27 July 2012

ELAKKAN DARI DILELONG

Dalam soal pelaburan, jika pandai merebut peluang, pandai menjangka pulangan, pelaburan yang dibuat akan memberi pulangan yang berbaloi. Usahawan hartanah sering menggunakan platform rumah lelong sebagai sumber utama untuk mendapatkan rumah dibawah harga pasaran. Ianya tidak salah, malah sah disisi undang-undang.

Namun, mari kita fikir sejenak, kenapa rumah tersebut dilelong. Pastinya tuan rumah atau owner tidak dengan sukarela membenarkan bank melelong rumahnya. Kemungkinan owner yang gagal membayar ansuran seperti yang telah ditetapkan dalam surat tawaran bank semasa pinjaman yang dipohon diluluskan. Pada masa menandatangani persetujuan surat tawaran tersebut, owner mesti mempunyai keyakinan untuk membayar amaun pinjaman yang diambil dengan pihak bank.

Kegagalan membayar ansuran rumah merupakan penyebab utama bank akan melelong rumah yang telah dibiayainya. Elok juga dilihat, sebab apa owner tidak membayar ansuran rumah yang dibelinya. Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perkara ini sepertinya, tiada kemampuan kewangan, tiada sumber pendapatan dan gagal mengurus kewangan dengan baik. Sikap ambil mudah berkaitan perkara ini, disamping tidak faham dengan situasi meminjam dan gagal membayar boleh menyebabkan rumah dilelong. Suka atau tidak, kita kena mengambil tahu berkaitan perkara ini.  

Setiap masalah mesti ada penyelesaiannya. Jika gagal membayar ansuran, eloklah meminta bantuan daripada ahli keluarga, jika ada yang sudi membantulah. Perbincangan secara terbuka dengan pihak bank juga merupakan langkah yang wajar, supaya kita dapat mencari jalan penyelesaian.

Kita sering dimaklumkan bahawa setiap rumah yang dibeli, akan berlaku peningkatan nilai hartanah tersebut. Dalam keadaan kita tidak mampu membayar ansuran yang sepatutnya, tindakan untuk menjual rumah tersebut merupakan satu langkah yang wajar berbanding jika rumah tersebut dilelong. Namun, kena pastikan supaya harga jualan mampu untuk membayar pinjaman yang dibuat.

Umumnya, kita kena mengambil tahu setiap komitmen kewangan kita. Setiap masalah itu perlu diurus selaras dengan menguruskan wang. 

24 July 2012

SENARAI BUFFET RAMADHAN 2012

..... sebenarnya aku nak gunakan tajuk nie aje...
aku pun masih mencari-cari senarainya.
entri yang telah aku jumpa adalah seperti berikut

Selamat Berpuasa.

Kenapa Menyewa?

Bagi memulakan sebuah kehidupan baru, keperluan rumah merupakan hakikat yang penting yang perlu kita fikirkan. Kita mempunyai beberapa pilihan dalam menentu rumah yang hendak didiami sama ada menyewa, menumpang rumah saudara dan sebagainya.

Selalunya ramai yang akan mengambil keputusan untuk menyewa rumah, kalau tidak masakan industri rumah sewa berkembang biak terutamanya di kawasan lembah klang. Sampaikan ada yang memiliki sebanyak 10 buah rumah yang dibeli dengan tujuan pelaburan atau dengan kata untuk disewa. Bukan isu banyak memiliki rumah yang perlu dibincangkan tetapi persoalannya kenapa ramai yang suka menyewa? Kenapa tak beli aje rumah kat kawasan tersebut.

Soalan ini akan dijawab dengan 101 jawapan, seperti owner tak nak jual rumah, tak mampu nak bayar 10%, tak tau nak beli rumah kat maner. Ada juga yang akan cakap, ingat nak beli rumah landed, tapi rumah landed mahal sangat. Ye la kan, rumah landed nie boleh nak tanam cili burung, kunyit dan halia. Last-last, ada juga yang cakap nak beli rumah kat kampung sebab murah sikit, nanti dah pencen boleh la balik kampung, buat masa sekarang menyewa je la dulu.

