10 January 2011

Ustaz bukan penghalau hantu

...Rasanya aku bersetuju dengan pandangan yang aku baca kt dalam
paper Berita Harian di bawah.ada bagusnye watak ustaz dalam drama/filem perlu dikembangkan. ini yang penting, elemen hiburan, elemen sosial dan
sentimen agama hendaklah diketahui sensitivitinye...

...maybe FINAS, majlis ulama dan jabatan agama perlu diberikan ruang untuk memberikan komen lanjut berhubung isu ini. ye la bukan ape, bab-bab agama kena berhati-hati, buleh tergelincir iman kalu tidak dijaga
antara teladan dan sempadan...


Tanggungjawab sebenar pendakwah dalam filem seram perlu diperbetul

Dalam filem atau drama televisyen tempatan yang bergenre seram, watak ustaz sering dipaparkan sebagai tukang halau hantu dan jin. Walaupun perkara ini bagi sesetengah orang adalah remeh, di kalangan pendakwah, watak ustaz yang seperti itu disalah guna dan fungsi sedemikian perlu diperbetulkan.
“Pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dulu peka terhadap peranan besar yang dimainkan oleh pendakwah atau ustaz dan bukan menyempitkan peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata. “Sedangkan peranan sebenar ustaz adalah sebagai pembimbing masyarakat ke jalan benar. Watak seorang ustaz sepatutnya diperlihatkan sebagai pendakwah yang bertanggungjawab mengajak umat Islam melakukan kebaikan di muka bumi ini,” kata Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia, Ustaz Mohd Azahari Yusuf kepada BERNAMA.
Beliau juga menegur elemen jampi serapah yang disebut watak bomoh atau dukun dalam sesebuah filem atau drama, yang bercampur baur antara nama Allah dengan ungkapan bidaah dalam babak bagi tujuan mencuit hati penonton, yang sepatutnya tidak perlu
diton-jolkan sebegitu. Bagi pendakwah bebas, Daud Che Ngah, watak ustaz yang disempitkan kepada sekadar penghalau hantu dan penggunaan ayat suci al-Quran sekadar mantera membunuh hantu sebenarnya adalah satu bentuk penghinaan kepada agama Islam.
“Pada pandangan peribadi saya, pengusaha filem seram membohongi masyarakat bahawa hantu yang dikaitkan sebagai jin yang mempunyai kuasa tetapi sebaliknya dijelaskan dalam kitab suci al-Quran bahawa jin bukanlah makhluk yang perlu ditakuti oleh manusia. “Unsur seram dan ganas dalam filem menyebabkan orang ramai, khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu daripada Allah dan perkara itu tidak sewajarnya berlaku kerana ia melemahkan minda umat Islam,” katanya.
- Berita Harian 10 Januari 2010

No comments:

Post a Comment

Bertindaklah dengan berfikir dan bertanggungjawab.