16 January 2009

Zaman Kiter ... ke Zaman Depa

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1984..
MESTI KORANG INGAT NI

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah... ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.Pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin. time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je. kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh... lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa... permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke kalu:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam.. mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata.. yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu lagi.. sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita???





15 January 2009

artikel pilihan : MCDONALDS DAN REJIM ISRAEL

McDonalds Malaysia telah menafikan dakwaan syarikat itu menyalurkan bantuan kewangan kepada rejim Israel. Pengarah Jabatan Komunikasi Korporatnya,Azmir Jaafar berkata restoran makanan segera di Malaysia tidak mempunyai kaitan dengan keadaan di Palestin. Katanya, McDonals Malaysia adalah organisasi yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia dan lebih 8,000 pekerjanya adalah rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum – BH.15 Jan. 2009.


ULASAN PENULIS :
Sukar untuk menafikan kenyataan dari McDonals Malaysia (MM) ini. Tapi sukar juga untuk mengetahui samada benar MM ini tidak memberikan sumbangan kepada McDonalds yang beroperasi di Amerika. Banyak ruang kosong yang kita sendiri pun tak pasti, banyak yang boleh didebatkan. Yang tersurat, ramai orang Malaysia yang makan gaji ngan McDonalds, apa nasib mereka kalau MM ditutup.
Tapi kenapa Jurucakap MM mengeluarkan kenyataan penafian, adakah perniagaannya telah terjejas. Kalau ya, ini membuktikan bahawa kuasa beli pengguna adalah sangat kuat dalam menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan. Fikir-fikirkan lah.

Siri 1 : Muhasabah Diri

Yang ringkas, tapi menginsafkan


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.



Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

07 January 2009

Citer Wayang dari Mata Kasar : YES MAN

Beberapa minggu lalu, aku dah menonton filem Yes Man. Pelakon utamanye, Jim Carrey. Jim Carey sekarang nampak benor dah tua ... Jalan citernye, agak biasa dan stereotpye... biasa la Jim Carrey ngan lawak bodohnye...
Sinopsisnye aku ambik kat salah satu laman web, cam gini la citer lebih kurang... :
... "Yes Man" - Based on a memoir by British author Danny Wallace, the movie "Yes Man" centers on a man who decides to change his life by saying yes to absolutely everything that comes his way. Saying "yes" leads him on a series of unexpected comedic adventures that turn his whole life upside-down. Jim Carrey stars as Carl Allen, a man who signs up for a self-help program based on one simple principle: say yes to everything... and anything. At first, unleashing the power of "yes" transforms Carl's life in amazing and unexpected ways, but he soon discovers that opening up his life to endless possibilities can have its drawbacks.

Apa yang menarik yang aku kongsikan bila dah tengok citer nie.... Kalau kita jadi seorang 'Yes Man' mungkin banyak benda yang akan berubah dalam hidup kiter.....cuba kita bayangkan kalu dalam hidup kita tak boleh cakap 'No', tidak, tak boleh ... rasanya mau huru hara jugak dibuatnye..... tapi mungkin boleh memberikan kesan yang positif.... itu la yang berlaku kat Carl Allen dalam YES MAN.... seorang yang sunyi dalam hidup... tiba-tiba boleh menjadi seorang yang gembira dengan hanya mengiyakan semua pertanyaan orang... siap dapat awek lagi...
cuma itu semua dalam movie buleh la kan....
Apa-apa pun bagi aku, sedikit sebanyak ada bagusnye jugak kalu kita suka mengiyakan kata-kata orang, kita akan jadi seorang yang lebih positif, orang lain pun akan senang dengan kite..
ye la .... kita jadi orang rajin dan ringan tulang.... Mari la kita fikirkan.

08 October 2008

Raya 2008


Best jugak raya tahun nie.... yang penting buat pertama kalinye aku belajar buat dodol....
alkisahnya, adunan dodol nie bukan susah pun, cuma santan, beras pulut dan gula, selebihnya mengacau .... mengacau dodol memang kena bertenaga.... memang mencabar gak...

Ni la hasil dodol yang aku kacau... bukan buat banyak pun... sikit2 dah ler....

10 May 2008

2 TAHUN MASA TAMBAHAN - PENCEN 58 TAHUN

Pada Perhimpunan Pekerja Sektor Awam pada 10 Mei 2008, Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan umur pesaraan kakitangan sektor awam dari 56 tahun ke 58 tahun. Pelbagai reaksi masyarakat pasti timbul berhubung perkara ini.


Baik atau tidak, bergantung kepada persepsi kita. Ianya dikatakan baik, jika kesihatan kita sentiasa mengizinkan untuk kita bekerja. Pada usia 58 tahun, pada mata kasar, ramai rakyat Malaysia masih boleh bekerja. Oleh yang demikian, pelanjutan ini pastinya tidak membawa kepada sebarang masalah. Pastinya, anggota perkhidmatan awam mempunyai masa tambahan untuk terus menikmati gaji dan pelbagai kemudahan lain.


Tidak baik, ramai beranggapan pada umur melepasi 50 tahun, tahap produktiviti manusia akan menurun, ini pasti memberi kesan kepada sektor awam dalam memberikan perkhidmatan. Ia juga sedikit sebanyak mengurangkan peluang golongan muda ( lepasan sekolah / universiti) untuk memasuki perkhidmatan awam. Rasanya, ianya hanya untuk tempoh sementara sahaja, kerana persekitaran akan mempengaruhi semuanya, dengan kata lain 'neutralize'.


Walau apa pun, Kerajaan telah membuat keputusan. Sentimen suka atau tidak pasti berlaku dalam diri kita. Renung - renungkanlah ke hadapan, belajar menerima hakikat, setiap perubahan pasti mengambil masa untuk diterima.




03 May 2008

Sambutan Hari Pekerja 2008

Sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan telah diadakan di Stadium Juara, Bukit Jalil pada hari ini, 3 Mei 2008. Majlis dirasmikan oleh YAB. Perdana Menteri. Kehadiran hampir memenuhi stadium, dari pelbagai jabatan kerajaan, GLC dan pihak swasta. Sambutan meriah, tapi perjalanan majlis agak membosankan.
Sebagai warga yang bekerja, teruskan berusaha, sebab usaha tangga kejayaan.