Bercakap pasal untuk memiliki rumah ini sebenar perlu ada ilmu dan perlu kesedaran. Ramai orang kita yang memilih untuk hidup menyewa walaupun untuk tempoh berpuluh-puluh tahun. Mereka tidak terasa rugi dengan belanja sewa yang dikenakan sebabnya mereka dapat tinggal dalam rumah tersebut. Pastinya ada yang teringin nak beli rumah dan duduk rumah sendiri, tapi MESTI beli rumah yang baru yang telah siap atau rumah yang sedang dalam pembinaan, walaupun location wise tak sesuai, agak jauh dari tempat kerja. Banyak lagi alasan yang boleh kita temui.

Disini, aku suka berkongsi satu senario;
... Mahir Zin baru berkahwin dan telah menyewa sebuah apartment dengan sewa RM550 sebulan. Beliau dan isterinya, keduanya bekerja makan gaji dengan pendapatan yang sederhana, lebih kurang RM5,000. Kehidupan mereka ok, takde masalah. 
... Joey juga baru berkahwin. Beliau telah membeli sebuah apartment second hand dengan harga RM80,000. Beliau perlu membayar ansuran lebih kurang RM500 bagi rumah tersebut. Kehidupan mereka ok, takde masalah.

Persamaannya, Mahir Zin dan Joey hidup bahagia dengan isteri masing-masing dan perlu membayar lebih kurang RM500 sebulan untuk bayaran rumah. Tapi Mahir Zin membayar sewa rumah untuk satu tempoh masa, 5 tahun mungkin, tapi rumah tersebut tidak menjadi miliknya. Bayaran dalam tempoh 5 tahun sebanyak RM33,000 habis begitu sahaja, apa yang diperolehi adalah Perkhidmatan Rumah Sewa. Tidak bagi Joey, beliau membayar ansuran ke atas rumah yang akan menjadi miliknya. Dalam tempoh 5 tahun, jumlah bayaran ansuran terkumpul adalah RM30,000. Joey telah mendekatkan dengan pemilikan ke atas rumah tersebut dengan membayar ansuran hutang bank. Joey juga berpeluang untuk mendapatkan kembali tunai yang dikeluarkan sebanyak RM30,000 tersebut jika beliau menjual apartment tersebut, kerana harga rumah sentiasa akan meningkat.

Senario ini dicipta untuk kita berfikir sesuatu, dan wajarkah untuk kita menyewa?

Puasa dan Mengantuk

Klise, bila kita puasa, kita akan rasa mengantuk, sebabnya kita tak makan.
tapi bila makan pun mengantuk jugak,
bila penat pun mengantuk jugak.

Ubat kepada mengantuk adalah tidor.

20 July 2012

Kertas dan Pokok

Aku selalu diingatkan supaya menggunakan kertas recycle.
Aku tanya balik kenapa nak gunakan kertas recycle.
kertas yang baru kan ada banyak.
Dimaklumkan, bila kita recycle kita akan mengurangkan penggunaan kertas,
secara tidak langsung mengurangkan penebangan pokok, sebab kertas dibuat daripada pokok.

Tapi aku lebih memikirkan sumbangan industri kertas kepada ekonomi negara,
maknanya bila kita banyak gunakan kertas, dengan pembelian kertas akan menggerakkan ekonomi negara supaya lebih cergas.

09 July 2012

WANG PERLU DIURUS



Setiap hari kita memerlukan wang. Untuk mendapatkan wang, kita perlu bekerja tidak kira sama ada kerja makan gaji, berniaga, mengambil upah atau melakukan pelbagai bentuk pekerjaaan yang lain. Semua pekerjaan ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan wang. 

