Tidak dinafikan semakin meningkat usia, perubahan fizikal juga semakin berubah. Wajah mula menampakkan kedutan, rambut beruban, gigi banyak yang tanggal, mata menjadi rabun, pendengaran semakin kurang jelas, badan mula membongkok dan paling ketara kekuatan fizikal turut terhad. Keadaan itu pastinya membuatkan anda bimbang menghadapi hari tua.
Sebagai persediaan menghadapi usia emas ini, pelbagai usaha dibuat untuk mempertahankan kesihatan dan kecantikan yang ada. Bak kata orang ‘sediakan payung sebelum hujan’
Proses penuaan setiap orang berbeza dan ia banyak bergantung kepada faktor genetik dan kesihatan. Individu yang sering bersikap positif dan mempunyai psikologi sihat dapat melambatkan proses penuaan.
Kita mampu melewatkan proses penuaan dengan mengambil diet dan makanan tambahan sesuai kerana pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan dan mampu mengelak obesiti (kegemukan) dengan memperbanyakkan pengambilan makanan rendah lemak dan lebihkan sayur-sayuran.
Senaman secara berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental kerana bukan saja dapat mengurangkan berat badan serta tekanan, malahan tekanan darah rendah, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti badan.
Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan makan makanan seimbang. Pengambilan air bersih yang cukup mampu menajamkan pemikiran di samping ia dapat mengelakkan penyakit dan kulit yang lebih cantik.
No comments:
Post a Comment
Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.