penjualan hartanah tersebut. 

Sebenarnya charge yang dikenakan oleh Peguam kepada pembeli telah dikawal berdasarkan kadar harga yang disediakan oleh Bar Council. Perbezaan charge yang ketara antara peguam sepatutnya tidak berlaku. Jika wujud perbezaan lebih kepada charge perkhidmatan lain seperti pengangkutan yang mana ianya boleh dibincangkan untuk dapatkan diskaun. Keseluruhannya, adalah sangat penting untuk anda faham peranan peguam pembeli, peguam penjual, penjual tidak melantik peguam penjual.

Tempoh yang sepatutnya untuk pembeli menandatangi S&P adalah dalam tempoh 14 hari dari tarikh sign surat persetujuan membeli. Jika pembeli gagal mengikut tempoh ini, penjual mempunyai hak untuk membatalkan urusan jual beli ini. Pembeli akan kehilangan wang deposit pembelian. Satu lagi perkara penting, semasa sign S&P pembeli perlu membayar jumlah 10% atau baki duit setelah ditolak dengan deposit yang dibayar kepada agen.

Ramai yang pesan, jika nak bayar 10% ini eloknya gunakan cek, tunai pun boleh tapi tidak digalakkan. Bagi tiada cek sendiri boleh gunakan banker cheque. Pastikan anda dapatkan pengesahan penerimaan oleh pejabat peguam semasa menyerahkan duit tersebut. Ia penting sebagai bukti jika timbul masalah kemudian hari. 

06 May 2012

Samsung Galaxy Tab

entri dibuat menggunakan samsung galaxy tab.
bukan riak tapi nak mencuba.
payah jugak nak menaipnya, mahu hilang idea bila nak tulis.
tapi itulah teknologi yg sentiasa berkembang.
terpulang la sama ada kita nak ikut ke tak.

03 May 2012

HAK UNTUK BERBEZA PENDAPAT

Sebuah buku biografi yang ditulis oleh Dr Ooi Kee Beng yang menulis tentang Biografi Lim Kit Siang. Satu buku yang bagus untuk dibaca dan boleh membantu kita sebagai pembuka minda.

LKS merupakan pemimpin parti DAP yang telah lama berjuang dalam politik, dikenali dengan perjuangannya yang jati bagi mencapai objektif perjuangannya.

Bagi teman, hak kita untuk berbeza pendapat sepatutnya diterima dengan pemikiran yang terbuka. Kita sebenarnya bebas untuk memberi pendapat dalam sesuatu masalah atau isu yang dibincangkan, namun tertib dan kesopanan wajar dipelihara supaya perbezaan pendapat tidak diliputi dengan sentimen emosi yang melampau.  

Banyak lagi yang boleh teman kupas melalui pembacaan ini dan akan dikupas bila tiba masanya.



02 May 2012

STATUS SOSIAL

Setiap harta yang kita miliki melambangkan status sosial seseorang itu. harta yang dimiliki akan memberikan orang lain membuat persepsi kepada individu yang lain hasil dari harta yang dimiliki. 

Pemilikan rumah.
Rumah banglo melambangkan pemiliknya merupakan orang kaya, yang mempunyai pendapatan yang besar. bagaimana pula dengan rumah flat. pemiliknya akan dikaitkan sebagai golongan yang berpendapatan rendah atau bahasa kasar, orang yang kurang berkemampuan.

Pemilikan Kereta
Kalau anda memandu BMW atau Merz, anda dianggap sebagai golongan yang kaya. Kalau pakai kereta Malaysia, dianggap kita kumpulan yang biasa-biasa aje la.


tu je la yang mampu aku tulis buat masa nie.