Hakikatnya, kita menggunakan wang setiap hari, tetapi kebanyakkan kita akan mendapat wang secara bulanan kecuali sebilangan kecil yang mendapat wang setiap hari seperti peniaga. Disini perlunya kita menguruskan wang supaya wang yang diperolehi untuk satu bulan, dibahagikan penggunaannya untuk perbelanjaan setiap hari, dan juga untuk pembelian barang yang mahal seperti rumah dan kenderaan.

Pepatah melayu 'ukur baju dibadan sendiri', boleh kita praktiskan dalam kita mengurus wang. Selalunya bila kita dapat gaji, kita sentiasa berangan-angan untuk membeli segala macam keperluan tak kira makanan dan pakaian. Sepatutnya, kita perlu meletakkan keutamaan dalam menentukan perbelanjaan kita, tentukan jenis barang yang hendak dibeli dan kos yang perlu dibelanjakan.

Berbelanja melebihi kemampuan sebenarnya mengundang masalah dan boleh membawa kemurungan kepada kita. Ini selalu terjadi bila kita membeli mengikut hawa nafsu, tanpa perancangan. Pada peringkat awal, membeli barang adalah satu terapi yang baik kepada minda, tetapi ianya akan memberi tekanan jika kita kehabisan wang untuk meneruskan kelangsungan hidup seperti membeli makanan dan lain-lain barang keperluan.

Ramai dikalangan kita suka menyebut 'kita kena merancang perbelanjaan', tetapi hakikatnya berapa ramai yang benar-benar merancang perbelanjaannya. Aku sendiri suka merancang tetapi perancangan aku hanya tersimpan di minda sahaja. Sebaiknya ianya perlu ditulis, sebab perancangan diminda mudah untuk diubah.

Dalam menguruskan wang, aku akan pastikan setiap gaji akan mempunyai baki untuk simpanan sehinggalah mendapat gaji bagi bulan seterusnya. Untuk aku, ianya berhasil setakat ini tetapi bagi mengelakkan kita terpakai duit tersebut, pindahkan ke dalam satu akaun simpanan yang lain.

Kesimpulanya, kita perlu menguruskan wang melalui pendapatan kita. Menguruskan wang bukan bermakna kita kedekut sampaikan nak beli susu anak pun berkira, tetapi kita perlu mengetahui dan menyenaraikan keutamaan perbelanjaan kita. 

05 July 2012

BAYARAN UNTUK PINDAH MILIK NAMA

SITUASI

Nilofa telah mendapat kunci rumah barunya lebih kurang 2 bulan yang lalu. Baru-baru ini, lawyer S&P telah memaklumkan bahawa beliau perlu membuat bayaran untuk proses tukar nama di dalam geran (title) bagi rumah tersebut. Beliau merasa keliru, kerana beliau berpendapat semua proses ini sepatutnya telah selesai semasa pembelian rumah tersebut. Boleh tak anda terangkan berkaitan perkara ini.

PANDANGAN

Biasanya semasa pembelian rumah terutamanya rumah baru, geran rumah tersebut masih didalam master title. Setelah rumah tersebut siap, pemaju perlu memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat pindah milik daripada master title kepada individual title iaitu daripada nama pemaju kepada nama pembeli.

Setelah kelulusan diperolehi individual title ini diperolehi, pemaju akan memaklumkan kepada peguamnya untuk menguruskan proses tukar nama bagi membolehkan geran baru dikeluarkan ke atas nama pembeli. Peguam akan menghubungi pembeli dan sememangnya kos tukar nama ini perlu ditanggung oleh pembeli. Transaksi ini tidak berlaku semasa urusan pembelian rumah tempoh hari, maka kos yang perlu dibayar adalah berbeza dengan kos yang dibayar semasa urusan pembelian.

04 July 2012

PENJUAL ENGGAN MENYERAHKAN S&P

Situasi
 
Katakanlah Hariz hendak menjual sebuah rumah dan mengikut S&P asal, harga belian rumah tersebut adalah sebanyak RM100,000. Selepas 1 tahun, Hariz bercadang untuk menjual rumah tersebut pada harga RM190,000 dengan sedikit renovation yang telah dibuatnya. Market value rumah dikawasan berkenaan adalah sekitar RM170,000-200,000. Hariz masih memikirkan sama ada :
 
i. Perlukah beliau menyerahkan S&P asal kepada pembeli untuk digunakan dalam urusan permohonan pinjaman bank (bank loan application) dan urusan penyediaan S&P oleh lawyer kerana beliau tidak mahu pembeli mengetahui harga belian rumah tersebut.
 
ii. Boleh atau tidak beliau padamkan harga belian dalam salinan S&P tersebut.
 
Hariz bercadang untuk menjual rumah tersebut dengan harga sama dengan market value atau lebih sikit memandangkan ramai yang berminat untuk membeli rumah tersebut.
 
Pandangan :
 
Berdasarkan situasi ini, terdapat beberapa isu yang perlu diperhalusi dan difahami. Isu utamanya disini :  
  • Hariz ingin menjual dengan harga yang lebih tinggi daripada harga belian asal. Kemungkinan harga jualannya lebih tinggi daripada nilai pasaran rumah tersebut. 
  • Hariz tidak mahu menyerahkan salinan S&P asal rumah kepada bakal pembelinya bagi mengelakkan pembeli mengetahui keuntungan yang bakal diperolehinya. Disebabkan pembeli mengetahui harga belian asal rumah tersebut.
  • Sekiranya perlu juga menyerahkan salinan S&P, Hariz bercadang untuk memadamkan harga belian dalam salinan S&P tersebut.  
Hakikatnya, adalah menjadi hak penjual untuk meletakkan berapa harga jualan bagi rumah yang hendak dijual. Tiada masalah bagi perkara ini. Cuma risiko yang mungkin berlaku, tiada siapa yang berminat untuk membeli atau jika ada yang berminat, kemungkinan akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman. Masalah akan selesai jika pembeli mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, dengan kata lain ‘tidak masalah kewangan’.
 
Adalah memadai untuk menyerahkan salinan geran (title) yang mana dalam geran tersebut mengandungi maklumat pemilik, gadaian dibuat dengan bank mana, sebarang sekatan, keluasan tanah, status tanah sama ada freehold atau leasehold. Jika telah membuat pengubahsuaian (renovation), pelan lantai (layout) yang baru perlu juga dikemukakan sebabnya ianya akan memberi kesan market value. Tetapi jika ada pengubahsuaian tetapi takde layout yang baru, perlu dimaklumkan secara lisan kepada valuer, supaya pengubahsuaian ini diambil kira dalam pengiraan market value.
 
Tetapi sekiranya geran masih belum dikeluarkan, penjual tiada pilihan dan perlu menyerahkan salinan S&P asal disebabkan peguam perlu menyatakan di dalam S&P yang baru berkaitan semua sejarah transaksi berkaitan hartanah tersebut.
 
Secara umumnya, pihak peguam dan bank memang memerlukan maklumat penting seperti geran, alamat hartanah, tarikh pembelian, pelan asal, gadaian dan sebagainya yang mana maklumat tersebut boleh didapati di dalam S&P. Tindakan memadamkan harga belian didalam S&P asal, rasanya boleh dilakukan tetapi boleh dianggap sebagai satu tindakan yang tidak profesional. Sebenarnya tidak menjadi masalah kepada penjual, sekiranya pembeli mengetahui keuntungan yang diperolehinya. Ini kerana dalam jual-beli ini, pembeli dapat rumah, penjual dapat duit + untung. Win-Win Situation.

03 July 2012

10 Kesilapan Penjual

1. Menjual melebihi market value

2. Dokumen tidak lengkap.

3. Kes penceraian menjadi punca tiada persefahaman dalam membuat keputusan.

4. Penjual diisytihar bankrap.

5. Tidak bertolak-ansur dalam proses penjualan.

6. Memberi maklumat hartanah yang salah/tidak tepat.

7. Memandang remeh tentang fungsi & kepentingan melantik perunding hartanah.

8. Keadaan hartanah yag tidak terurus.

9. Tidak memberi kerjasama kepada pembeli/perunding hartanah.

10. Tidak tetap pendirian/tidak jujur serta melantik terlalu ramai perunding hartanah termasuk broker haram.

10 KESILAPAN PEMBELI

1. Tiada bukti pembayaran.

2. Membayar deposit kepada broker haram.

3. Tidak menyediakan wang tunai yang secukupnya.

4. Tidak memeriksa status loan.

5. Melantik Lawyer yang tidak/kurang berpengalaman.

6. Membayar deposit kepada pembeli (Owner).

7. Tidak memeriksa Market Value terlebih dahulu.

8. Tidak kenalpasti kawasan persekitaran.

9. Tidak memeriksa keadaan rumah.

10. Tidak memahami perjanjian jual-beli.

Nota ; maklumat ini diambil dari Forum Komuniti Rescom

02 July 2012

DIPAKSA MENGGUNAKAN LAWYER EJEN HARTANAH

Situasi

Aaron bercadang untuk membeli sebuah rumah subsale. Rumah telah dikenalpasti, dan pemilik rumah ingin menjual rumah dengan  menggunakan khidmat ejen hartanah. Pada awalnya semua macam ok.. rumah pun Aaron berkenan.

Bila Aaron ckp "ok" je, terus agen tu cakap, Aaron kene gunakan lawyer dia, lawyer agen tu la. Condition yang agen tu bagi :
if guna lawyer dia        : just bayar RM500 utk booking
if tak guna lawyer dia : Aaron kena bayar RM3000 untuk kos agen. Aaron ingatkan owner yang kene bayar kos agen tu.

...... or mungkin agen tu tau Aaron macam takde experience and dia cuba nak kenakan Aaron... bole anda tolong nasihatkan Aaron?

Pandangan

Inilah dilema bagi membeli rumah subsale. Perasaan curiga akan sentiasa mengelilingi kita. Bukan ape, sebabnya kita takut ditipu hidup-hidupkan. Ni cabaran sebenarnya yang suka atau tidak kita kena hadapi. 

Pertama, Aaron kena tau sama ada agen tersebut sah atau tidak. Biasanya agen yang sah akan memperkenalkan diri beliau daripada syarikat mane, dan akan kemukakan bisnes kadnya sebagai bukti. 

Kedua, memahami urusan booking rumah tersebut. Aaron kena tanya kepada agen berapa yang perlu dibayar untuk booking rumah tersebut. Selalunya agen yang sah akan minta 3% atau kurang daripada harga jualan/belian rumah tersebut. 

Disini timbul kekeliruan disebabkan ejen meletak syarat dan kesan atas syarat tersebut. Namun yang paling penting, adakah jumlah yang dibayar termasuk dalam harga jualan atau tidak. Jika masuk, takder masalah. Jika tidak masuk, kena tanya kenapa? sebabnya kos ejen memang berdasarkan maksimum 3% dari harga jualan dan termasuk dalam harga jualan (yang sepatutnya ditanggung oleh penjual).

Ketiga, masalah pelantikan lawyer sama ada nak juga lawyer ejen atau lawyer sendiri. Selalunya pembeli tidak terikat untuk melantik lawyer ejen, tapi ada juga kebaikan menggunakan lawyer ejen nie sebab lawyer tersebut pastinya telah maklum berkaitan hartanah yang akan diuruskannya. Perbezaan harga booking antara RM500 dengan RM3000 perlu difahami dahulu maksudnya, sebelum kita bersetuju nak melantik lawyer ejen atau lawyer sendiri. 

.... ini cuma pandangan, setiap kita pasti punya pandangan sendiri.